Pentingkah Omega-3 Untuk Ibu Hamil dan Bayi?


Dalam setiap peringkat kehamilan, ibu perlu mengamalkan omega-3 sejak dari konsepsi sehingga peringkat penyusuan. Sebab omega-3 membantu dalam membina dan memberi kesihatan terbaik untuk si ibu dan si bayi.

Apakah manfaat omega-3 untuk ibu hamil dan bayi?

Manfaat omega-3 untuk ibu hamil;


  • Merendahkan risiko kelahiran bayi pra-matang.
  • Menyokong tempoh optimum kehamilan bagi kehamilang penuh.
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeclampsia (tekanan darah tinggi ketika hamil).
Manfaat omega-3 untuk bayi;

  • Menyokong pembentukan janin dengan memperbaiki kitaran darah pada plasenta.
  • Menyokong pembentukan mata (retina) dan struktur otak dalam fetus.
  • Memperbaiki penyelarasan tangan dan mata dalam bayi.
  • Mengurangkan risiko alahan pada bayi.
  • Menyokong perkembangan otak, mata, sistem saraf dan imun janin secara optimum terutamanya semasa trimester ketiga.
  • Menyokong perkembangan saraf otak.
Kajian menunjukkan ibu yang mengambil suplemen DHA semasa hamil akan melahirkan bayi yag mempunyai kemahiran lebih baik dalam menyelesaikan masalah pada usia 9 bulan berbanding para ibu yang tidak mengambil omega-3.

Bukan ibu hamil sahaja yang perlukan omega-3. Kita semua pun memerlukan omega-3. Dalam entri saya di "4 Sebab Penting Kenapa Kita Perlu Makan Ikan" sudah dinyatakan kepentingan omega-3 yang ada dalam ikan untuk badan kita. Sudah tentu kita mau yang terbaik untuk kandungan kita bukan? Dalam entri ini pula "4 Tips Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi" saya ada nyatakan macam mana untuk memilih minyak ikan berkualiti tinggi untuk kandungan dan badan kita.

Semoga entri ini memberi manfaat.

Luv,
Brigett Rusx.
Share:

Kepentingan Omega-3 Untuk Kesuburan Suami Isteri


Dalam peringkat pra-konsepsi, isteri dan suami memerlukan omega-3 yang mencukupi untuk menyokong kesuburan mereka. Ini disebabkan pengambilan omega-3 juga sangat penting untuk meningkatkan peluang kehamilan.

Untuk isteri, omega-3;
  • Menyokong penghasilan dan mengimbangkan hormon.
  • Mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan aliran darah uterus untuk meningkatkan peluang persenyawaan.
Untuk suami, omega-3;
  • Meningkatkan kepekatan sperma.
  • Memainkan peranan penting dalam penghasilan sperma yang sihat.
Omega-3 bukan sahaja penting untuk kesuburan suami isteri. Omega-3 juga sangat penting untuk kesihatan otak, jantung dan penglihatan. Boleh dapatkan info lebih lanjut tentang kepentingan pengambilan omega-3 dalam entri saya di sini "4 Sebab Penting Kenapa Kita Perlu Makan Ikan.


Untuk memaksimumkan lagi peluang kesuburan, sudah semestinya kita perlu mengambil sumber omega-3 yang terbaik bukan? Oleh itu, kita memerlukan ikan laut terbaik bukan? Malangnya, sebahagian besar lautan kita pada masa kini telah dicemari. Boleh dapatkan "4 Tips Memilih Sumber Minyak Ikan Berkualiti Tinggi." dalam entri saya ini.

Luv,
Brigett Rusx.
Share:

4 Tips Memilih Sumber Minyak Ikan Berkualiti Tinggi


Kita disarankan untuk mengambil 2 hingga 3 hidangan ikan dalam seminggu - terutamanya ikan laut dalam. Ini adalah saranan terbaik untuk memastikan pengambilan EPA/DHA yang cukup. Tapi bukan semua orang makan ikan selalu kan? Lagipun, lautan kita sebahagian besar sudah tercemar. Banyak ikan di lautan dicemari oleh bahan toksik seperti merkuri dan plumbum.

