Restaurant 899 Ranau, Sabah

Restaurant ni adalah restaurant halal, serve no pork okie tapi taukehnya chinese. Kami antara pelanggan tetap restaurant ni sampai taukeh pun kenal betul sudah muka kami. Kebanyakan makanan di restaurant ni semua masakan cina. Semua hidangan yang kami pernah makan semua sis kasi 5 stars. Sedap sampai balik-balik mau repeat order yang sama lol. Minuman pun cukup rasa. Memang kalau makan di sini confirm tidak kecewa.

Restaurant ni terletak di Kiaburi Plaza dan bukan terletak betul-betul di Pekan Ranau, ia agak jauh sedikit dengan Pekan Ranau. Dalam 2km gitu. Kalau dari Ranau ikut jalan Tambunan, nampak pekan kecil hah sanalah Kiaburi Plaza. Bila naik dekat sana terus nampak restaurant ni di blok pertama sebelah kanan.

Ini antara makanan yang ada dalam menu restaurant ini.





Antara kegemaran saya di resturant ni ialahhhh nasi nyonya seafood hahaha.. Sedap sampai boleh makan piring kedua. Bolehlah berkunjung ke restaurant ini kalau ada singgah Ranau. Sebab rasa tu memang tip to the top sangat-sangat. Highly recommended bebehh.. Mohon singgah yah. Restaurant ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga jam 11 malam. Bah cuba jangan nda cuba.

Luv,
Brigett Rusxx
Restaurant 899 Ranau, Sabah Restaurant 899 Ranau, Sabah Reviewed by Brigett Rusx on June 18, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.