3 Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung Anda

Tahukah anda? Penyakit jantung adalah antara pembunuh utama rakyat Malaysia? Kita tahu jantung kita bekerja keras setiap hari untuk memastikan setiap sel dalam badan kita menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Sayangi jantung kita dengan memberikannya nutrien yang tepat seperti Coenzym Q10 (CoQ10) dan jangan lupa juga untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat serta bersenam 3 kali seminggu.

3 Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung Anda

1. Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung

Banyak kajian membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan;
  • Meningkatkan penghasilan tenaga.
  • Memulihkan denyutan otot jantung.
  • Meningkatkan kekuatan jantung untuk jangka masa panjang.

2. Meningkatkan Peredaran Darah

CoQ10 ini bertindak sebagai antioksida yang kuat. Ia berfungsi untuk:
  • Membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolestrol yang teroksida.
  • Membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri.
  • Meningkatkan peredaran darah untuk darah mengalir dengan lebih lancar melalui saluran darah yang lebih sihat.
3. Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah adalah tanda ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan. Ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung. Pengambilan makanan tambahan CoQ10 telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.

Kesan daripada pengambilan makanan tambahan CoQ10 ini memberi manfaat seperti:
  • Memberi tenaga yang mencukupi untuk jantung.
  • Mengoptimumkan kemampuannya mengepam jantung.
  • Meningkatkan kesihatan jantung kita secara keseluruhan.
***

Nota kaki #ChibiMom:

Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Tubuh Kita!

Statin adalah ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolestrol. Ia menyebabkan penghasilan CoQ10 secara semulajadi berkurangan dalam badan sebanyak 40%! Amalkan suplemen CoQ10 mulai dari sekarang untuk menjamin kesihatan jantung yang lebih kuat dan sihat.

Selain menjaga kesihatan jantung kita, pengambilan CoQ10 juga memberi manfaat kepada kecantikan kulit kita. CoQ10 bukan sahaja boleh didapati melalui makanan tambahan, kita juga boleh dapatkan sumber CoQ10 dari sumber semulajadi seperti ikan, daging dan sayuran. Info lengkap berkenaan CoQ10 ada Brigett kongsikan dalam entri "Kehebatan CoQ10 Yang Kita Perlu Tahu." 

CoQ10 memang ada dalam badan kita. Ia sejenis nutrient larut lemak. Tapi CoQ10 ini akan berkurang mengikut usia kita. Itu sebab kita kena top up CoQ10 ini setiap hari melalui pemakanan.

Luv,
Brigett Rusx.
#ChibiMom

3 Sumber Makanan Yang Tinggi Kandungan CoQ10.


Dalam entri hari ini Brigett kongsikan 3 sumber makanan yang kaya dengan CoQ10 untuk menyokong kesihatan kita. Semua orang pun mahu sihat kan? Tidak kiralah perempuan lelaki. Memang lumrah dunia semua orang pun inginkan kesihatan berpanjangan. Kita boleh tingkatkan tahap kesihatan kita hanya dengan mengambil makanan yang kaya dengan CoQ10.

CoQ10 sebenarnya ada dalam tubuh kita. Ia sejenis nutrient yang larut lemak. CoQ10 akan berkurang mengikut usia kita. Itu sebab kita kena sentiasa top up CoQ10 dalam tubuh kita melalui sumber makanan.

3 Sumber Makanan Yang Tinggi Kandungan CoQ10.

1. CoQ10 dalam Sumber Ikan

CoQ10 terdapat dalam beberapa jenis ikan seperti ikan salmon dan ikan trout. 28g ikan trout mengandungi 0.9mg CoQ10, manakala 28g ikan hering pula mengandungi 2.3mg CoQ10. Oily fish bukan sahaja mengandungi CoQ10 tapi juga mengandungi lemak asid perlu yang membantu dalam masalah kandungan gula berlebihan dalam darah dan mencegah masalah penyakit jantung. 

Ikan trout dan ikan salmon boleh direbus atau dikukus untuk mengurangkan kehilangan nutrisi pada ikan. Ikan trout dan ikan salmon juga boleh dimakan sebagai makanan harian atau pun sebagai snack untuk meningkatkan CoQ10 dalam badan kita sepanjang hari.