Itu sebab ramai orang lebih gemar mengamalkan suplemen minyak ikan untuk selesaikan masalah ini. Jika minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar dapat disingkirkan atau dikurangkan ke tahap yang sepatutnya.

Sebelum kita membeli minyak ikan, pastikan minyak ikan tersebut mengandungi omega-3 yang mencukupi untuk badan kita.

1. Syarikat yang berkualiti.

Tidak semua minyak ikan sama. Maka, kita perlu memilih syarikat yang boleh anda percaya dan mempunyai sejarah pegeluaran produk berkualiti.

2. Ketulenan dan Keselamatan.



Penyulingan Molekul merupakan proses yang meletakkan ikan dalam keadaan vakum yang mana membolehkan ikan mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya daripada rosak.

Ini membolehkan DHA dan EPA dipisahkan daripada logam berat. Dalam masa yang salam toksin juga dapat disingkirkan. Proses ini juga membantu dalam mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

Biasanya minyak ikan di pasaran menjalani penyulingan untuk menyingkirkan toksik dari minyak ikan hanya 1 kali dan paling banyak pun 2 kali. Proses penyulingan ini sangat mahal, bukan semua company mampu membuat penyulingan berkali-kali.

3. Ikan kecil atau Ikan besar?

Semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.

4. Kelangsungan


Dalam entri saya sebelum ini "4 Sebab Penting Kenapa Kita Perlu Makan Ikan" ada menyatakan kenapa pengambilan ikan sangat penting untuk diet kita.

Sangat penting untuk memastikan sumber ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.


Kami sekeluarga mengamalkan minyak ikan Omega Guard kerana minyak ikan ini mengandungi kualiti tinggi. 6 sebab kenapa saya memilih Omega Guard sebagai sumber minyak ikan kami sekeluarga.
  1. Penyulingan Molekul Tiga peringkat - Proses proprietari ini memekatkan omega-3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan bahan tercemar lain.
  2. Farmaseutikal - Harus pilih sumber minyak ikan yang bergred farmaseutikal.
  3. Kandungi DHA dan EPA yang tinggi - Pilih minyak ikan yang memberi satu sajian bersamaan dengan 990mg asid lemak omega-3 (546mg EPA, 360mg DHA).
  4. 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen - Selain mengandungi DHA dan EPA, cari omega-3 yang mengandungi spektrum lain seperti ALA.
  5. Bau yang sangat minimum.
  6. Diiktiraf oleh Friend of the Sea kerana sumber ikan Omega Guard ini hanya bukan ditangkap pada musim membiak bagi menjaga bekalan minyak ikan di masa akan datang.

Pilihlah sumber minyak ikan yang terbaik dan berkualiti tinggi untuk keluarga kita. Boleh juga klik terus link di bawah untuk membeli Omega Guard menggunakan debit/credit card.


Hubungi saya di 012 889 5717 atau whatsapp saya di http://brigettrusx.wasap.my untuk dapatkan jadual makan Omega Guard yang betul.
Share:

4 Sebab Penting Kenapa Kita Perlu Makan Ikan


Ikan merupakan sumber makanan yang sangat penting sebab ia mengandungi sumber Vitamin D, Vitamin A (dalam hati ikan), lemak asid omega-3 dan protein. Ikan juga mengandungi sumber nutrien untuk melawan kanser dan meningkatkan kecekapan aktiviti otak kita. Kalau kita bercadang untuk mencari sumber makanan yang ajaib untuk mendapatkan hidup yang lebih sihat dan lama, kita tidak boleh mengambil ikan dengan cara yang salah.


1. DHA

2/3 daripada otak kita adalah lemak. Badan kita menggunakan lemak asid untuk membentuk sel supaya dapat bantu kita berfikir dan merasa. Banyak masalah yang berkaitan dengan tahap kecekapan otak kita. Terutamanya dalam kalangan warga emas. Ini disebabkan ramai yang percaya, diet yang sihat adalah diet yang tidak mengandungi lemak. 

Badan yang mengandungi omega-3 yang cukup mampu mencegah dan mengurangkan masalah kanser, Alzheimer's, keradangan, darah beku, penyakit jantung, kencing manis, obesiti, penuaan, masalah kulit dan sebagainya.

