Cara Mudah Merawat Kulit Muka


Minggu lalu, saya hadir talk di Shaklee KK Branch. Talk kali ni pasal kecantikan. Selepas selesai talk, saya buat pemeriksaan kulit muka. Mau juga tau kalau kulit muka saya ini jenis apa? Sihat atau tidak? Sebab pemeriksaan kulit muka sebelum ini, cuma guna alat yang biasa.. ni kali pakai alat yang canggih sikit.


Masa alat tu kena letak atas muka saya, aduiii tekejut saya nampak kulit muka saya di atas skrin laptop. Nampak sangat kulit tu kering, tidak sihat.. Boleh pula geli dengan kulit muka sendiri aa aduiiii.. Nampak gambar besar tu? Itulah kulit dahi saya. Selepas buat pemeriksaan kulit, pakar nutrisi akan cadangkan produk apa yang saya perlu amalkan.


Inilah result dari pemeriksaan kulit muka saya. Jadi saya boleh tau jenis kulit saya ini. Nampak keanjalan (elasticity) kulit saya dalam kategori poor? Umur saya baru 26 tahun tapi kulit sudah mula hilang keanjalan, maksudnya kulit saya kurang collagen.

Badan kita ada kilang collagen, badan kita boleh menghasilkan collagen cuma kilang ini akan tutup pada usia kita 25 tahun. Itu sebab keanjalan saya sudah mula berkurang. Kedut-kedutan pada muka sudah mula timbul. Tapi jangan risau, kita boleh top up collagen dari pemakanan kita. Boleh amalkan makanan yang memberi collagen kepada badan kita seperti makanan tambahan.

Selepas buat pemeriksaan kulit ini, saya terus amalkan Set Radiant 4. Di mana set ini terdiri daripada protin, collagen, vitamin C dan pengimbang hormon. Kita tengok result bulan depan pula selepas amalkan Set Radiant 4 ini. Kalau anda berminat untuk membuat pemeriksaan kulit boleh hubungi saya terus di http://brigettrusx.wasap.com. Tidak sabar tengok perkembangan kulit sendiri. Saya pun mau juga ada kulit yang perfect giteww.. 


Senang sahaja untuk dapatkan kulit muka yang sempurna. Cuma amalkan 4 makanan ini, dan sudah pasti akan dapat kulit wajah macam baby. 😉

Jom kita tengok apa yang Set Radiant 4 ini boleh berikan kepada kulit kita.

ESP:
  • ESP adalah sumber protin yang berasaskan tumbuhan itu sebab ESP tidak mengandungi kolestrol.
  • Protin bertindak sebagai blok binaan yang memperkukuhkan lagi sel-sel kita.
  • ESP inilah yang membantu memperbaharui sel kita yang rosak.
Collagen Powder:
  • Collagen Powder ini diekstrak dari Sisik Ikan Merah (RSS).
  • Oleh kerana semakin bertambah usia kita, semakin kurang juga collagen yang dihasilkan oleh badan kita. Itu sebab kita perlu amalkan pengambilan collagen dari pemakanan.
  • Sebaik-baik collagen adalah collagen yang berasal dari haiwan dan bukan tumbuhan.
  • Collagen Powder inilah yang akan memberi dan menjaga keanjalan kulit kita.
Vitamin C:
  • Vitamin C yang terbaik adalah Vitamin C yang mempunyai sistem pelepasan berperingkat kerana Vitamin C bukan vitamin yang boleh disimpan dalam badan.
  • Vitamin C Shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat. Setiap jam, Vitamin C Shaklee akan melepaskan 100mg Vitamin C supaya boleh kekal lebih lama dalam badan kita.
  • Vitamin C inilah yang akan melindungi kulit kita dari radikal bebas.
GLA Complex Pengimbang Hormon:
  • Biasanya hormon juga salah satu penyebab kerosakan kulit.
  • Bila kita amalkan pengimbang hormon ini, kita tidak akan mengalami masalah ketidakstabilan hormon lagi.
  • Borage yang terkandung dalam GLA Complex mempunyai kepekatan tinggi bagi melindungi badan kita daripada mengalami masalah hormon.
***


Konsultasi Merawat Kulit Muka,

Hubungi Brigett 012 889 5717 untuk konsultasi lanjut.

