3 Sumber Makanan Yang Tinggi Kandungan CoQ10.


Dalam entri hari ini Brigett kongsikan 3 sumber makanan yang kaya dengan CoQ10 untuk menyokong kesihatan kita. Semua orang pun mahu sihat kan? Tidak kiralah perempuan lelaki. Memang lumrah dunia semua orang pun inginkan kesihatan berpanjangan. Kita boleh tingkatkan tahap kesihatan kita hanya dengan mengambil makanan yang kaya dengan CoQ10.

CoQ10 sebenarnya ada dalam tubuh kita. Ia sejenis nutrient yang larut lemak. CoQ10 akan berkurang mengikut usia kita. Itu sebab kita kena sentiasa top up CoQ10 dalam tubuh kita melalui sumber makanan.

3 Sumber Makanan Yang Tinggi Kandungan CoQ10.

1. CoQ10 dalam Sumber Ikan

CoQ10 terdapat dalam beberapa jenis ikan seperti ikan salmon dan ikan trout. 28g ikan trout mengandungi 0.9mg CoQ10, manakala 28g ikan hering pula mengandungi 2.3mg CoQ10. Oily fish bukan sahaja mengandungi CoQ10 tapi juga mengandungi lemak asid perlu yang membantu dalam masalah kandungan gula berlebihan dalam darah dan mencegah masalah penyakit jantung. 

Ikan trout dan ikan salmon boleh direbus atau dikukus untuk mengurangkan kehilangan nutrisi pada ikan. Ikan trout dan ikan salmon juga boleh dimakan sebagai makanan harian atau pun sebagai snack untuk meningkatkan CoQ10 dalam badan kita sepanjang hari.


2. CoQ10 dalam Sumber Daging

CoQ10 agak tinggi dalam beberapa sumber daging termasuklah daging lembu, daging ayam dan daging khinzir.

Banyak sumber mengatakan jika kita makan daging lembu ia membantu kita untuk mengurangkan masalah penyakit jantung. Sumber ini agak tidak masuk akal sebab daging lembu mengandungi kolestrol yang sangat tinggi dan cenderung untuk menyebabkan saluran darah kita tersumbat.

Jika anda teragak-agak untuk makan daging lembu bagi mendapatkan sumber CoQ10, Brigett cadangkan supaya kamu pilih daging ayam atau daging khinzir. 23g daging lembu mengandungi 2.6mg CoQ10 manakala 23g daging ayam dan khinzir masing-masing mengandungi 1.4mg dan 1.2mg CoQ10.

Untuk penyediaan, lebih baik daging direbus atau dibakar untuk mengekalkan sumber nutrisi CoQ10 yang terdapat pada daging daripada ia digoreng atau dipanggang.


3. CoQ10 dalam Sumber Tumbuhan

Tidak banyak sumber tumbuhan yang mengandungi CoQ10, tapi jika tumbuhan tersebut mengandungi CoQ10.. kita kena mengambilnya dalam kuantiti yang agak besar kerana kandungan CoQ10 dalam sumber tumbuhan lebih sedikit berbanding sumber daging.

Untuk vegetarian yang mementingkan kesihatan jantung dan kandungan gula dalam darah boleh mengamalkan sumber tumbuhan ini untuk mendapatkan sumber harian CoQ10.

Buah orange dan brokoli mengandungi CoQ10 yang paling banyak dari semua sumber tumbuhan lain. Pengambilan sumber makanan ini perlulah diambil secara berasingan untuk mencegah badan menghasilkan gas yang banyak. Satu medium orange mengandungi 0.3mg CoQ10 dan 1/2 cawan brokoli mengandungi 0.5mg CoQ10.

Buah orange dan brokoli juga mengandungi serat dan vitamin yang membuatkan mereka bukan sahaja kaya dengan CoQ10 tapi juga mempunyai manfaat lain.



***

Banyak manfaat CoQ10 untuk kesihatan kita. Bagaimana CoQ10 membantu dalam kesihatan kita? Brigett ada kongsikan manfaat CoQ10 untuk kesihatan kita dalam entri ini "Kehebatan CoQ10 Yang Anda Perlu Tahu!" CoQ10 juga membantu dalam kecantikan kulit kita, dalam entri Brigett di sini ada dinyatakan "Bagaimana CoQ10 Membantu Menjadikan Kulit Lebih Gebu dan Lembut!"

Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 100mg CoQ10 setiap hari. Bayangkan kita perlu amalkan 100 cawan brokoli untuk dapatkan 100mg CoQ10 atau 3kg daging merah setiap hari. Kita tahu daging merah tinggi kolestrol, lagipun memang kita tidak sanggup makan 100 cawan brokoli dalam masa 24 hari. Setiap hari pula tu. 

Untuk memudahkan kita, satu makanan tambahan dicipta untuk membantu kita memenuhi keperluan CoQ10 setiap hari secara semulajadi dan selamat. Hanya 1 tablet sahaja, ia mampu memberi kita 100mg CoQ10 setiap hari. Maka pengambilan CoQ10 untuk badan kita dapat dipenuhi. Mudah bukan? Boleh rujuk caranya dalam entri ini "Kepentingan Pengambilan CoQ10 Dalam Diet Harian."

Luv,
Brigett Rusx.
#ChibiMom
3 Sumber Makanan Yang Tinggi Kandungan CoQ10. 3 Sumber Makanan Yang Tinggi Kandungan CoQ10. Reviewed by Brigett Rusx on January 31, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.