4 Sebab Penting Kenapa Kita Perlu Makan Ikan


Ikan merupakan sumber makanan yang sangat penting sebab ia mengandungi sumber Vitamin D, Vitamin A (dalam hati ikan), lemak asid omega-3 dan protein. Ikan juga mengandungi sumber nutrien untuk melawan kanser dan meningkatkan kecekapan aktiviti otak kita. Kalau kita bercadang untuk mencari sumber makanan yang ajaib untuk mendapatkan hidup yang lebih sihat dan lama, kita tidak boleh mengambil ikan dengan cara yang salah.


1. DHA

2/3 daripada otak kita adalah lemak. Badan kita menggunakan lemak asid untuk membentuk sel supaya dapat bantu kita berfikir dan merasa. Banyak masalah yang berkaitan dengan tahap kecekapan otak kita. Terutamanya dalam kalangan warga emas. Ini disebabkan ramai yang percaya, diet yang sihat adalah diet yang tidak mengandungi lemak. 

Badan yang mengandungi omega-3 yang cukup mampu mencegah dan mengurangkan masalah kanser, Alzheimer's, keradangan, darah beku, penyakit jantung, kencing manis, obesiti, penuaan, masalah kulit dan sebagainya.

Selain ikan, walnut dan chia seed juga mengandungi omega-3 cuma kandungan DHA mereka terhad berbanding dengan kandungan DHA dalam ikan.


2. Protein 

2/3 daripada otak kita adalah lemak, dan 1/3 lagi adalah protein. Memandangkan ikan mengandungi lemak omega-3 dan protein dalam masa yang sama menjadikan ikan adalah sumber terbaik untuk dijadikan makanan kepada otak kita.

3. Vitamin D

Walaupun ikan tinggal di air, pendedahan ikan pada Matahari membuatkan ia unik kerana mengandungi Vitamin D. Ikan merupakan satu-satunya sumber makanan yang mengandungi Vitamin D.

Vitamin D sangat aktif bilang badan kita terdedah dengan cahaya Matahari. Vitamin D juga meningkatkan sistem imun, mengimbangkan hormon dan mood kita. Ia juga terbukti salah satu cara untuk mencegah pembentukan kanser, tulang rapuh, masalah jantung dan kencing manis.

4. Vitamin A

Vitamin A adalah vitamin yang sangat penting untuk membantu mengekalkan kesihatan mata. Ia juga sumber penting untuk menghasilkan darah merah yang mana darah merah bertindak untuk menghantar oksigen ke seluruh tubuh kita.


Kita perlu mengambil tahu perbezaan di antara lemak sihat dan lemak tidak sihat untuk mendapatkan diet yang sihat setiap hari. Sementara minyak ikan mengandungi sumber omega-3 yang terbaik, malangnya kebanyakan sumber makanan kita pada masa sekarang mengandungi omega-6 yang sangat banyak. Walaubagaimanapun, mengambil nisbah yang betul di antara omega-3 dan omega-6 dapat membantu melawan keradangan.

Pilihlah sumber lemak sihat yang terbaik untuk keluarga anda. Dalam entri saya "4 Tips Memilih Sumber Minyak Ikan Berkualiti Tinggi", saya ada huraikan bagaimana cara untuk memilih sumber ikan terbaik. Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda semua.

Luv,
Brigett