Kepentingan Omega-3 Untuk Kesuburan Suami Isteri


Dalam peringkat pra-konsepsi, isteri dan suami memerlukan omega-3 yang mencukupi untuk menyokong kesuburan mereka. Ini disebabkan pengambilan omega-3 juga sangat penting untuk meningkatkan peluang kehamilan.

Untuk isteri, omega-3;
  • Menyokong penghasilan dan mengimbangkan hormon.
  • Mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan aliran darah uterus untuk meningkatkan peluang persenyawaan.
Untuk suami, omega-3;
  • Meningkatkan kepekatan sperma.
  • Memainkan peranan penting dalam penghasilan sperma yang sihat.
Omega-3 bukan sahaja penting untuk kesuburan suami isteri. Omega-3 juga sangat penting untuk kesihatan otak, jantung dan penglihatan. Boleh dapatkan info lebih lanjut tentang kepentingan pengambilan omega-3 dalam entri saya di sini "4 Sebab Penting Kenapa Kita Perlu Makan Ikan.


Untuk memaksimumkan lagi peluang kesuburan, sudah semestinya kita perlu mengambil sumber omega-3 yang terbaik bukan? Oleh itu, kita memerlukan ikan laut terbaik bukan? Malangnya, sebahagian besar lautan kita pada masa kini telah dicemari. Boleh dapatkan "4 Tips Memilih Sumber Minyak Ikan Berkualiti Tinggi." dalam entri saya ini.

Luv,
Brigett Rusx.