Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Hanya Bersarapankan Pisang

Ramai yang tidak tahu kepentingan pisang yang boleh memberikan kita tenaga sepanjang hari. Mengambil pisang pada waktu pagi akan memberikan badan kita kesan yang sangat awesome. Selain memberi tenaga, otak kita juga akan bekerja pada tahap yang optimum.

Apa sebenarnya punca pisang boleh memberikan kita tenaga berpanjangan?


Pisang yang mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin C, vitamin B kompleks dan B6 dan serotoin. Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang juga adalah salah satu sumber tenaga untuk tubuh kita. Mengambil 2 biji pisang setiap hari dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan memberi tenaga berkekalan sepanjang hari untuk melakukan aktiviti harian.

Saya suka campurkan pisang dengan minuman protein saya. Blendkan sama-sama, campurkan sedikit susu DutchLady. Inilah sarapan saya yang paling laju. Sihat dan cepat. Tidak perlu bersarapan di kedai makan kalau tiada masa untuk bersarapan di rumah. Dalam video saya ini ada saya tunjukkan cara untuk buat banana smoothie kegemaran saya.


Selamat mencuba. 😉

Luv,
💗Brigett Rusx