Laksa Sarawak Paling Sedap di Ranau

Kalau kami mau pigi makan sini mesti kami cakap "Mari pigi makan tempat si uncle." haha! Biasa sudah kan sama taukeh. Mula-mula kedai si uncle sebelah sama Terus Jadi Mini Market di Rapak. Lepas tu si uncle pindah pigi jalan airport, tapi masih di Rapak juga lah hehe. Jangan risau ini Laksa Sarawak Halal yer.. Kalau ada singgah di Ranau bolehlah pigi cuba makan sini. Sebab memang puas hati.

Macam mana mau pigi sini?

Kalau dari Kota Kinabalu, selepas roundabout yang ada ikan tu (sebelah kiri ada Gereja SIB), jalan lurus seja sampai nampak Pemborong Fajar sebelah kanan. Masuk itu simpang di antara Pemborong Fajar sama itu bus stop. Dalam 100 meter begitu nampak lah ni kedai. Dalam itu kawasan ada 2 kedai, ni kedai Laksa Sarawak yang sebelah itu rumah sewa. Hah.. dialah tu..


Saya selalu order mee hun Laksa Sarawak dan Teh Ping (Teh Sejuk). Combine sama Laksa Sarawak memang balik rumah dengan perasaan puas hati dan boleh tidur siap mimpi indah. Bukan mau kasi besar-besar tapi memang sedap terutama sambal si uncle. Bah! Jangan nda cuba aa.. Kalau ada singgah Ranau, bolehlah lunch di kedai makan si uncle. hehe.. Bagi peminat Laksa Sarawak, boleh lah pegi cuba.


Semoga bermanfaat kepada mereka yang susah cari makanan sedap di Ranau. 

Luv,
Brigett Rusxx