Pengedar Shaklee Ranau, Sabah Yang Paling Aktif - Hubungi Brigett


Hai! Saya Brigett.

Berasal dari Ranau, Sabah. Mama orang Ranau, bapa juga orang Ranau. Memang orang Ranau tulen saya ni. Saya ibu kepada 2 anak lelaki. Anak pertama saya berusia 3 tahun dan yang kedua pula baru berusia 1 tahun.

Saya mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2013, waktu itu saya baru berusia 22 tahun. Selamat melahirkan anak pertama pada tahun 2014, dan anak kedua pada tahun 2015. Sekarang sistur ada trauma sikit mahu pregnant balik. Kita bagi rehat dulu badan dan mental ni baru kita fikir balik bila mahu tambah askar. Huahaha!!

Selepas tamat pengajian di UiTM Sabah, saya mengambil keputusan untuk fokus dengan bisness Shaklee. Kenapa Shaklee? Kenapa bukan bisness bundle, jual emas, buat produk sendiri atau isi SPA8 supaya dapat kerja makan gaji?

Sebab bisness Shaklee flexible. Saya boleh jalankan bisness walaupun sedang menjaga anak demam. Bisness tetap jalan walaupun saya sedang berada di wad dengan anak saya. Yang penting kita tahu teknik untuk jalankan bisness ni dengan betul.


Selain itu, Shaklee juga telah berikan saya kesihatan yang lebih baik. Dulu, saya seorang yang ada masalah gastrik teruk. Selalu melawat farmasi untuk dapatkan ubat gastrik. Tapi gastrik tidak pernah mahu breakup dengan saya sehinggalah saya jumpa ESP Shaklee.

Selepas melahirkan anak pertama pada 2014, saya ada amalkan ESP sebab ramai yang kata ESP bagus. Tapi masa itu saya tidak tahu pun ESP bagus untuk ibu berpantang. Selepas konsisten amalkan ESP selama 2 minggu, saya perasan perut bekas beranak lebih cepat kecut. Susu ibu pun meriah, kulit pun semakin berseri.



Bukan itu saja, masalah gastrik yang saya alami sejak saya berusia 9 tahun pun hilang tanpa mengucapkan selamat tinggal. Gastrik breakup dengan saya tanpa kata apa-apa. Saya sangat gembira dengan kesan positif ni sebab sampai sekarang saya tidak pernah alami gastrik lagi. Syukur kepada Tuhan kerana temukan saya dengan Shaklee.

Tidak habis di sana cerita Shaklee Effect saya ni. Selepas habis 1 canister ESP tu saya berhenti amalkan produk Shaklee selama setahun lebih. Sehinggalah saya mengandung anak kedua. Jerawat teruk naik, kulit sangat kusam dan morning sickness yang teruk. Ditambahkan lagi anak pertama saya ada kudis atas pipi yang tidak hilang-hilang hampir sebulan.

Sebab kudis itu la saya sanggup turun ke KK Branch hanya untuk membeli Herbal Blend. Selepas sapu Herbal Blend dekat kudis tu, esok pagi kudis tu terus pudar. Selain itu, selepas 3 bulan saya amalkan Set Hamil Shaklee, kulit saya kelihatan semakin sihat dan berseri. Jerawat teruk, kulit kusam sudah berkurang. Yay!


Anak pertama saya juga adalah seorang kanak-kanak yang lemah imun sistemnya. Selalu melawat emergency room hampir 5 kali sebulan kerana sering sesak nafas pada waktu subuh. Sekarang, anak pertama saya sudah boleh kena hujan tanpa mengalami masalah sesak nafas di waktu subuh lagi. Saya sangat berterima kasih dengan Shaklee kerana produk Shaklee lah anak pertama saya menjadi lebih kuat sistem imun tubuhnya.


Sejak itu saya berjanji kepada diri sendiri saya mahu bantu orang lain yang ada masalah sama dengan saya. Saya ingin semua ibu kelihatan cantik walaupun sudah beranak pinak. Saya sedia membantu mereka yang inginkan kulit yang sihat. Saya mahu semua kanak-kanak sihat sama seperti anak-anak saya.

Sebab itulah saya mula bergiat aktif dalam bisness Shaklee, kerana tujuan saya adalah untuk membantu orang lain samada dari segi kesihatan mahupun kewangan. Hanya dengan syarikat Shaklee yang sudah kukuh, kita mampu memperolehi kebebasan kewangan dan masa.


Luv,
Brigett Rusxx - 0128895717
Pengedar Shaklee Ranau - Sabah - Malaysia.
Pengedar Shaklee Ranau, Sabah Yang Paling Aktif - Hubungi Brigett Pengedar Shaklee Ranau, Sabah Yang Paling Aktif - Hubungi Brigett Reviewed by Brigett Rusx on June 04, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.