6 Sebab Bayi Anda Mesti Belajar Merangkak!


Dalam entri Brigett sebelum ini, Brigett ada kongsikan tentang tip merangsang anak untuk merangkak. Hari ini pula Brigett akan kongsikan kenapa bayi anda mesti belajar merangkak. Bukan kita mesti paksa anak merangkak ya.. Tapi sangat digalakkan untuk bayi melalui fasa merangkak, sebab dengan merangkak si manja akan mendapat beberapa manfaat dari segi kesihatan fizikal dan otak mereka.

6 KEBAIKAN MERANGKAK UNTUK BAYI ANDA

  1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
  2. Koordinasi masa dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan keterapilan jari.
  3. Mengembangkan sambungan jaringan saraf. Gerakan berulang-ulang semasa bayi merangkak akan merangsang dan mengembangkan lagi sambungan jaringan saraf otak mereka. Sehingga otak mereka dengan lebih berkesan dalam mengawal proses kronitif contohnya pemahaman, konsentrasi dan ingatan.
  4. Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
  5. Melatih fungsi otak kanan dan kiri. Gerakan menyilang ketika merangkak akan merangsang kekuatan dan integrasi otak kanan dan kiri. Juga membantu koordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki.
  6. Merangsan kepekaan seperti kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.

Kita sebagai ibu bapa kenalah memainkan peranan dalam perkembangan si manja. Kalau kita tidak perhati perkembangan anak-anak kita, jangan pula kita cakap anak kita lembab padahal kita sendiri tidak jalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Latihlah si manja merangkak seawal 4 bulan. Kalau anak lambat merangkak dalam usia 4-6 bulan, Brigett ada kongsikan tip merangsang anak untuk merangkak di sini "Anak Lambat Merangkak? Lakukan 6 Tip Ini Untuk Merangsang Mereka."

Semoga entri ini memberi info baru kepada anda. Jumpa di entri seterusnya! 😚

Luv,
Brigett Rusx.
Ibu Suka Berkongsi.