2. CoQ10 dalam Sumber Daging

CoQ10 agak tinggi dalam beberapa sumber daging termasuklah daging lembu, daging ayam dan daging khinzir.

Banyak sumber mengatakan jika kita makan daging lembu ia membantu kita untuk mengurangkan masalah penyakit jantung. Sumber ini agak tidak masuk akal sebab daging lembu mengandungi kolestrol yang sangat tinggi dan cenderung untuk menyebabkan saluran darah kita tersumbat.

Jika anda teragak-agak untuk makan daging lembu bagi mendapatkan sumber CoQ10, Brigett cadangkan supaya kamu pilih daging ayam atau daging khinzir. 23g daging lembu mengandungi 2.6mg CoQ10 manakala 23g daging ayam dan khinzir masing-masing mengandungi 1.4mg dan 1.2mg CoQ10.

Untuk penyediaan, lebih baik daging direbus atau dibakar untuk mengekalkan sumber nutrisi CoQ10 yang terdapat pada daging daripada ia digoreng atau dipanggang.


3. CoQ10 dalam Sumber Tumbuhan

Tidak banyak sumber tumbuhan yang mengandungi CoQ10, tapi jika tumbuhan tersebut mengandungi CoQ10.. kita kena mengambilnya dalam kuantiti yang agak besar kerana kandungan CoQ10 dalam sumber tumbuhan lebih sedikit berbanding sumber daging.

Untuk vegetarian yang mementingkan kesihatan jantung dan kandungan gula dalam darah boleh mengamalkan sumber tumbuhan ini untuk mendapatkan sumber harian CoQ10.

Buah orange dan brokoli mengandungi CoQ10 yang paling banyak dari semua sumber tumbuhan lain. Pengambilan sumber makanan ini perlulah diambil secara berasingan untuk mencegah badan menghasilkan gas yang banyak. Satu medium orange mengandungi 0.3mg CoQ10 dan 1/2 cawan brokoli mengandungi 0.5mg CoQ10.

Buah orange dan brokoli juga mengandungi serat dan vitamin yang membuatkan mereka bukan sahaja kaya dengan CoQ10 tapi juga mempunyai manfaat lain.



***

Banyak manfaat CoQ10 untuk kesihatan kita. Bagaimana CoQ10 membantu dalam kesihatan kita? Brigett ada kongsikan manfaat CoQ10 untuk kesihatan kita dalam entri ini "Kehebatan CoQ10 Yang Anda Perlu Tahu!" CoQ10 juga membantu dalam kecantikan kulit kita, dalam entri Brigett di sini ada dinyatakan "Bagaimana CoQ10 Membantu Menjadikan Kulit Lebih Gebu dan Lembut!"

Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 100mg CoQ10 setiap hari. Bayangkan kita perlu amalkan 100 cawan brokoli untuk dapatkan 100mg CoQ10 atau 3kg daging merah setiap hari. Kita tahu daging merah tinggi kolestrol, lagipun memang kita tidak sanggup makan 100 cawan brokoli dalam masa 24 hari. Setiap hari pula tu. 

Untuk memudahkan kita, satu makanan tambahan dicipta untuk membantu kita memenuhi keperluan CoQ10 setiap hari secara semulajadi dan selamat. Hanya 1 tablet sahaja, ia mampu memberi kita 100mg CoQ10 setiap hari. Maka pengambilan CoQ10 untuk badan kita dapat dipenuhi. Mudah bukan? Boleh rujuk caranya dalam entri ini "Kepentingan Pengambilan CoQ10 Dalam Diet Harian."

Luv,
Brigett Rusx.
#ChibiMom

3 Manfaat Hebat CoQ10 Untuk Kulit Kita Jadi Lebih Gebu dan Lembut!


Kita tahu kecantikan itu tidak kekal, itu sebab kita semua tidak jemu menjaga kulit kita tidak kira siang dan malam. Kita sentiasa melihat wajah kita di cermin untuk memastikan bintik-bintik hitam, jerawat dan kedutan hilang dari kulit muka kita. Jangan bimbang! Kita semua mampu memiliki kulit yang cantik hanya dengan mengamalkan nutrien yang betul seperti Coenzyme Q10 (CoQ10).

