6 Cara Paling Murah Untuk Dapatkan Kulit Flawless


Tidak kira perempuan mahupun lelaki, semua pun mahukan kulit yang cantik, gebu dan sempurna kan? Tapi bukan semua mampu untuk pergi buat facial, spa, suntik vitamin C etc kan? Mahu buat pembedahan plastik lagilah bukan semua orang sanggup. Seboleh-bolehnya, elaklah pembedahan plastik. Kita mahu kulit yang cantik, bukan wajah yang cantik. Kekalkan ciptaan Tuhan, dan kita jaga ciptaanNya, pasti kita akan menikmati hasilnya.

Saya ingin berkongsi 6 cara paling murah untuk dapatkan kulit flawless. Tidak perlu pun belanjakan wang sehingga ribu, puluh ribu, ratus ribu. Jom kita tengok ada 6 cara tu.

6 Cara Paling Murah Untuk Dapatkan Kulit Flawless

1. Minum Air Secukupnya


Inilah cara yang paling senang dan mudah. Biasakan diri kita untuk amalkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, ataupun gunakan 1 liter setiap 25kilo berat badan kita. Kalau saya tidak minum air yang cukup, saya perasan kulit saya nampak lebih kering dan kusam. Kedut-kedut di bahagian mata dan dahi nampak lebih ketara.

Nampaknya, kurang minum air putih membuatkan kita nampak lebih tua pada usia sebenar. Alahaiii.. Siapalah yang mahu nampak tua. Kita semua mahu kulit macam baby kan? Kita semua mahu nampak lebih muda dari usia sebenar. Jadi, minumlah air secukupnya untuk jaga kesihatan kulit kita.

Selain kulit kita menjadi lebih sihat dan flawless, ada lagi kelebihan lain kita dapat. Seperti;
  • Penyerapan nutrisi yang lebih baik.
  • Melembabkan oksigen untuk pernafasan.
  • Mengawal geseran sendi.
  • Mengawal suhu badan.
  • Menyingkirkan bahan buangan dari tubuh kita.
Best tak? Selain dapat kulit yang cantik, tahap kesihatan kita juga meningkat. So, jom kita minum air putih setiap hari. *wink*


2. Bersenam


Dengan bersenam, kita dapat singkirkan toksin dalam badan kita melalui peluh. Jadi toksin tu tidak akan keluar dari badan kita melalui pembentukan jerawat. Kulit akan lebih flawlesslah kalau badan sudah bebas dari toksin. 

Selain mengurangkan toksin dalam badan, kita juga dapat meningkatkan tahap kesihatan sistem kita. Seperti;
  • Kekuatan otot jantung, tulang dan paru-paru meningkat.
  • Sistem penghadaman dapat diperbaiki.
  • Daya ingata semakin baik.
  • Peredaran darah semakin lancar.
  • Berat badan semakin ideal.
  • Tidur yang lebih lena.
Tidakkah bagus jika kita melakukan senaman? Kulit flawless, kesihatan pun semakin bagus. Tidak perlu belanja yang banyak untuk bersenam. Kita bersenam di rumah seja pun boleh.

3. Elakkan Makanan Bergoreng


Tahukah anda?

Makanan bergoreng boleh menyebabkan keradangan. Jerawat itu berpunca dari mengalami keradangan pada sel. Macam mana mahu dapatkan kulit flawless kalau asyik makan makanan bergoreng saja. Selain jerawat semakin subur, lemak viseral pun bertambah. Waduh.. 2 dalam 1 masalah kesihatan ni.

Makanya, elakkan makan makanan bergoreng. Kalau tidak mampu elakkan, maka kurangkanlah. Kata mau kulit cantik, tapi elak makanan yang membawa jerawat tidak mampu. Ini adalah antara jalan paling senang dan murah untuk dapatkan kulit flawless tau. Kalau kita elak makanan bergoreng, kulit semakin cantik, duit pun dapat jimat.