Selain ikan, walnut dan chia seed juga mengandungi omega-3 cuma kandungan DHA mereka terhad berbanding dengan kandungan DHA dalam ikan.


2. Protein 

2/3 daripada otak kita adalah lemak, dan 1/3 lagi adalah protein. Memandangkan ikan mengandungi lemak omega-3 dan protein dalam masa yang sama menjadikan ikan adalah sumber terbaik untuk dijadikan makanan kepada otak kita.

3. Vitamin D

Walaupun ikan tinggal di air, pendedahan ikan pada Matahari membuatkan ia unik kerana mengandungi Vitamin D. Ikan merupakan satu-satunya sumber makanan yang mengandungi Vitamin D.

Vitamin D sangat aktif bilang badan kita terdedah dengan cahaya Matahari. Vitamin D juga meningkatkan sistem imun, mengimbangkan hormon dan mood kita. Ia juga terbukti salah satu cara untuk mencegah pembentukan kanser, tulang rapuh, masalah jantung dan kencing manis.

4. Vitamin A

Vitamin A adalah vitamin yang sangat penting untuk membantu mengekalkan kesihatan mata. Ia juga sumber penting untuk menghasilkan darah merah yang mana darah merah bertindak untuk menghantar oksigen ke seluruh tubuh kita.


Kita perlu mengambil tahu perbezaan di antara lemak sihat dan lemak tidak sihat untuk mendapatkan diet yang sihat setiap hari. Sementara minyak ikan mengandungi sumber omega-3 yang terbaik, malangnya kebanyakan sumber makanan kita pada masa sekarang mengandungi omega-6 yang sangat banyak. Walaubagaimanapun, mengambil nisbah yang betul di antara omega-3 dan omega-6 dapat membantu melawan keradangan.

Pilihlah sumber lemak sihat yang terbaik untuk keluarga anda. Dalam entri saya "4 Tips Memilih Sumber Minyak Ikan Berkualiti Tinggi", saya ada huraikan bagaimana cara untuk memilih sumber ikan terbaik. Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda semua.

Luv,
Brigett
Share:

6 Sebab Kenapa Tubuh Kita Perlukan Protein


Protein berfungsi seperti blok binaan dalam tubuh kita. Sama macam batu bata di rumah kita. Protein adalah binaan asas untuk tubuh yang sihat. dan sumber yang terbaik untuk fungsi tubuh yang optima. 6 sebab kenapa tubuh kita perlukan protein untuk kekal sihat. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan protein. Oleh itu, kita perlu mendapatkannya melalui diet harian. 

6 Sebab Kenapa Tubuh Kita Perlukan Protein.

1. Pertumbuhan & Pembesaran


Nutrien sangat penting terutamanya di peringkat kanak-kanak, remaja dan ibu mengandung. Ia membantu membina sel, menyokong sistem imun dan fungsi tubuh termasuklah rambut yang berkilau, kulit yang lebih lembut dan kuku yang lebih kuat. Protein dan komponen asid amino juga sangat penting untuk fungsi enzim, hormon dan pengankut nutrien yang lain.

2. Tenaga Berkekalan


Minuman tenaga dan minuman berkafein hanya boleh memberi kesan sementara. Manakala pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu kita mengekalkan tenaga sebab ia mengambil masa yang lama untuk dihadam. Dalam masa yang sama ia memberi sumber tenaga yang berkekalan supaya kita boleh melakukan banyak kerja harian dengan cergas setiap hari.

3. Pengurusan Berat Badan


Diet yang tinggi protein dapat membantu dalam mengurangkan berat badan berbanding diet rendah dengan protein. Ini disebabkan peranan protein adalah untuk mengekalkan rasa kenyang.

Kajian menunjukkan bahawa memiliki berat yang sihat dan mengekalkan berat badan tersebut boleh membantu memanjangkan jangka hayat hidup kita.

4. Kesihatan Jantung


Kajian jangka masa panjang selama 20 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan rendah karbohidrat, tinggi lemak berasaskan sayuran mempunyi 30% lebih rendah risiko untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang makan makanan tinggi karbohidrat dan diet lemak rendah.

