Goodbye 2017

2017 teached me about hope.

Bukan semua yang kita rancang itu jadi. Yala, kita merancang, Tuhan menentukan. Banyak benda berlaku tahun lalu. Awal tahun tu memang lari sikit fokus tapi still group sale tetap cecah RM20,000. Group Brielle masa tu masih kecil. Leader pun baru 2 saja.

Bulan April tu saya signed up jadi perunding kewangan. Ambil exam dan sebagainya. Ramai yang salah faham saya membelakangkan bisness Shaklee saya. Bukan membelakangkan, saya cuma mahu tengok dunia luar. Selagi kita tidak keluar dari lingkaran biasa, macam mana mau majukan bisness. Biasalah manusia, suka buat konklusi sendiri.

Bulan April tu juga saya hadir seminar keusahawanan. Orang fikir saya kolot sebab hadir seminar. Tapi hasil dari seminar tu, senang saya urus bisness sendiri. Orang tidak akan faham apa yang kita usahakan, jadi tidak perlu fikir apa pendapat dorang dengan keputusan kita.

Bulan April tu juga saya bawa suami melancong ke Bangkok-Koh Samui. Percutian ini adalah percutian yang sangak awkward. Sepanjang percutian tu, banyak lagi kami begaduh daripada bersukaria.

Balik dari Bangkok, Brielle berjaya lahirkan 2 leader serentak. Leader first level naik Senior Supervisor, sebab terus lahirkan 2 new leader. Lepas tu kami terus ke Sunway untuk hadir Shaklee National Conference untuk terima anugerah Car Bonus Achiever.

Bulan Oktober, Brielle lahirkan lagi new leader. Bulan seterusnya, lahir lagi seorang leader dan saya sendiri naik rank dalam kerja fulltime. Saya rasa macam tiada achievement pula tahun ini tapi selepas taip semua ni, banyak pula kejayaan untuk diri sendiri di tahun 2017.

Brielle closing dengan cemerlang yang mana menunjukkan 30% peningkatan dari bulan November. Tahniah buat semua Brielle Warrior, hebat sangat-sangat performance mereka bulan lalu.. and the best deserve a reward.

Selepas sesi salam bersalaman di malam New Year, sambil menyusukan Rev saya buat plan untuk Januari 2018. Jangan bazirkan masa kalau mau cepat berjaya kan? Semoga tahun 2018 lebih hebat dan diberkati. Begitu juga untuk group saya, Brielle. Semoga lebih ramai Brielle lahirkan leader pada tahun ini. Amen.

Jumpa di entri seterusnya.

Luv,
Brigett Rusx.