Jumlah antioksidan CoQ10 adalah sangat tinggi dalam lapisan epidermis kulit kita dan ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada pelbagai faktor penuaan seperti;
  • Sinaran UV.
  • Bahan pencemaran.
  • Toksin.
Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, tapi penghasilannya akan berkurang mengikut faktor umur kita. Pada usia 20an, kita sangat digalakkan untuk mengambil suplemen CoQ10.

3 MANFAAT HEBAT CoQ10 KEPADA KULIT KITA

1. Perlindungan Optimum untuk Kulit Berseri

CoQ10 merupakan antioksida yang sangat kuat. Ia berfungsi untuk melindungi kulit kita daripada mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan.

CoQ10 juga bertindak meningkatkan perlindungan antioksida kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh;
  • Sinaran UV.
  • Bahan pencemar.
2 faktor ini boleh menyebabkan kerosakkan collagen dan elastin yang membawa kepada penuaan pramatang.

2. Kulit Kelihatan Lebih Muda

Kulit yang kehilangan collagen dan elastin akan menyebabkan kulit akan menjadi tidak tegang dan menjadi lebih berkedut. Dengan mengamalkan CoQ10 yang berfungsi membantu mengurangkan penguraian collagen dalam kulit ini mampu mengurangkan garis halus dan kedut serta menjadikan kulit lebih licin dan lebih anjal.

3. Meremajakan dan Meningkatkan Tenaga

CoQ10 membantu meremajakan kulit yang sedang mengalami penuaan serta meningkatkan tahap tenaga. Ia memelihara kulit kita dengan;
  • Menggalakkan pembaikpulihan sel.
  • Meningkatkan pengeluaran sel yang sihat.
  • Mengeluarkan toksin.
  • Menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif.
Info lengkap tentang CoQ10 dalam artikel sebelum ini "Manfaat CoQ10".

Rujukan:

  1. Pandel, R., Poljsak, B., Godic, A. and Dahmane, R., 2013. Skin photoaging and the role of antioksidans in its prevention. ISRN dermatology, 2013.
  2. Knott, A., Achterberg, V., Smuda, C., Mielke, H., Sperling, G., Dunckelmann, K., Vogelsang, A., Kruger, A., Schwengler, H., Behtash, M. and Kristof, S., 2015. Topical treatment with coenzyme Q10-containing formulas improves skin's Q10 level and provides antioxidative effects. BioFactors, 41(6), pp.383-390.
  3. Zmitek, K., Poga-nik, T., Mervic, L., Zmitek, J., and Pravst, I., 2017. The effect of dietary intake coenzyme Q10 on skin parameters and condition: Results of a randomised, placebo-controlled, double-blind study. BioFactors, 43(1), pp.132-140.
  4. Inui, M., Ooe, M., Fujii, K., Matsunaka, H., Yosida, M. and Ichihashi, M., 2008. Mechanisms of inhibitory effects of CoQ10 on UVB-induced wrinkle formation in vitro and in vivo. BioFactors, 32(1-4), pp.237-243.
***

Harga sebotol CoQ-Troll Plus ini hanya RM126.14. Hubungi saya untuk dapatkan tawaran jauh lebih murah. Promosi hebat! Keahlian percuma, postage percuma, cash bonus bulan hadapan dengan harga CoQ-Troll Plus yang jauh lebih menjimatkan. Boleh terus hubungi saya di 012 889 5717 atau KLIK LINK WHATSAPP INI.

Boleh juga terus membeli CoQ-Troll Plus di link Esell dekat bawah ni.

Selepas pembelian, hubungi saya untuk dapatkan cara makan khas CoQ-Troll Plus bagi rahsia kulit lebih gebu dan lembut.

Tutorial Blog #1: Cara Meletakkan Link Esell Shaklee Dalam Entri Blog

Hari ini Brigett kongsikan tutorial bagaimana cara meletakkan link eSell dalam entri blog untuk dijadikan rujukan kepada agen Shaklee.

Apakah eSell?

Esell adalah link yang disediakan oleh Shaklee untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan atas talian menggunakan debit/credit card tanpa perlu berjumpa dengan agen. Sama macam kita order barang di website ecommerce seperti Lazada, Shopee, 11 Street dan sebagainya.

Kelebihan buat pesanan secara online dengan eSell.