Jika kita menambah sayuran dalam diet, kita dapat mengurangkan masalah kesihatan jantung serta membantu mengekalkan dan meningkatkan fungsi jantung.

5. Kesihatan Tulang


Selain kalsium, protein juga adalah salah satu nutrien penting dalam kesihatan tulang. Pelbagai penemuan mencadangkan pengambilan protein bagi mengurangkan risiko tulang rapuh dan risiko patah tulang.

Dalam kajian terbaru, peningkatan pengambilan protein, kalsium dan Vitamin D dalam diet dapat mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan kekuatan otot.

6. Kesihatan Otot


Kemerosotan dalam jisim otot berlaku akibat simptom penuaan usia. Masalah ini seringkali disalah anggap dengan peningkatan lemak dalam badan. Kemerosotan otot yang kronik selalunya berlaku dalam kalangan warga emas yang berumur lebih daripada 60 tahun hingga 80 tahun ke atas. Pengambilan protein yang mencukupi membantu mengurangkan atau melambatkan proses kemerosotan otot ini.

Selain mengamalkan protein, kita juga perlu memilih sumber protein terbaik untuk tubuh badan kita supaya apa yang kita makan itu tidak menjadi racun kepada tubuh kita. Bagaimana cara untuk memilih sumber protein terbaik? Boleh baca artikel saya sebelum ini di "5 Tips Untuk Membantu Anda Memilih Sumber Protein Yang Betul."

Jadi kita sudah tahu kepentingan protein untuk tubuh kita. Kita kena kekalkan kesihatan tubuh badan kita supaya kita boleh menikmati hidup ini dengan lebih baik. Jagalah blok binaan tubuh anda. Anda cuma ada satu sahaja tubuh, kena jaga elok-elok.

Luv,
Brigett.
Share:

5 Tips Memilih Sumber Protein Yang Betul


Banyak produk protein yang dijual di pasaran. Kadang-kadang susah untuk kita memilih sumber protein yang terbaik untuk keluarga kita. Bila susah sangat mau pilih, kita ambil keputusan untuk makan daging, ikan dan telur saja untuk dapatkan sumber protein. Tapi dapatkah sumber ini melengkapkan keperluan protein harian kita?

Saya akan kongsikan 5 tips memilih sumber protein yang betul untuk melengkapkan sumber keperluan anda sekeluarga.

1. Protein Tumbuhan atau Protein Haiwan?

Protein yang berasaskan tumbuhan dan protein berasaskan haiwan, sama-sama mengandungi kandungan protein yang sama. Tapi sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam yang mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein yang berasaskan tumbuhan seperti dari soya, adalah protein yang lebih mudah dihadam.

2. Kandungan Kolestrol Tinggi atau Kolestrol Rendah?



Protein berasaskan tumbuhan tidak mengandungi kolestrol. Manakala, protein berasaskan haiwan mengandungi kolestrol. Tahukah kamu? Bila kita terlalu banyak ambil makanan yang tinggi kolestrol, kita cenderung mengalami masalah tekanan darah tinggi.

3. Kandungan Tinggi Lemak atau Rendah Lemak?

Protein haiwan mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripada lemak tepu dan transfat. Sumber kekacang, biji-bijan, tauhu dan bijirin penuh boleh memberi anda protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO atau bukan-GMO?



GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang telah diubahsuai genetiknya dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

Bila memilih sumber protein, pastikan protein tersebut tidak diubahsuai genetiknya.

5. Sumber Semulajadi atau Sumber yang diproses?

Sebolah-bolehnya dapatkan sumber protein yang semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Bila kita tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet kita, kita boleh memilih serbuk protein yang berkualiti tinggi di mana sumber protein ini memberi asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi anda.

Sekarang kita sudah tahu sumber protein apa yang kita harus berikan kepada tubuh kita. Boleh baca artikel saya seterusnya untuk mengetahui 6 Sebab Kenapa Tubuh Kita Perlukan Protein.

PROTEIN TERBAIK UNTUK KELUARGA ANDA.