Saya berpengalaman menyusun jadual pemakanan bagi mereka yang ingin merawat kulit muka dengan lebih senang dan cepat serta servis tiptop hanya untuk pelanggan saya sahaja. *wink*

***

Shaklee Independent Distributor,
Brigett Rusxx -  SID 1089776
012 889 5717

Jika anda ingin menjana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee boleh terus hubungi saya. Anda akan layak secret group dari kami untuk mengetahui bagaimana kami menjana income di Shaklee dengan mudahnya hanya dari rumah sahaja. Bimbingan akan diberikan sehingga anda berjaya mencapai pendapatan yang anda impikan.
Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah untuk dapatkan jadual 
& cara makan vitamin serta konsultasi percuma.

Shaklee Malaysia Day 2017


Letih yang berbaloi. Dari pagi Jumaat tu memang kami tidak berhenti kena call client. Sempat jumpa 3 client sebelum kami bertolak ke Kota Kinabalu dari Ranau untuk hadir H&W Talk di Branch Shaklee Kota Kinabalu. Sebelum suami dropped saya di branch, kami menjamu selera dulu di Sushi King CityMall. Cubalah ada kedai sushi di Ranau kan bagus. 😆

Enjoy betul Rev dengan ketchup Sushi King 😆😆
Apa yang paling saya suka bila hadir H&W Talk? Saya berpeluang berjumpa dengan sidelines. Sempat juga sideline kongsikan shaklee effect dia. Inilah kebaikan bila kita banyak bergaul dengan sideline. Banyak ilmu yang kita dapat selain daripada hadir H&W Talk tau. Dapat free 2 coasters lagi sebab berjaya dapat jawab quiz masa talk. 😍


Selepas H&W Talk, saya buat pemeriksaan kulit. Keputusan yang saya dapat, jenis kulit saya lebih kepada normal to dry yang selama ini saya sangka jenis kulit saya adalah normal to oily. Yang lagi mengejutkan, keanjalan kulit saya kurang. Kajian menunjukkan collagen akan mula berkurang pada usia 25 tahun, saya berusia 26 tahun sudah menunjukkan tanda-tanda. Nampaknya kena mula telan Collagen Powder Shaklee secara konsisten lah lepas ini.


Esoknya pula, kita balik ke branch semula sebab Branch Shaklee Kota Kinabalu mengadakan Shaklee Malaysia Day! Kalau pembelian sampai 200uv, akan layak 1 lucky dip. Beli 2 botol Vivix akan dapat 5% diskaun dan 1 lucky dip! Bestnya!!!! Apa lagi.. berabis kita kumpul order. Manalah tau dapat lucky dip Vivix kan? 😍😍 Malangnya nda berjodoh dengan Vivix hehe nda apa ada lagi lepas ni yeah!

Sempat jumpa upline Neni Sylvia dan geng karas #briellemasters Nyin all the way from Sandakan tau. Saya sempat minta gambar Nyin seja tapi lupa pula mau selfie dengan dia. 💆 Tidak apa, next time mesti ada gambar sama-sama. 💪💪




Lepas siap di branch kami singgah Gaya Street dulu sebelum balik Ranau. Kena balik Ranau hari tu juga sebab besok ada client lagi perlu jumpa. Anak2 pun enjoy dengan event Merdeka hari ini. Buat bisness biar sebab kita suka, baru tidak stress. 😉

Anak-anak seronok sebab dapat belon.

Luv,
Brigett Rusxx
Shaklee Mentor Since 2015

5 Cara Elak Gigi Anak Rosak


Anak pertama saya gigi dia memang rosak betul sudah. Usia baru 3 tahun tapi gigi depan hilang, gigi gerham semua berlubang. Pening kepala saya macam mana mau kasi selesai masalah gigi dia. Itu sebab saya berazam untuk lebih mengambil perhatian dengan gigi anak kedua saya.

Start anak kedua saya 6 bulan, saya sudah mula bersihkan gusi dia. Bila gigi pertama tumbuh pada awal usia dia 8 bulan, saya sudah biasakan dia pegang berus gigi dan mula berus gigi dia. Syukur sekarang gigi anak kedua saya cantik, putih berseri.

Jadi macam mana pula dengan anak pertama saya yang gigi dia sudah rosak? Saya amalkan 6 cara ini untuk menjaga kesihatan gigi dia. Walaupun rosak, perlu juga kita jaga supaya tidak rosak teruk gigi anak-anak.