4. Elak Makanan Yang Ada Gula Proses


Kalau saya kerap minum minuman soda, kulit saya akan nampak sangat kusam, jerawat tidak mahu kecut, muka pun nampak tua. Haha! Memang kalau terlalu minum soda yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, inilah kesannya kepada kulit kita. Itu baru kulit, belum lagi tulang kita yang semakin rapuh disebabkan pengambilan gula yang terlalu tinggi.

Pengambilan gula berlebihan juga menyebabkan kita ada peluang besar kena penyakit kronik seperti kencing manis, Osteoporosis, dan Obesiti. Kalau sudah Obesiti tu, penyakit lain pun akan menyusul seperti sakit jantung, stroke, kegagalan buah pinggang dan sebagainya. Hah! Sudahlah kulit semakin buruk, macam-macam penyakit kronik lagi datang menyerang. 

Elaklah makanan yang tinggi gula seperti minuman ringan, minuman 3 in 1, kuih muih dan gula yang diproses.

5. Cuci Muka 2 Kali Sehari


Cuci muka penting, jangan malas-malas cuci muka. Bila kita terlalu lama tidak bersihkan muka, sudah pasti banyak kotoran melekat atas muka kita. Bila pori-pori tersumbat di sanalah terjadinya jerawat batu yang susah sangat mahu kecut.

Jadikanlah tabiat. Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Cuci muka selepas bangun dari tidur dan sebelum masuk tidur. Muka yang bersih akan bebas dari masalah jerawat sebab sel-sel mati dan kotoran pada kulit muka selalu dibersihkan. Kuman pun takut mahu hidup atas muka kita kalau kita rajin bersihkan muka kita.

Kata mau flawless, jangan malas cuci muka tau.😉

6. Amalkan Suplemen


Suplemen atau makanan tambahan ini bukan asing lagi bagi kita. Di masa sekarang ini, suplemen merupakan keperluan bagi badan kita. Macam nasi juga. Rasa pelik kan kalau perut yang biasa makan nasi itu tidak diberi nasi selama 2 hingga 3 hari. Begitu juga tindak balas badan kita kepada suplemen. Kita perlu suplemen ni.

Sebab environment sekarang bukan lagi macam waktu nenek moyang kita. Dulu udara masih segar. Tapi sekarang pencemaran alam sana sini. Kita terdedah dengan pelbagai pencemaran. Pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran darat, pencemaran makanan yang disuntik pelbagai hormon dan pencemaran buah-buahan serta sayur-sayuran yang dicemari racun serangga.

Kulit kita yang terdedah dengan pencemaran ini memang mengundang jerawat, jeragat dan paling teruk, penyakit kulit. Kulit yang mudah naik jerawat itu adalah kulit yang lemah. Itu sebab pengambilan suplemen sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit kita. Mengamalkan suplemen bukanlah untuk kesihatan kulit semata-mata, tapi juga untuk meningkatkan tahap pertahanan sistem imun kerana badan kita perlukan perlindungan dari pencemaran-pencemaran ini.

Tidak perlu belanjakan wang sampai ribu-ribu untuk makanan tambahan. Saya sendiri amalkan makanan tambahan yang setimpal harganya dengan kualitinya. Harga Vitamin C yang saya amalkan cuma RM 0.46 sebiji sahaja dan vitamin ini boleh bertahan sehingga 6 bulan. Memang berbaloi. Saya juga amalkan vitamin agen detox yang hanya berharga RM 0.40 sebiji dan boleh bertahan sehingga 7-8 bulan. Sangat sangat berbaloi.

Boleh juga cuba cara yang murah dan berkesan ini untuk dapatkan kulit wajah yang flawless. Klik "4 Cara Kecutkan Jerawat Batu". Okay.. sampai di sini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Saya harap 6 cara ini memberi manfaat kepada mereka yang mahu cantik tapi tidak mempunyai bajet yang banyak. Jumpa di entri seterusnya. *wink*

Luv,
Brigett Rusxx.
6 Cara Paling Murah Untuk Dapatkan Kulit Flawless 6 Cara Paling Murah Untuk Dapatkan Kulit Flawless Reviewed by Brigett Rusx on June 13, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.