ESP adalah protein yang memenuhi 5 ciri-ciri di atas. Selain daripada sumber soya semulajadi, ESP juga mengandungi 9 asid amino yang badan kita perlukan. ESP juga mampu menurunkan paras kolestrol. Untuk membeli protein terbaik untuk keluarga anda, boleh juga klik ORDER NOW di bawah ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 012 889 5717 atau terus KLIK LINK INI.


Share:

Sistem Dropship Terbaik Untuk Surirumah Jana Income


Saya juga salah satu surirumah yang mencari income dengan menjadi dropship. Selama 3 tahun saya bergiat aktif dalam bisness online, satu-satunya sistem dropship yang boleh dipercayai hanyalah sistem dropship bisness Shaklee. Ini juga salah satu sebab saya mengambil keputusan untuk terus membina empire bisness saya bersama Shaklee.

Dropship ini kita adalah orang tengah yang mengurus order customer. Kita buat order untuk customer, dan supplier akan menghantar order kita itu terus ke alamat customer.


Apa yang buat saya tertarik dengan sistem dropship Shaklee ini, Shaklee sediakan website sendiri untuk pengedar-pengedar mereka. Sistem yang sangat hebat dan sangat dipercayai. 

Selepas kita mendaftar sebagai agen dropship Shaklee, kita akan menerima satu website khas. Dalam website inilah kita akan dapat info-info terkini dari Shaklee.


Kita boleh cek hasil jualan kita dalam website ini, termasuk hasil jualan agen-agen di bawah kita. Yang paling best, bonus kita akan dikemas kini setiap hari. Kita boleh daftar agen baru dalam website ini juga.


Untuk membuat pesanan kepada customer kita, kita hanya perlu klik produk Shaklee yang customer kita pesan. Mudah sangat sistem dropship Shaklee ni. Kita tidak perlu pun berwhatsapp/call/sms dengan supplier.


Selepas kita buat payment, Shaklee akan bagi kita tracking no untuk parcel customer. Antara masalah bila kita buat order dengan supplier, supplier kadang-kadang lambat bagi kita tracking no kan? Tapi di Shaklee, kerja dropship juga klik-klik order customer dan semua penghantaran akan dilakukan oleh Shaklee.

Banding dengan sistem dropship lain, saya sangat suka sistem Shaklee. Selain boleh dipercayai, Shaklee juga menyediakan insuran untuk parcel customer kita. Kalau ada apa-apa kerosakan pada produk, Shaklee akan bayar ganti rugi.

Sistem dropship Shaklee ini sangat membantu surirumah untuk menjana pendapatan kerana kita tidak perlu keluar rumah pun untuk pos barang. Lagi-lagi bisness Shaklee tidak menganggu masa kita bersama dengan keluarga. Hanya dengan Shaklee, tidak mustahil bagi surirumah boleh menjana income 4 angka hanya dari rumah saja. 


Saya sangat berbesar hati jika saya dapat membantu lebih ramai surirumah untuk menjana pendapatan dari rumah. Boleh terus hubungi saya di 012 889 5717 atau klik link ini http://brigettrusx.wasap.my jika anda surirumah yang berminat untuk menjana pendapatan hanya dari rumah.
Share:

6 Kesalahan Yang Anda Kerap Lakukan Semasa Mencuci Muka


Susah sangat mau dapat kulit cantik, sebab apa? Biasanya kulit kita tidak pandai cantik-cantik ni salah satu faktornya adalah kita tidak reti jaga muka sendiri. Terutama dari cara kita mencuci muka. Hari tu Brigett kerap cuci muka, tapi jerawat makin lama makin membengkakan. Aduh!

Hari ini Brigett kongsikan 6 kesalahan yang kita selalu lakukan tanpa sedar dan lama kelamaan, kulit muka rosak. 

KESALAHAN #1: MENCUCI MUKA LEBIH DARI 2 KALI SEHARI

Kita kena mencuci muka tidak lebih dari 2 hingga 3 kali sehari. Bukan sengaja kita hadkan berapa kali kita perlu cuci muka dalam masa sehari.. bersebab tu. 2 sebab kenapa kita tidak boleh mencuci muka dengan terlalu kerap?

