3 Fakta Utama Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Darah Tinggi


Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Tekanan darah tinggi atau hypertensi merupakan satu penyakit dalam diam yang menyebabkan banyak masalah dan juga kematian kalau kita tidak rawat masalah ini.

3 FAKTA UTAMA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG PENYAKIT DARAH TINGGI
  1. Pada 16 September 2008, lebih 2.8 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah pembunuh nombor 1 ini. 80% daripada 2.8 juta rakyat tidak menyedari mereka mengalami penyakit darah tinggi.
  2. Menurut The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010.. kira-kira 4.8 juta (43%) orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi ini adalah mereka yang berusia 30 tahun ke atas.
  3. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.


Penyakit tekanan darah tinggi ini boleh menyebabkan organ-organ kita terdedah kepada tekanan tinggi yang kronik. Komplikasi saluran darah semakin sempit pada otak dan jantung yang mana stroke dan serangan jantung cenderung untuk terjadi. Selain itu, masalah darah tinggi ini boleh menyebabkan kegagalan ginjal jika tidak dibendung. 

Good news, penyakit ini boleh dikawal hanya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jaga pemakanan, bersenam 3 kali seminggu dan amalkan makanan tambahan yang terbukti boleh mencegah masalah tekanan darah tinggi menjadi teruk.

Dalam artikel saya di "Tekanan Darah Tinggi Dan Kolestrol Ibu Akhirnya Normal" ada menyatakan cara mudah untuk mengawal masalah tekanan darah tinggi.

Itu saja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat.

Luv,
Brigett Rusx
3 Fakta Utama Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Darah Tinggi 3 Fakta Utama Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Darah Tinggi Reviewed by Brigett Rusx on December 10, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.