  • Jika kita order produk Shaklee melalui eSell, kita berurusan dengan agen yang sah dan method ini dibenarkan oleh Shaklee.
  • Pembelian produk Shaklee melalui eSell mempunyai insuran ke atas kerosakan produk Shaklee. Tidak seperti kita buat pesanan dari website ecommerce lain. Shaklee tidak akan bertanggungjawab ke atas pesanan yang kita buat dari website ecommerce lain, kerana Shaklee tidak membenarkan agen untuk menjual produk Shaklee melalui website ecommerce.

So, sekarang Brigett tunjukkan cara meletakkan link eSell ke dalam entri blog anda.

Cara Meletakkan Link Esell Dalam Entri Blog.

1. Login ke website www.shaklee2u.com.my.


2. Masukkan No. Id dan password anda.
3. Klik butang eSell pada tab.


4. Klik butang create eSell.
5. Masukkan eSell Name.


6. Selepas select all, klik butang Add.


7. Klik butang download dan copy link tersebut.



8. Masuk ke entri blog anda.
9. Klik gambar eSell yang kita sudah upload dalam entri.



10. Klik butang "Link" pada post dan masukkan link eSell dalam bahagian yang Brigett tunjukkan dalam gambar.
11. Klik butang OK.

SIAP! Sekarang boleh publish entri tu sudah. 

Brigett harap tutorial ini dapat membantu lebih ramai agen Shaklee yang menjadikan blog sebagai platform untuk mengembangkan bisness mereka.

Luv,
Brigett Rusx.
#ChibiMom

Mommy Daddy Jangan Telampau Serius Bah! Part #1: Homework Ryo Yang Pertama


Beberapa hari yang lalu, bapa saya ada tanya saya..

"Jadi macam mana la homework si Ryo?"

Saya dengan bangga jawab,

"Si Ryo belum ada homework tu pa. Dia masih playschool."

Waisehhh.. itulah kalau ibu yang masih kebaruan anak pegi sekolah kan. Sakali hari ini, daddy Ryo ambil Ryo di sekolah macam biasa la. Bila Ryo sampai rumah, dia datang tempat saya dengan riang gembira..

"Look mommy! Ticer bagi."

Nahhh!! Terus saya macam kana kejutan budaya sekejap. Saya fikir di playschool tiada la bah belajar menulis kan. Saya pun ragu-ragu samada ini homework atau pun saja-saja dia bawa balik rumah. Tapi lepas berfikir, hmm mungkin homework dia la ni. 

Saya tengok tu kertas, sambil berfikir. Macam mana saya mau ajar dia menulis ni teda pensel. Imaginelah ibu yang kebaruan anak masuk sekolah ni. Saya betul-betul fikir playschool tu tiada belajar menulis, saya fikir playschool tu memang betul-betul kerja dorang main seja di sekolah. 😂

Oleh sebab di rumah tiada pensel, sebelum kami balik rumah nenek, saya singgah pegi beli pensel, pemadam, pengasah pensel sama warna untuk si Ryo. Ampunkan ibu yang kebaruan anak masuk sekolah ni. Tida apa kita belajar dari pengalaman ya.

Belum pun Ryo tukar baju sekolah saya sudah bawa dia kasi siap homework. Lagipun dia excited nampak alat tulis. Jadi saya pun ikut excited juga.

Saya belum sedia mengajar anak buat homework yang pertama secara mentally sebenarnya. Tapi saya "terjun" saja la. Jadi memang sangat sangat SANGAT mencabar jiwa dan kesabaran. Selama ini saya tidak pernah dedahkan Ryo dengan benda-benda macam ni. Buat latihan tulis ABC? Dia banyak tulis di ipad saja sebelum ni. Pegang pensel sangat jarang. Apa lagi mewarna.


Apa yang saya buat?

Saya ambil satu kertas kosong. Sebelum saya bagi Ryo menulis atas kertas homework, saya latih dulu dia menulis atas kertas kosong. Di atas kertas kosong juga saya kasi tunjuk dia cara macam mana mau tulis 'a'. Bila saya nampak Ryo sudah boleh menulis sikit-sikit, saya bagi dia cuba pula menulis atas kertas homework.

Mula-mula tu memang tertinggi suara juga. Bila saya nampak muka Ryo macam mau menangis, baru saya sedar.. cepat-cepat saya berfikir..

"Adui baru 4 tahun bah si Ryo ni. Takan saya mau paksa dia macam dia ni Tahun 4 sudah."

