5 Cara Elak Gigi Anak Rosak


Anak pertama saya gigi dia memang rosak betul sudah. Usia baru 3 tahun tapi gigi depan hilang, gigi gerham semua berlubang. Pening kepala saya macam mana mau kasi selesai masalah gigi dia. Itu sebab saya berazam untuk lebih mengambil perhatian dengan gigi anak kedua saya.

Start anak kedua saya 6 bulan, saya sudah mula bersihkan gusi dia. Bila gigi pertama tumbuh pada awal usia dia 8 bulan, saya sudah biasakan dia pegang berus gigi dan mula berus gigi dia. Syukur sekarang gigi anak kedua saya cantik, putih berseri.

Jadi macam mana pula dengan anak pertama saya yang gigi dia sudah rosak? Saya amalkan 6 cara ini untuk menjaga kesihatan gigi dia. Walaupun rosak, perlu juga kita jaga supaya tidak rosak teruk gigi anak-anak.

1. Pemeriksaan Berkala Setiap Enam Bulan



Saya sangat galakkan untuk ibubapa membawa anak berjumpa dengan doktor gigi seawal umur setahun untuk mendapatkan tunjuk ajar cara untuk membersihkan gigi anak. Di samping itu, dapat juga kita ketahui masalah-masalah kerosakan pada gigi si manja. Kalau ada masalah pergigian, boleh lah dapatkan rawatan untuk selesaikan masalah kerosakan gigi dengan kadar segera.

Kita sebagai ibu bapa kena alert benda ni. Kalau tempat saya, anak sudah genap setahun tapi tiada pun KKIA bagi info untuk dapatkan rawatan pergigian bila anak sudah genap setahun. Jadi alertlah yang ibu bapa.

2. Mengosok Cara Yang Betul



Kita sebagai ibubapa perlu tahu cara mengosok gigi yang betul supaya dapat praktikkan kepada anak kita. Pemilihan berus gigi dan ubat gigi mengikut umur anak juga perlu diambil perhatian agar pembersihan mulut dilakukan dengan sempurna. Selalu ingatkan anak-anak untuk mengosok gigi 2 kali sehari selama 2 minit. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik supaya anak tidak takut dengan berus gigi.

Anak pertama saya dulu kalau saya cakap mau berus gigi mesti dia nangis macam kena dera. Ahhh.. lantaklah. Saya tetap berus gigi dia. Tapi lama-lama itu saya cuba pujuk dengan cara lembut. Bagi dia tengok cermin supaya dia nampak muka dia sedang kena berus gigi. Bila dia siok, kita pun senang mau berus gigi dia.

3. Kesihatan Gusi

Gusi anak perlu dijaga dan dibersihkan walaupun gigi susu belum tumbuh. Susu biasanya mengandungi gula dan ada juga yang mengandungi karbohidrat berkanji. Kalau sisa susuan ini tidak dibersihkan dengan betul, terjadilah perkara seperti mulut anak berbau masam dan gusi mula menjadi keputih-putihan dan tidak sihat.

Lebih awal kita jaga kesihatan gusi anak adalah lebih baik. Lebih awal juga mereka dihindari masalah-masalah berkaitan dengan kesihatan gigi. Masa anak kedua saya, masa dia usia 6 bulan saya sudah mula bersihkan gusi dia dengan kain basah. Saya buat setiap kali dia siap menyusu badan dan selepas makan puree.

4. Elak Anak Tidur Dengan Botol Berisi Susu

Anak saya yang pertama dulu memang selalu tidur dengan botol berisi susu. Lama-lama gigi dia mula retak. Sekarang gigi depan tiada sudah. Mau menyesal pun tiada guna. Itu sebab ambil langkah berjaga-jaga bila anak kedua mula hisap susu botol. Sekarang saya pastikan dulu anak saya habiskan susu cepat-cepat, bila anak sudah tidur baru saya ganti pula dengan botol berisi air kosong. Dalam masa yang sama dapat juga galakkan anak minum air kosong. hehe..

5. Elak Makanan Bergula dan Berkanji

Masa anak pertama saya memang suka makan makanan ringan macam keropok, gula-gula, coklat dan sebagainya. Apa jadi? Gigi lebih cepat rosak dan berlubang. Selain itu, gigi dia tidak kuat. Kalau dia terhantuk di mana-mana, gigi cepat retak. Hah.. Lama-lama rumpang la.

Ibu bapa perlu ambil perhatian dalam masalah ini. Kalau mau kasi makan anak makanan ringan juga, boleh tiada masalah. Yang penting lepas bagi makan makanan ringan macam gula-gula, cepat-cepat berus gigi anak supaya gula itu tidak melekat pada gigi lama-lama. Gula yang melekat pada gigi inilah yang menyebabkan gigi cepat mereput.


5 cara ini saja saya lakukan untuk kesihatan gigi anak-anak saya. Biasa ibu bapa akan fikir "Ala gigi susu seja tu, tidak perlulah jaga sangat." Tapi bagi saya, penjagaan kesihatan gigi ini sangatlah penting. Takut ada jangkitan bah kan kalau kita tidak jaga. Sudahlah imun anak ni tidak kuat. Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Semoga bermanfaat.

Your truly,
Brigett.