10 Kepentingan Isteri Perlu Tahu Untuk Menjaga Kesihatan Suami


Tahukah anda?

Secara purata, jangka hayat lelaki 5 tahun lebih pendek dari jangka hayat wanita (sumber: Institute of Health Metrics and Evaluation Malaysia, Life Expectancy 1990-2015).

Itu sebab bukan wanita sahaja yang perlu menjaga kesihatan, malah lelaki juga perlu menjaga kesihatan untuk menikmati kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Oleh itu, isteri juga perlu memainkan peranan dalam menjaga kesihatan suami. Biasalah kalau lelaki ni agak susah sikit kita mahu nasihatkan. Yang penting, isteri sediakan sahaja makanan yang sihat untuk suami. Ada 10 cara untuk membantu suami kita memiliki tahap kesihatan yang maksimum.

1. Tingkatkan Pengambilan Protein

Kenapa pengambilan protein penting untuk suami kita? Sebab protein membekalkan:
  • Tenaga dan stamina yang berpanjangan.
  • Memastikan suami rasa lebih kenyang di antara waktu makan.
  • Membantu membina dan mengekalkan jisim otot suami.
Isteri perlu memilih sumber protein yang sihat. Macam mana pula protein yang sihat? Protein sihat ini seperti;
  • Daging tanpa lemak.
  • Produk tenusu rendah lemak.
  • Kacang.
  • Protein soya berasaskan tumbuhan.
2. Makan Multivitamin Setiap Hari

Oleh sebab suami berkerja siang malam untuk mencari nafkah buat anak isteri, sudah semestinya tabiat pemakanan yang sihat telah diabaikan dan suami terlepas banyak nutrien penting. Itu sebab pengambilan multivitamin sangat penting kerana multivitamin membantu untuk:
  • Mengisi jurang pemakanan suami.
  • Meningkatkan penghasilan tenaga.
  • Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
3. Amalkan Vitamin C Setiap Hari

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat untuk:
  • Menyokong kesihatan imun suami.
  • Membantu membaiki tisu.
  • Melindungi sel-sel suami anda daripada radikal bebas.
  • Meningkatkan kesihatan sperma dan peluang untuk persenyawaan adalah tinggi. (Rujukan: Akmal M, Qadri JQ, Al-Waili NS, Thangal S, Haq A, Salmoon KY. Improvement in human semen quality after oral supplementation of vitamin c. J Med Food. 2006 Fall; 9(3):440-2.)
4. Dos Harian Omega-3

Omega-3 terbukti berupaya untuk:
  • Mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan trigliserida serta merendahkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu meningkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental.
  • Menjadi agen anti-keradangan yang baik. 
  • Menggalakkan sendi yang kuat.
  • Rujukan: 
    • Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ, American Heart Association. Nutrition C. Fish consumption, fish oil, omega 3-fatty acids, and cardivascular disease. Circulation 2002; 106:2747-57.
    • Van Gelder BM, Tijhuis M, Kalmijn S, Kromhout D. Fish consumption, n-3 fatty acids, and subsequent 5-y cognitive decline in elderly men: the Zutphen Elderly Study. Am J Clin Nutr 2007;85:1142-7.
    • Calder PC. n-3, polyunsaturated fatty acids, inflammation and inflammatory diseases. Am J Clin Nutr. 2006 Jun;83(6 Suppl):1505S-1519S.
    • Goldberg RJ, Katz J. A meta-analysis of the analgesic effect of omega-3 polyunsaturated fatty acid supplementation for inflammatory joint pain. 2009 May;129(1-2):210-23. Epub 2007 Mar 1.
5. Kekalkan Tenaga Dengan B-Complex

Vitamin B memberi manfaat kepada suami anda:
  • Menggalakkan pengeluaran tenaga badan suami.
  • Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot.
  • Memperbaiki memori dan tindak balas anda.
  • Meningkatkan mood dan kesihatan kogniti.
  • Rujukan:
    • David O. Kennedy, Rachel Veasey, Anthony Watson, Fiona Dodd, Emma Jones, Silvia Maggini, and Crystal F. Haskell. Effects of B vitamin complex with vitamin c and minerals on subjective mood and performance in healthy males. Psychopharmacology (Berl). 2010 Jul; 211(1): 55-68.
6. Lakukan Yang Terbaik Dengan Vitamin E

Pengambilan Vitamin E untuk suami anda sangat penting kerana Vitamin E:
  • Membantu memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel badan sihat.
  • Meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran yang sihat.
  • Selenium membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma.
7. Perlindungan Polifenol Untuk Suami

Isteri perlu peka tehadap pengambilan polifenol kepada suami kerana polifenol ini sangat penting untuk tingkatkan kesihatan suami.
  • Memastikan suami bertenaga dengan mengecas sel badan untuk prestasi terhebat.
  • Antioksidan hebat dengan sifat anti-radang.
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat.
8. Tinggalkan Tabiat Meroko

Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan tingkatkan prestasi kelelakian suami. Tambahan lagi, suami akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan dan sudah pasti wang juga tidak terganggu.

9. Teruskan Bersenam

Bersenam sangat penting:
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat, menjadikan anda sihat dan kuat.
  • Membantu badan merembeskan endrophin yang membuatkan anda bahagia.

10. Jaga Pemakanan dan Kekal Cergas

Nutrien adalah sumber tenaga untuk otak dan ia berhubung rapat dengan kesihatan mental serta emosi sang suami. Untuk kesihatan secara keseluruhan, tingkatkan pengambilan untuk:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Karbohidrat yang tidak ditapis.
  • Lemak yang sihat.
  • Protein tanpa lemak.
  • Makanan yang rendah indeks glisemik (GI).
  • Serat.
Sekarang isteri sudah tahu 10 kepentingan untuk suami. Jangan lupa untuk pastikan suami anda sihat selalu. Ketua keluarga memerlukan kesihatan yang berpanjangan bagi mengelak tenaga negatif menyelubungi keluarganya.

Luv,
Brigett.