Anak Lambat Merangkak? Lakukan 6 Tip Ini Untuk Merangsang Mereka.


Masa Rev berusia 4 bulan, Brigett perasan dia mula meniarap dan cuba-cuba untuk angkat badan dia. Biasanya, bila bayi masuk umur 6 bulan hingga 10 bulan mereka mula sudah untuk meniarap dan mencuba untuk merangkak. Tapi selalu saya nampak ramai ibu mengadu anak mereka lambat merangkak berbanding dengan bayi lain.

First of all, kemampuan setiap bayi berlainan. Ibu bapa kena terima hakikat ini. Sebab kita tidak dapat paksa bayi untuk bertindak di luar kemampuan mereka. Kita tidak boleh paksa tapi kita boleh rangsang mereka untuk merangkak. Di sini saya kongsikan 6 tip untuk mengalakkan bayi anda untuk merangkak.

1. Selalu Meniarapkan Bayi Anda Sejak Awal. 

Macam Brigett, kami biasakan Rev meniarap seawal 2 bulan. Dia tidur pun meniarap. Dengan step ini, secara tidak langsung kita menggalakkan mereka untuk merangkak. Bila bayi meniarap, mereka akan cuba mengangkat kepala mereka dan mereka akan menggunakan perut mereka untuk mulakan pergerakan.

2. Elakkan Penggunaan Baby Walker.

Biasanya, masa Rev umur 4 bulan. Kami biasa letakkan dia di tempat luas seperti ruang tamu. Pastikan ruang tamu bersih. Jangan mengendong mereka mahupun meletakkan mereka di kereta sorong atau baby walker. Yang penting ada alas atau play mat untuk merangsang bayi merangkak.

3. Letakkan Mainan Di Hadapan Bayi.

Macam bagi umpan supaya bayi akan berusaha untuk mencapai mainan tersebut. Bila bayi sudah dapat capai, bagi mereka sedikit pujian. Kita yang sudah dewasa ni pun kalau dipuji mesti terus bertambah semangat kan?

4. Tunjukkan Si Kecil Cara Merangkak.

Masa ajar Rev merangkak dulu, Brigett buat demo depan Rev. Kami merangkak bersama-sama supaya senang Rev meniru cara merangkak.

5. Jangan Terburu-Buru Menyuruh Si Kecil Berjalan.

Macam yang Brigett cakap sebelum ini, kemampuan setiap bayi adalah berbeza. Biarlah si kecil kuasai fasa merangkak dulu baru beralih kepada fase berjalan. Biarkan si kecil melalui fase merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.

6. Senaman Khas Buat Si Manja.

Kadang-kadang stimulasi saja untuk merangsang bayi merangkak tidak mencukupi, oleh itu fisioterapi dan juga senaman boleh dilakukan dengan nasihat doktor.


Semoga tip ini memberi manfaat kepada anda. Banyakkan memberi galakan daripada paksaan kepada si manja ya. Jumpa anda di entri seterusnya.

Luv,
Brigett Rusx.
Ibu Suka Berkongsi.