4 Tips Memilih Sumber Minyak Ikan Berkualiti Tinggi


Kita disarankan untuk mengambil 2 hingga 3 hidangan ikan dalam seminggu - terutamanya ikan laut dalam. Ini adalah saranan terbaik untuk memastikan pengambilan EPA/DHA yang cukup. Tapi bukan semua orang makan ikan selalu kan? Lagipun, lautan kita sebahagian besar sudah tercemar. Banyak ikan di lautan dicemari oleh bahan toksik seperti merkuri dan plumbum.

Itu sebab ramai orang lebih gemar mengamalkan suplemen minyak ikan untuk selesaikan masalah ini. Jika minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar dapat disingkirkan atau dikurangkan ke tahap yang sepatutnya.

Sebelum kita membeli minyak ikan, pastikan minyak ikan tersebut mengandungi omega-3 yang mencukupi untuk badan kita.

1. Syarikat yang berkualiti.

Tidak semua minyak ikan sama. Maka, kita perlu memilih syarikat yang boleh anda percaya dan mempunyai sejarah pegeluaran produk berkualiti.

2. Ketulenan dan Keselamatan.



Penyulingan Molekul merupakan proses yang meletakkan ikan dalam keadaan vakum yang mana membolehkan ikan mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya daripada rosak.

Ini membolehkan DHA dan EPA dipisahkan daripada logam berat. Dalam masa yang salam toksin juga dapat disingkirkan. Proses ini juga membantu dalam mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

Biasanya minyak ikan di pasaran menjalani penyulingan untuk menyingkirkan toksik dari minyak ikan hanya 1 kali dan paling banyak pun 2 kali. Proses penyulingan ini sangat mahal, bukan semua company mampu membuat penyulingan berkali-kali.

3. Ikan kecil atau Ikan besar?

Semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.

4. Kelangsungan


Dalam entri saya sebelum ini "4 Sebab Penting Kenapa Kita Perlu Makan Ikan" ada menyatakan kenapa pengambilan ikan sangat penting untuk diet kita.

Sangat penting untuk memastikan sumber ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.


Kami sekeluarga mengamalkan minyak ikan Omega Guard kerana minyak ikan ini mengandungi kualiti tinggi. 6 sebab kenapa saya memilih Omega Guard sebagai sumber minyak ikan kami sekeluarga.
  1. Penyulingan Molekul Tiga peringkat - Proses proprietari ini memekatkan omega-3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan bahan tercemar lain.
  2. Farmaseutikal - Harus pilih sumber minyak ikan yang bergred farmaseutikal.
  3. Kandungi DHA dan EPA yang tinggi - Pilih minyak ikan yang memberi satu sajian bersamaan dengan 990mg asid lemak omega-3 (546mg EPA, 360mg DHA).
  4. 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen - Selain mengandungi DHA dan EPA, cari omega-3 yang mengandungi spektrum lain seperti ALA.
  5. Bau yang sangat minimum.
  6. Diiktiraf oleh Friend of the Sea kerana sumber ikan Omega Guard ini hanya bukan ditangkap pada musim membiak bagi menjaga bekalan minyak ikan di masa akan datang.

Pilihlah sumber minyak ikan yang terbaik dan berkualiti tinggi untuk keluarga kita. Boleh juga klik terus link di bawah untuk membeli Omega Guard menggunakan debit/credit card.


Hubungi saya di 012 889 5717 atau whatsapp saya di http://brigettrusx.wasap.my untuk dapatkan jadual makan Omega Guard yang betul.