3 Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung Anda

Tahukah anda? Penyakit jantung adalah antara pembunuh utama rakyat Malaysia? Kita tahu jantung kita bekerja keras setiap hari untuk memastikan setiap sel dalam badan kita menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Sayangi jantung kita dengan memberikannya nutrien yang tepat seperti Coenzym Q10 (CoQ10) dan jangan lupa juga untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat serta bersenam 3 kali seminggu.

3 Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung Anda

1. Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung

Banyak kajian membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan;
  • Meningkatkan penghasilan tenaga.
  • Memulihkan denyutan otot jantung.
  • Meningkatkan kekuatan jantung untuk jangka masa panjang.

2. Meningkatkan Peredaran Darah

CoQ10 ini bertindak sebagai antioksida yang kuat. Ia berfungsi untuk:
  • Membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolestrol yang teroksida.
  • Membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri.
  • Meningkatkan peredaran darah untuk darah mengalir dengan lebih lancar melalui saluran darah yang lebih sihat.
3. Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah adalah tanda ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan. Ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung. Pengambilan makanan tambahan CoQ10 telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.

Kesan daripada pengambilan makanan tambahan CoQ10 ini memberi manfaat seperti:
  • Memberi tenaga yang mencukupi untuk jantung.
  • Mengoptimumkan kemampuannya mengepam jantung.
  • Meningkatkan kesihatan jantung kita secara keseluruhan.
***

Nota kaki #ChibiMom:

Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Tubuh Kita!

Statin adalah ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolestrol. Ia menyebabkan penghasilan CoQ10 secara semulajadi berkurangan dalam badan sebanyak 40%! Amalkan suplemen CoQ10 mulai dari sekarang untuk menjamin kesihatan jantung yang lebih kuat dan sihat.

Selain menjaga kesihatan jantung kita, pengambilan CoQ10 juga memberi manfaat kepada kecantikan kulit kita. CoQ10 bukan sahaja boleh didapati melalui makanan tambahan, kita juga boleh dapatkan sumber CoQ10 dari sumber semulajadi seperti ikan, daging dan sayuran. Info lengkap berkenaan CoQ10 ada Brigett kongsikan dalam entri "Kehebatan CoQ10 Yang Kita Perlu Tahu." 

CoQ10 memang ada dalam badan kita. Ia sejenis nutrient larut lemak. Tapi CoQ10 ini akan berkurang mengikut usia kita. Itu sebab kita kena top up CoQ10 ini setiap hari melalui pemakanan.

Luv,
Brigett Rusx.
#ChibiMom
3 Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung Anda 3 Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung Anda Reviewed by Brigett Rusx on January 31, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.