  1. Kulit akan cenderung untuk lebih kering dan berminyak jika kita mencuci muka dengan terlalu kerap.
  2. Kulit akan menjadi lebih kering dan hilang kelembapan semulajadi.

KESALAHAN #2: MENGGOSOK MUKA DENGAN KUAT DAN LAMA

Hari tu, Brigett gosok muka Brigett kuat-kuat sebab mau bagi jerawat tu tanggal dengan cepat. Tapi jerawat tidak berkurang malah bertambah lagi. Rupanya menggosok muka dengan kuat dan lama adalah cara mencuci muka yang salah. So, jangan sental sangat kulit muka tu walaupun geram dengan jerawat degil. 
  1. Cukup untuk 10-30 saat sahaja untuk setiap bahagian muka.
  2. Urut secara membulat dari bahagian bawah ke atas supaya aliran darah pada muka lebih lancar. Dengan cara ini, kedut pada kulit muka dapat dikurangkan juga. Jangan urut dari atas ke bawah, nanti jatuh kulit muka tu.
KESALAHAN #3: TIDAK MENGGUNAKAN MAKEUP REMOVER


Apa yang Brigett perasan, jerawat pada kulit Brigett lebih cepat hilang bila Brigett menggunakan makeup remover sebelum mencuci muka. Brigett tidak pakai makeup, tapi kalau Brigett tidak pakai makeup remover sebelum cuci muka, jerawat Brigett lambat kering. Tu sebab Brigett pakai juga makeup remover walaupun Brigett tidak pakai makeup.

Bagi mereka yang selalu pakai makeup, Brigett sarankan pakailah makeup remover untuk tanggalkan makeup. Bila kita terus cuci muka tanpa pakai makeup remover, pori kita akan tersumbat. Bila pori tersumbat, jerawat akan timbul. Brigett yang tidak pakai makeup pun pakai makeup remover sebelum cuci muka tau. Jadi yang pakai makeup tu, tolonglah pakai makeup remover sebelum cuci muka ya. Sebab dengan pencuci muka saja memang tidak cukup untuk bersihkan kulit muka kita.


KESALAHAN #4: TIDAK FOKUS PADA T ZON


T zon ini adalah bahagian dagu, hidung dan dahi. T zon adalah bahagian kegemaran sang jerawat kerana bahagian inilah yang paling banyak minyak. Tumpuhkan lebih banyak mencuci pada bahagian ini supaya lebih banyak sisa minyak yang berlebihan dapat disingkirkan dari muka kita.

KESALAHAN #5: JANGAN GOSOK


Selepas selesai cuci muka, kamu selalu gosok muka dengan tuala? Jangan! Kesalahan besar tu. Jangan gosok, dap saja dengan tuala. Kalau kita gosok muka dengan tuala, tahap elastik kulit akan menurun dan kulit akan jadi kendur. Jadi, jangan gosok muka tu ya. Lagi satu, asingkan tuala mandi dengan tuala muka.

KESALAHAN #6: SHOWER


Apa kaitan dengan shower? Brigett suka sangat cuci muka dengan shower. Tapi Brigett perasan, bila Brigett guna shower, kulit muka rasa kering! haha! Tapi bila cuci menggunakan paip sinki, rasa lebih fresh dan lembap pula kulit Brigett. Ini disebabkan tekanan pada air tu tidak sama. Kita kena guna tekanan air yang sederhana. Tekanan air padal shower tu agak tinggi untuk kulit muka kita.

Kalau mau juga guna shower, jangan cuci muka dengan tangan. Biar air tu mengalir saja pada muka. Tapi Brigett lebih sarankan, kamu cuci muka di sinki.

Hah? Sudah nampak kesilapan yang kita buat setiap hari untuk muka kita? Kadang-kadang bukan produk yang tidak bagus. Tapi teknik kita menjaga kulit tu yang tidak betul sebenarnya. Semoga tips ini memberi manfaat kepada para pembaca blog Brigett cikanggur.com ni. Boleh baca testimoni Brigett sendiri di Merawat Jerawat Teruk Dengan Kaedah Rawatan Dari Dalam.