Jadi saya ambil masa 30 saat untuk bertenang. Baru saya sambung ajar Ryo. Setiap kali Ryo siapkan 1 'a' mesti saya bagi dia pujian.

"Waa Ryo good boy! Good job!" saya bilang.

Senyuman pun mula terukir atas muka Ryo. Dia pun semakin bersemangat.

"Sentiki mommy! Hi-5!" dia bilang dengan nada gembira dan lebih yakin.

Lepas tu dia sambung berusaha buat homework dia. Saya perasan bila saya puji Ryo dan bagi dia semangat, dia lebih cepat kasi siap kerja dia. Bila masuk part kena tulis huruf 'a' tu tanpa titik. Hah! Huruf 'a' Ryo tu bukan macam 'a' lagi tapi jadi ular sudah.

Jadi saya ulang macam cara mula-mula saya buat tu. Minta Ryo lukis huruf 'a' atas kertas kosong. Saya balik-balik pegang tangan dia untuk buat bentuk 'a' tu. Sampai ada satu masa bila dia menulis atas kertas homework, dia minta saya pegang tangan dia. Tapi saya cakap..

"Tidak boleh Ryo. Homework mesti kasi siap sendiri."

Mungkin dia belum faham, tapi dia sambung juga buat sendiri. Saya mau anak berdikari. Itulah tujuan kita kasi sekolah anak-anak. Kita mahu anak-anak belajar berdikari untuk siapkan kerja sendiri tanpa kehadiran ibubapa di samping mereka, supaya mereka rasa lebih yakin. Kalau kita yang buat kerja sekolah anak-anak, macam mana anak mau pandai kalau macam tu? Lagipun, sampai bila-bilalah anak tidak akan pandai berdikari kalau kita tidak bagi peluang untuk mereka berdikari.


Satu lagi apa yang saya perasan, bila saya tidak berapa ambil perhatian masa Ryo menulis.. sebab kena reply chat client. Ryo pandai tegur saya..

"Mommy, look! Circle."

Jadi saya letak tepi dulu handphone lepas tu saya jawab Ryo,

"Okay, sekarang buat tail."

Lepas tu Ryo buat tail untuk huruf 'a' dia. Bila saya sambung tengok handphone balik, saya perasan masa Ryo buat circle untuk huruf 'a' dia lebih laju. Mungkin sebab dia maukan perhatian dari saya kan supaya dia boleh suruh saya tengok hasil bulatan dia tu.

Selepas siap part menulis huruf 'a'. Saya minta Ryo warna apple dan axe atas kertas homework dia. Susah juga saya mau suruh dia kasi perfect skill mewarna dia instantly. Jadi saya kasi biar seja la dia mewarna ikut macam mana yang dia suka.

Akhirnya siap juga homework Ryo. Waaaaa!! Bangganya saya dengan Ryo boleh kasi siap homework sendiri. Bantuan saya pun bukan banyak. Bangganya. Best juga bila Ryo senang fokus bila saya ajar. Nda rugi saya bagi dia makan OmegaGuard setiap hari sejak dia umur 2 tahun. Bila anak senang fokus, memang senang sangat kerja kita untuk ajar dorang.


Mungkin saya perlu beli Ryo buku latihan menulis ABC dan buku warna sudah kali aa lepas ni.

Luv,
Brigett Rusx.
#ChibiMom

Luka Bedah Bersalin Terkena Jangkitan? Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya.


Biasanya bersalin secara pembedahan ini dilakukan bila bayi terlalu besar, posisi bayi yang tidak normal, ibu mengalami komplikasi semasa mengandung atau pilihan ibu sendiri. Luka bedah ini perlu dijaga seawal luka baru siap dijahit. Tapi atas sebab beberapa faktor seperti;
  • Kebersihan yang tidak dijaga.
  • Ibu terpaksa berpantang sendiri membuatkan ibu terpaksa melakukan semua kerja.
  • Pemakanan yang tidak dijaga semasa berpantang juga boleh menyebabkan luka bedah mudah dijangkiti bakteria.
Seorang ibu mengalami jangkitan pada luka bedah bersalin selepas seminggu dibedah. Beliau ditahan di hospital selama 3 minggu. Selepas seminggu mengamalkan Vivix, luka bedah yang telah dijangkiti semakin mengecil. Rasa pedih pada luka juga berkurang. Syukur berjumpa dengan Vivix. Penderitaan menahan sakit itu sudah berakhir.


