Lok Kawi Wildlife Park Sabah

Sebelum closing bulan lalu, sempat kami meluangkan masa di Lok Kawi Wildlife Park bersama anak-anak. Lok Kawi Wildlife Park ini terletak di Penampang. Jarak Lok Kawi Wildlife Park ini kira-kira 25 kilometer dari bandar Kota Kinabalu. Nama glemer taman ini adalah Zoo Lokkawi. Sebenarnya sudah banyak kali saya ke taman ini cuma pertama kali pergi dengan anak-anak. 


Taman ini beroperasi dari jam 10:30 pagi sehingga 5:30 petang. 

Harga tiket,
Bukan Warganegara Malaysia = RM20.00/seorang
Warganegara Malaysia;
Dewasa (18 tahun ke atas) = RM10.00/seorang
Kanak-Kanak (3 tahun hingga 17 tahun) = RM5.00/seorang

Waktu kami ke sana, cuma tiket dewasa sahaja dikira. Jadi kami hanya bayar RM20.00 untuk dua orang dewasa sahaja. Ryo dan Rev masing-masing berusia 3 tahun dan 1 tahun tiada bayaran dikenakan. Murah hati betul staff waktu itu.

Di sini juga kita dapat melihat binatang yang jarang sangat kita nampak. Seperti orang utan, monyet belanda (bayau), burung unta, kijang, pelanduk, harimau, beruang, gajah dan banyak lagi. Walaupun sudah banyak kali saya pergi sini dengan suami, kami tetap excited juga.







Apa yang best sangat pergi Lok Kawi Wildlife Park ini bersama anak-anak, kita boleh bersenam sambil menikmat alam semulajadi. Chewahhh.. Anak-anak sangat gembira melihat haiwan sebenar berada di depan mata. Yala selalunya mereka cuma melihat haiwan-haiwan ini di kaca tv tapi kali ini nampak depan mata secara live. Lagipun, best juga keluar bersiar-siar dengan anak-anak di luar sekali sekala.



Selain itu, melawat tempat ini dengan anak-anak boleh merangsang lagi perkembangan otak mereka. Tambahan lagi boleh mengukuhkan ingatan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan juga bila membawa anak-anak ke zoo. Beritahu anak apa nama binatang yang mereka sedang lihat supaya mereka ingat nama dan fizikal haiwan tersebut. Even kita yang dewasa pun suka cara pembeliajaran macam ini kan? Berjalan sambil belajar gitewww


Saya rasa ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga entri saya ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada mereka yang ingin melawat Lok Kawi Wildlife Park di masa akan datang.
Lok Kawi Wildlife Park Sabah Lok Kawi Wildlife Park Sabah Reviewed by Brigett Rusx on June 06, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.