Kalau mahu lebih banyak tips, follow blog Brigett. See you all until next entry. 😉

Luv,
Brigett.
Share:

Merawat Jerawat Teruk Dengan Kaedah Rawatan Dari Dalam


Hampir setahun saya sengsara dengan masalah jerawat. Ada beberapa sebab kenapa jerawat mudah tumbuh atas muka kita. Bila hormon kita tidak stabil, memang jerawat akan naik. Selain itu, kebersihan diri kita dan cara pemakanan juga mempengaruhi masalah jerawat ni. Brigett paling tidak suka bila jerawat besar muncul atas muka. Sakit sangat kalau anak terpicit. Macam mau nangispun ada sebab tersangatlah sakit.

Jangan risau, kamu adalah pembaca yang sangat bertuah. Sebab dalam entri ini, Brigett akan kongsikan bagaimanan Brigett dapat pulihkan wajah Brigett dari masalah jerawat. Tidak lama kulit muka Brigett pulih tau. Jerawat teruk selama hampir setahun, cuma ambil masa 2 bulan sahaja untuk pulih. Best kan? Baca sampai habis tau.

PUNCA TERJADINYA JERAWAT


Jerawat mula timbul bila minyak pada wajah kita terlalu banyak. Minyak inilah yang akan menyebabkan liang pori kita membesar. Bila liang pori membesar, pori kita akan tersumbat dan di situlah terjadinya pembengkakan pada kulit kita yang mana terjadinya jerawat.


CARA MERAWAT JERAWAT TERUK DENGAN KAEDAH RAWATAN DARI DALAM

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah jerawat ini, contohnya menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan seperti Pati Anggur Vivix.

Vivix merupakan Pati Anggur yang boleh melindungi dan memperbaharui sel kita. Pati Anggur Vivix ini bersifat anti keradangan. Itu sebab sangat terbaik jika kita amalkan Vivix untuk masalah jerawat. Supaya bengkak yang terjadi pada kulit muka kita dapat ditangani.

Dengan Vivix, kita tidak perlu buat rawatan seperti laser kulit, facial atau apa-apa rawatan untuk kulit kita. Hanya dengan sesudu Vivix setiap hari, kita boleh dapatkan kulit sihat kita semula. Semuanya hanya dengan merawat dari dalam.


Waktu ini, sakit sangat muka Brigett terutama pada bahagian pipi. Sebab jerawat tu bengkak di dalam bukan di luar kulit. Kalau anak terpukul atau terkena tangan sendiri memang sakit sampai mau keluar air mata. Bila tidak tahan dengan jerawat teruk atas muka, Brigett terus buat detox sel. Minum Vivix setiap hari untuk merawat jerawat teruk dari dalam.


Selepas 2 bulan konsisten dengan Pati Anggur Vivix ini, perubahan ketara pada kulit saya. Jerawat kecut, parut semakin pudar dan kulit semakin berseri. Inilah petua yang Brigett lakukan untuk merawat jerawat teruk dari dalam. Terus jaga dari sel. Sebab bila sel kita sihat, seluruh tubuh kita juga akan ikut sihat.

Mahu hilangkan jerawat teruk? Kita rawat dulu dari dalam. Boleh ketahui tentang Pati Anggur Vivix di link ini Vivix Merawat Jerawat Teruk.

***

Konsultasi Merawat Jerawat Teruk Dari Dalam,

Hubungi Brigett 012 889 5717 untuk konsultasi lanjut.

Saya berpengalaman menyusun jadual pemakanan bagi mereka yang ingin merawat jerawat teruk dari dalam dengan lebih senang dan cepat serta servis tiptop hanya untuk pelanggan saya sahaja. *wink*

***

Shaklee Independent Distributor,
Brigett Rusxx -  SID 1089776
012 889 5717

Jika anda ingin menjana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee boleh terus hubungi saya. Anda akan layak secret group dari kami untuk mengetahui bagaimana kami menjana income di Shaklee dengan mudahnya hanya dari rumah sahaja. Bimbingan akan diberikan sehingga anda berjaya mencapai pendapatan yang anda impikan.
Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah untuk dapatkan jadual 
& cara makan vitamin serta konsultasi percuma.
Share: