Pentingkah Omega-3 Untuk Ibu Hamil dan Bayi?


Dalam setiap peringkat kehamilan, ibu perlu mengamalkan omega-3 sejak dari konsepsi sehingga peringkat penyusuan. Sebab omega-3 membantu dalam membina dan memberi kesihatan terbaik untuk si ibu dan si bayi.

Apakah manfaat omega-3 untuk ibu hamil dan bayi?

Manfaat omega-3 untuk ibu hamil;


  • Merendahkan risiko kelahiran bayi pra-matang.
  • Menyokong tempoh optimum kehamilan bagi kehamilang penuh.
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeclampsia (tekanan darah tinggi ketika hamil).
Manfaat omega-3 untuk bayi;

  • Menyokong pembentukan janin dengan memperbaiki kitaran darah pada plasenta.
  • Menyokong pembentukan mata (retina) dan struktur otak dalam fetus.
  • Memperbaiki penyelarasan tangan dan mata dalam bayi.
  • Mengurangkan risiko alahan pada bayi.
  • Menyokong perkembangan otak, mata, sistem saraf dan imun janin secara optimum terutamanya semasa trimester ketiga.
  • Menyokong perkembangan saraf otak.
Kajian menunjukkan ibu yang mengambil suplemen DHA semasa hamil akan melahirkan bayi yag mempunyai kemahiran lebih baik dalam menyelesaikan masalah pada usia 9 bulan berbanding para ibu yang tidak mengambil omega-3.

Bukan ibu hamil sahaja yang perlukan omega-3. Kita semua pun memerlukan omega-3. Dalam entri saya di "4 Sebab Penting Kenapa Kita Perlu Makan Ikan" sudah dinyatakan kepentingan omega-3 yang ada dalam ikan untuk badan kita. Sudah tentu kita mau yang terbaik untuk kandungan kita bukan? Dalam entri ini pula "4 Tips Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi" saya ada nyatakan macam mana untuk memilih minyak ikan berkualiti tinggi untuk kandungan dan badan kita.

Semoga entri ini memberi manfaat.

Luv,
Brigett Rusx.