Morganfield's Home Of Stick Bones, Imago Kota Kinabalu

Morganfield's Home Of Stick Bones ini adalah restaurant yang tidak halal. Ia terletak di Ground Floor Imago Mall, Kota Kinabalu. Pada tahun 2013 masa balik Penang, saya dan suami sudah pernah cuba makanan dekat restaurant ni. Yala, kita pergi Penang kena lah cuba makanan yang tiada dekat Sabah kan? Di Penang ada Morganfield's, di Sabah ada sinalau bakas. Hahaha!! Masa tu la.. Tidak sangka pula Morganfield's buka cawangan di Sabah juga. 

Setelah berbulan Morganfield's buka cawangan di Sabah, baru bulan ini kami pergi makan di sana. Dulu 2013, berdua saja tapi kali ni bersama anak-anak.. and the test improved!! Makin sedap!! So, kami ambil 3 jenis saja. Eh, sebelum makan telan dulu Lecithin dan Phytocol supaya lemak dan kolestrol jahat tidak masuk dalam badan. Boleh makan sepuas hati.

1. Bacon Wrapped Meat Balls
2. Lemon Cola Baby Back
3. Sizzling Lamb Cutlets




Bagi yang belum cuba boleh lah datang sini. Saya paling suka makan itu Tips kalau mau makan sini, kalau ada order kambing sama pork. Makan dulu itu kambing baru makan itu pork. Kalau makan pork dulu baru makan kambing memang itu kambing teda rasa sudah. Nelepisan sudah dibilang kalau kampung saya cakap hahaha!! Selain ribs, ada juga pizza dan beers. Bah marilah pigi cuba sana. Memang sedap makanan dia. Air pun sedap. Cuba jangan nda cuba. 

Luv,
Brigett Rusxx.