6 Kesalahan Yang Anda Kerap Lakukan Semasa Mencuci Muka


Susah sangat mau dapat kulit cantik, sebab apa? Biasanya kulit kita tidak pandai cantik-cantik ni salah satu faktornya adalah kita tidak reti jaga muka sendiri. Terutama dari cara kita mencuci muka. Hari tu Brigett kerap cuci muka, tapi jerawat makin lama makin membengkakan. Aduh!

Hari ini Brigett kongsikan 6 kesalahan yang kita selalu lakukan tanpa sedar dan lama kelamaan, kulit muka rosak. 

KESALAHAN #1: MENCUCI MUKA LEBIH DARI 2 KALI SEHARI

Kita kena mencuci muka tidak lebih dari 2 hingga 3 kali sehari. Bukan sengaja kita hadkan berapa kali kita perlu cuci muka dalam masa sehari.. bersebab tu. 2 sebab kenapa kita tidak boleh mencuci muka dengan terlalu kerap?

  1. Kulit akan cenderung untuk lebih kering dan berminyak jika kita mencuci muka dengan terlalu kerap.
  2. Kulit akan menjadi lebih kering dan hilang kelembapan semulajadi.

KESALAHAN #2: MENGGOSOK MUKA DENGAN KUAT DAN LAMA

Hari tu, Brigett gosok muka Brigett kuat-kuat sebab mau bagi jerawat tu tanggal dengan cepat. Tapi jerawat tidak berkurang malah bertambah lagi. Rupanya menggosok muka dengan kuat dan lama adalah cara mencuci muka yang salah. So, jangan sental sangat kulit muka tu walaupun geram dengan jerawat degil. 
  1. Cukup untuk 10-30 saat sahaja untuk setiap bahagian muka.
  2. Urut secara membulat dari bahagian bawah ke atas supaya aliran darah pada muka lebih lancar. Dengan cara ini, kedut pada kulit muka dapat dikurangkan juga. Jangan urut dari atas ke bawah, nanti jatuh kulit muka tu.
KESALAHAN #3: TIDAK MENGGUNAKAN MAKEUP REMOVER


Apa yang Brigett perasan, jerawat pada kulit Brigett lebih cepat hilang bila Brigett menggunakan makeup remover sebelum mencuci muka. Brigett tidak pakai makeup, tapi kalau Brigett tidak pakai makeup remover sebelum cuci muka, jerawat Brigett lambat kering. Tu sebab Brigett pakai juga makeup remover walaupun Brigett tidak pakai makeup.

Bagi mereka yang selalu pakai makeup, Brigett sarankan pakailah makeup remover untuk tanggalkan makeup. Bila kita terus cuci muka tanpa pakai makeup remover, pori kita akan tersumbat. Bila pori tersumbat, jerawat akan timbul. Brigett yang tidak pakai makeup pun pakai makeup remover sebelum cuci muka tau. Jadi yang pakai makeup tu, tolonglah pakai makeup remover sebelum cuci muka ya. Sebab dengan pencuci muka saja memang tidak cukup untuk bersihkan kulit muka kita.


KESALAHAN #4: TIDAK FOKUS PADA T ZON


T zon ini adalah bahagian dagu, hidung dan dahi. T zon adalah bahagian kegemaran sang jerawat kerana bahagian inilah yang paling banyak minyak. Tumpuhkan lebih banyak mencuci pada bahagian ini supaya lebih banyak sisa minyak yang berlebihan dapat disingkirkan dari muka kita.

KESALAHAN #5: JANGAN GOSOK


Selepas selesai cuci muka, kamu selalu gosok muka dengan tuala? Jangan! Kesalahan besar tu. Jangan gosok, dap saja dengan tuala. Kalau kita gosok muka dengan tuala, tahap elastik kulit akan menurun dan kulit akan jadi kendur. Jadi, jangan gosok muka tu ya. Lagi satu, asingkan tuala mandi dengan tuala muka.

KESALAHAN #6: SHOWER


Apa kaitan dengan shower? Brigett suka sangat cuci muka dengan shower. Tapi Brigett perasan, bila Brigett guna shower, kulit muka rasa kering! haha! Tapi bila cuci menggunakan paip sinki, rasa lebih fresh dan lembap pula kulit Brigett. Ini disebabkan tekanan pada air tu tidak sama. Kita kena guna tekanan air yang sederhana. Tekanan air padal shower tu agak tinggi untuk kulit muka kita.

Kalau mau juga guna shower, jangan cuci muka dengan tangan. Biar air tu mengalir saja pada muka. Tapi Brigett lebih sarankan, kamu cuci muka di sinki.

Hah? Sudah nampak kesilapan yang kita buat setiap hari untuk muka kita? Kadang-kadang bukan produk yang tidak bagus. Tapi teknik kita menjaga kulit tu yang tidak betul sebenarnya. Semoga tips ini memberi manfaat kepada para pembaca blog Brigett cikanggur.com ni. Boleh baca testimoni Brigett sendiri di Merawat Jerawat Teruk Dengan Kaedah Rawatan Dari Dalam.

Kalau mahu lebih banyak tips, follow blog Brigett. See you all until next entry. 😉

Luv,
Brigett.