1. Pemeriksaan Berkala Setiap Enam Bulan



Saya sangat galakkan untuk ibubapa membawa anak berjumpa dengan doktor gigi seawal umur setahun untuk mendapatkan tunjuk ajar cara untuk membersihkan gigi anak. Di samping itu, dapat juga kita ketahui masalah-masalah kerosakan pada gigi si manja. Kalau ada masalah pergigian, boleh lah dapatkan rawatan untuk selesaikan masalah kerosakan gigi dengan kadar segera.

Kita sebagai ibu bapa kena alert benda ni. Kalau tempat saya, anak sudah genap setahun tapi tiada pun KKIA bagi info untuk dapatkan rawatan pergigian bila anak sudah genap setahun. Jadi alertlah yang ibu bapa.

2. Mengosok Cara Yang Betul



Kita sebagai ibubapa perlu tahu cara mengosok gigi yang betul supaya dapat praktikkan kepada anak kita. Pemilihan berus gigi dan ubat gigi mengikut umur anak juga perlu diambil perhatian agar pembersihan mulut dilakukan dengan sempurna. Selalu ingatkan anak-anak untuk mengosok gigi 2 kali sehari selama 2 minit. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik supaya anak tidak takut dengan berus gigi.

Anak pertama saya dulu kalau saya cakap mau berus gigi mesti dia nangis macam kena dera. Ahhh.. lantaklah. Saya tetap berus gigi dia. Tapi lama-lama itu saya cuba pujuk dengan cara lembut. Bagi dia tengok cermin supaya dia nampak muka dia sedang kena berus gigi. Bila dia siok, kita pun senang mau berus gigi dia.

3. Kesihatan Gusi

Gusi anak perlu dijaga dan dibersihkan walaupun gigi susu belum tumbuh. Susu biasanya mengandungi gula dan ada juga yang mengandungi karbohidrat berkanji. Kalau sisa susuan ini tidak dibersihkan dengan betul, terjadilah perkara seperti mulut anak berbau masam dan gusi mula menjadi keputih-putihan dan tidak sihat.

Lebih awal kita jaga kesihatan gusi anak adalah lebih baik. Lebih awal juga mereka dihindari masalah-masalah berkaitan dengan kesihatan gigi. Masa anak kedua saya, masa dia usia 6 bulan saya sudah mula bersihkan gusi dia dengan kain basah. Saya buat setiap kali dia siap menyusu badan dan selepas makan puree.

4. Elak Anak Tidur Dengan Botol Berisi Susu

Anak saya yang pertama dulu memang selalu tidur dengan botol berisi susu. Lama-lama gigi dia mula retak. Sekarang gigi depan tiada sudah. Mau menyesal pun tiada guna. Itu sebab ambil langkah berjaga-jaga bila anak kedua mula hisap susu botol. Sekarang saya pastikan dulu anak saya habiskan susu cepat-cepat, bila anak sudah tidur baru saya ganti pula dengan botol berisi air kosong. Dalam masa yang sama dapat juga galakkan anak minum air kosong. hehe..

5. Elak Makanan Bergula dan Berkanji

Masa anak pertama saya memang suka makan makanan ringan macam keropok, gula-gula, coklat dan sebagainya. Apa jadi? Gigi lebih cepat rosak dan berlubang. Selain itu, gigi dia tidak kuat. Kalau dia terhantuk di mana-mana, gigi cepat retak. Hah.. Lama-lama rumpang la.

Ibu bapa perlu ambil perhatian dalam masalah ini. Kalau mau kasi makan anak makanan ringan juga, boleh tiada masalah. Yang penting lepas bagi makan makanan ringan macam gula-gula, cepat-cepat berus gigi anak supaya gula itu tidak melekat pada gigi lama-lama. Gula yang melekat pada gigi inilah yang menyebabkan gigi cepat mereput.


5 cara ini saja saya lakukan untuk kesihatan gigi anak-anak saya. Biasa ibu bapa akan fikir "Ala gigi susu seja tu, tidak perlulah jaga sangat." Tapi bagi saya, penjagaan kesihatan gigi ini sangatlah penting. Takut ada jangkitan bah kan kalau kita tidak jaga. Sudahlah imun anak ni tidak kuat. Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Semoga bermanfaat.

Your truly,
Brigett.