Vivix yang bersifat anti-penuaan, anti-keradangan dan antioksidan ini mampu membantu memperbaharui sel. Itu sebab bila kita minum Vivix, luka seperti luka bedah mudah sembuh kerana Vivix bertindak untuk memperbaharui sel yang rosak dan menggantikan dengan sel baru. Luka pun nampak lebih kecil berbanding 6 hari yang lalu.

***

Harga sebotol Vivix ini hanya RM475. Hubungi saya untuk dapatkan tawaran jauh lebih murah. Promosi hebat! Keahlian percuma, postage percuma, cash bonus bulan hadapan dengan harga Vivix yang jauh lebih menjimatkan. Boleh terus hubungi saya di 012 889 5717 atau KLIK LINK WHATSAPP INI.

Boleh juga terus membeli Vivix di link Esell dekat bawah ni.

Selepas pembelian, hubungi saya untuk mendapatkan jadual makan khas Vivix untuk masalah luka bersalin yang dijangkiti.

READY STOCK VITAMIN SHAKLEE RANAU - 0128895717


Halu, nama saya Brigett. Saya ibu kepada 2 anak lelaki dan saya surirumah yang bergiat aktif dalam bisness Shaklee. Saya adalah Pengedar Shaklee untuk kawasan Ranau. Saya mula aktif dengan bisness Shaklee sejak tahun 2015.

Walaupun hanya dari rumah sahaja, sekarang organisasi Shaklee saya iaitu Brielle telah melahirkan 6 orang leader. Tidak banyak tapi sudah mencukupi bagi seorang surirumah yang membina bisness dari rumah sahaja.


Antara produk Shaklee yang sentiasa ready stock dalam almari vitamin Brigett;
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Carotomax
  • Collagen Powder
  • DTX Complex
  • ESP
  • Garlic Complex
  • GLA Complex
  • Herb-Lax
  • Lecithin
  • Meal Shake
  • Nutriferon
  • OmegaGuard
  • OsteMatrix
  • PepperMint-Ginger Plus
  • Performance Drink
  • Phytocol-ST
  • VitaC Plus
  • VitaE Complex
  • VitaLea Iron Formula
  • Vivix
Kami menyediakan service seperti;

COD (Cash On Delivery) = sekitar Pekan Ranau & Kundasang
Penghantaran Bas = Seluruh Sabah
PosLaju/Gdex = Seluruh Malaysia

Jika anda berminat ingin membeli produk-produk Shaklee dengan menggunakan debit/credit card boleh klik link di bawah ini.

Selepas membuat pembelian melalui website Shaklee sila hubungi saya di 012 889 5717 atau klik link whatsapp DI SINI untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang betul dan berkesan.

Cara Mengatasi Masalah Katarak Tanpa Menjalani Pembedahan.


Seperti yang Brigett tulis dalam entri Brigett sebelum ini di "Tanda-Tanda dan Cara Merawat Katarak Yang Anda Mesti Tahu!" kita tahu bahawa katarak ini boleh mengundang kebutaan jika tidak ditangani pada awal. Jika katarak menganggu aktivit harian si pesakit, pembedahan perlu dijalankan. Good news di sini, Brigett mahu kongsikan cara untuk mengatasi masalah katarak tanpa perlu menjalani pembedahan.


Dalam entri Brigett sebelum ini juga ada Brigett tulis tentang cara mencegah masalah katarak ini. Kita boleh mengatasi masalah katarak ini degan mengamalkan makanan-makanan yang tinggi kandungan antioksidan. Seperti customer Brigett ini, beliau hanya mengamalkan Vivix untuk masalah kataraknya.

BAGAIMANA VIVIX BANTU MENGATASI KATARAK?

Vivix merupakan minuman botanical yang dikategorikan sebagai makanan. Vivix membantu mengawal penuaan kerana ia kaya dengan resveratrol dan polifenol. Kandungan utama Vivix adalah anggur muscadine yang bernilai RM100 sebiji. Anggur muscadine ini ditanam dalam ladang khas, dengan kawalan ketat supaya ia tidak dicemari oleh persekitaran yang sudah tercemar.


