6 Sebab Kenapa Tubuh Kita Perlukan Protein


Protein berfungsi seperti blok binaan dalam tubuh kita. Sama macam batu bata di rumah kita. Protein adalah binaan asas untuk tubuh yang sihat. dan sumber yang terbaik untuk fungsi tubuh yang optima. 6 sebab kenapa tubuh kita perlukan protein untuk kekal sihat. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan protein. Oleh itu, kita perlu mendapatkannya melalui diet harian. 

6 Sebab Kenapa Tubuh Kita Perlukan Protein.

1. Pertumbuhan & Pembesaran


Nutrien sangat penting terutamanya di peringkat kanak-kanak, remaja dan ibu mengandung. Ia membantu membina sel, menyokong sistem imun dan fungsi tubuh termasuklah rambut yang berkilau, kulit yang lebih lembut dan kuku yang lebih kuat. Protein dan komponen asid amino juga sangat penting untuk fungsi enzim, hormon dan pengankut nutrien yang lain.

2. Tenaga Berkekalan


Minuman tenaga dan minuman berkafein hanya boleh memberi kesan sementara. Manakala pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu kita mengekalkan tenaga sebab ia mengambil masa yang lama untuk dihadam. Dalam masa yang sama ia memberi sumber tenaga yang berkekalan supaya kita boleh melakukan banyak kerja harian dengan cergas setiap hari.

3. Pengurusan Berat Badan


Diet yang tinggi protein dapat membantu dalam mengurangkan berat badan berbanding diet rendah dengan protein. Ini disebabkan peranan protein adalah untuk mengekalkan rasa kenyang.

Kajian menunjukkan bahawa memiliki berat yang sihat dan mengekalkan berat badan tersebut boleh membantu memanjangkan jangka hayat hidup kita.

4. Kesihatan Jantung


Kajian jangka masa panjang selama 20 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan rendah karbohidrat, tinggi lemak berasaskan sayuran mempunyi 30% lebih rendah risiko untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang makan makanan tinggi karbohidrat dan diet lemak rendah.

Jika kita menambah sayuran dalam diet, kita dapat mengurangkan masalah kesihatan jantung serta membantu mengekalkan dan meningkatkan fungsi jantung.

5. Kesihatan Tulang


Selain kalsium, protein juga adalah salah satu nutrien penting dalam kesihatan tulang. Pelbagai penemuan mencadangkan pengambilan protein bagi mengurangkan risiko tulang rapuh dan risiko patah tulang.

Dalam kajian terbaru, peningkatan pengambilan protein, kalsium dan Vitamin D dalam diet dapat mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan kekuatan otot.

6. Kesihatan Otot


Kemerosotan dalam jisim otot berlaku akibat simptom penuaan usia. Masalah ini seringkali disalah anggap dengan peningkatan lemak dalam badan. Kemerosotan otot yang kronik selalunya berlaku dalam kalangan warga emas yang berumur lebih daripada 60 tahun hingga 80 tahun ke atas. Pengambilan protein yang mencukupi membantu mengurangkan atau melambatkan proses kemerosotan otot ini.

Selain mengamalkan protein, kita juga perlu memilih sumber protein terbaik untuk tubuh badan kita supaya apa yang kita makan itu tidak menjadi racun kepada tubuh kita. Bagaimana cara untuk memilih sumber protein terbaik? Boleh baca artikel saya sebelum ini di "5 Tips Untuk Membantu Anda Memilih Sumber Protein Yang Betul."

Jadi kita sudah tahu kepentingan protein untuk tubuh kita. Kita kena kekalkan kesihatan tubuh badan kita supaya kita boleh menikmati hidup ini dengan lebih baik. Jagalah blok binaan tubuh anda. Anda cuma ada satu sahaja tubuh, kena jaga elok-elok.

Luv,
Brigett.