Vivix tinggi kuasa antioksidannya. Itu sebab katarak boleh berkurang. Seperti entri Brigett sebelum ini pun Brigett ada nyatakan katarak boleh diatasi dengan memakan makanan yang tinggi kandungan antioksidan. Apabila kita sudah mampu mengurangkan masalah katarak, kita perlu melindungi mata kita agar tidak diserang katarak lagi.


Tahukah anda? 1 juta sel kita musnah setiap hari disebabkan oleh radikal bebas. Bila sel lebih banyak musnah berbanding sel yang baru, inilah punca badan kita muda diserang penyakit kronik ermasuklah katarak. Vivix bertindak untuk melindungi sel kita daripada musnah disebabkan oleh radikal bebas. Bila katarak sudah hilang dari permukaan mata kita, kita perlu jaga sel-sel mata kita supaya tidak diserang oleh katarak semula. Betul tak?


Customer Brigett ni baru amalkan Vivix botol pertama. Sebelum ni belum pernah minum Vivix lagi. Beliau mengamalkan Vivix untuk masalah katarak yang menganggu aktiviti harian beliau. Bila beliau tahu Vivix bagus untuk masalah kesihatan yang agak berat, beliau mengamalkan Vivix setiap hari. Belum habis sebotol Vivix tapi katarak sudah hilang katanya.

***

Harga sebotol Vivix ini hanya RM475. Hubungi saya untuk dapatkan tawaran jauh lebih murah. Promosi hebat! Keahlian percuma, postage percuma, cash bonus bulan hadapan dengan harga Vivix yang jauh lebih menjimatkan. Boleh terus hubungi saya di 012 889 5717 atau KLIK LINK WHATSAPP INI.

Boleh juga terus membeli Vivix di link Esell dekat bawah ni.


Selepas pembelian, hubungi saya untuk mendapatkan jadual makan khas Vivix untuk masalah katarak.

Tanda-Tanda dan Cara Merawat Katarak Yang Anda Mesti Tahu!


Katarak terjadi disebabkan proses penuaan, kecederaan mata, penyakit atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah antara punca utama kebutaan. Good news, katarak boleh dipulihkan. Katarak boleh dibuang jika menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca mahupun menonton TV. Pada peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak mempengaruhi kerosakan jangka masa panjang ke atas mata kita atau menyebabkan pembedahan menjadi sukar.


TANDA-TANDA DAN GEJALA KATARAK

  • Silau (cahaya lampu, cahaya matahari kelihatan sangat terang).
  • Rabun ayam.
  • Warna kelihatan pudar.
  • Kerap menukar cermin mata.
  • Penglihatan berganda pada sebelah mata sahaja.
  • Kabur penglihatan tanpa rasa sakit.


KOMPLIKASI

Katarak yang masih belum matang boleh dibedah sekiranya ia belum matang. Tapi bila katarak sudah matang ia perlu dibedah secepat mungkin sebelum katarak menjadi glukoma atau radang mata. Keadaan ini boleh menyebabkan kebutaan kekal yang tidak boleh dipulihkan lagi.


CARA MENCEGAH

Antara yang punca katarak adalah disebabkan faktor umur. Tapi katarak juga boleh disebabkan oleh:
  • Penyakit Kencing Manis.
  • Faktor kongenital.
  • Faktor persekitaran seperti kecederaan mata.
  • Kekurangan zat makanan.
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti Prednisolone (steroid)

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KATARAK

Sehingga hari ini belum ada lagi cara untuk merawat katarak tapi kita boleh mencegah terjadinya katarak ini. Antara langkah mencegah:
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Amalkan senaman berkala.
  • Kawal masalah kencing manis.
  • Berhati-hati dengan ubat-ubatan yang diambil.
  • Lindungi mata dengan cermin mata yang mempunyai pelindung dari sinar UV.
  • Lindungi mata dengan alat pelindung ketika melakukan aktiviti berbahaya seperti memaku, membawa bahan kimia atau memotong kayu.
Untuk pengambilan makanan seimbang, utamakan makanan yang tinggi dengan antioksidan untuk mencegah katarak. Perlindungan dari sinar UV juga sangat penting, oleh itu penggunaan cermin mata gelap sangat digalakkan.


Luv,
Brigett Rusx
Chibi Mom.