5 Buah Bantu Kecutkan Jerawat Ibu Hamil


Biasa ibu hamil akan mengalami perubahan hormon semasa proses kehamilan. Macam saya sendiri, setiap kali saya hamil mesti kulit saya akan menjadi terlalu sensetif. Jerawat naik, kulit cepat mengelupas dan bibir juga cepat pecah berbanding sebelum hamil. Yang paling merimaskan ialah jerawat yang tidak pandai kecut-kecut. 

Selain menggunakan skin care anti jerawat, atau pakai apa-apa produk untuk menghilangkan jerawat, ada beberapa jenis buah-buahan dapat bantu ibu hamil untuk kekalkan kejelitaan semasa hamil. Di mana buah-buahan ini sangat tinggi dengan kandungan Vitamin C untuk menghalang dari kulit ibu hamil menderita dengan jerawat.

5 Buah Bantu Cantikkan Kulit Kulit Ibu Hamil

Ramai yang fikir buah-buahan cuma pencuci mulut. Sebenarnya banyak fungsi buah-buahan kepada tubuh kita. Terutamanya untuk kulit, imun dan nutrisi bagi badan kita. 5 jenis buah yang saya kongsikan dalam entri saya ini boleh bantu untuk mencantikkan kulit ibu semasa hamil.

1. Buah Pisang

Fungsi Buah Pisang Kepada Ibu Hamil
  • Buah pisang mengandungi asid folik yang baik untuk janin. Pada awal kehamilan, buah pisang ini membantu meringankan gelaja morning sickness. Pisang juga membantu melancarkan pencernaan bagi mencegah sembelit.
Fungsi Buah Pisang Untuk Kecutkan Jerawat Ibu Hamil
  • Oleh kerana buah pisang ini membantu mencegah masalah sembelit, secara langsung buah pisang membantu membersihkan usus ibu hamil. Usus yang tidak bersih menyebabkan terjadinya masalah jerawat kerana toksin keluar melalui kulit.
  • Bila buah pisang atasi masalah sembelit, sistem pencernaan lancar, tiada lagi masalah usus kotor. Itu bermakna, tiada lagi masalah jerawat! yay!


2. Buah Naga

Fungsi Buah Naga Kepada Ibu Hamil
  • Buah Naga mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi. Vitamin C bantu mencegah berlakunya pendarahan pada gusi semasa kehamilan dan juga meningkatkan imun sistem badan ibu hamil.
Fungsi Buah Naga Untuk Kecutkan Jerawat Ibu Hamil
  • Kulit yang lemah senang diserang masalah jerawat yang berpunca dari udara yang tercemar. Vitamin C membantu meningkatkan imun sistem tubuh ibu hamil, oleh itu ia membantu menguatkan kekebalan kulit ibu hamil.
  • Vitamin C juga membantu merangsang pembentukan kolagen dalam badan si ibu hamil. Vitamin C juga adalah agen antioksidan yang sangat baik. Ia boleh menghalang radikal bebas untuk merosakkan sel kita. Oleh itu, pertumbuhan jerawat pada kulit juga dapat dikawal.

Buah Manggis

Fungsi Buah Manggis Kepada Ibu Hamil

  • Buah manggis mengandungi vitamin C, asid folik yang sangat tinggi untuk bekalan ibu hamil. Buah manggis ini bertindak sebagai agen antioksidan juga di mana ia melawan radikal bebas yang merosakkan sel kita.
  • Vitamin C meningkatkan imun sistem ibu hamil dan asid folik pula membantu dalam pembentukan sel darah merah serta menghalang kecacatan janin.
Fungsi Buah Manggis Untuk Kecutkan Jerawat Ibu Hamil
  • Vitamin C adalah agen antioksidan. Antioksidan berfungsi untuk menghalang sel daripada diserang oleh radikal bebas. Itu sebab jerawat boleh kecut bila kita makan Vitamin C.
  • Asid folik pula bertindak mencegah jerawat daripada terbentuk.

Buah Avocado

Fungsi Buah Avocado Kepada Ibu Hamil

  • Asid folik yang sangat tinggi dalam buah ini sangat membantu untuk meningkatkan perkembangan otak dan tulang belakang janin. 
  • Selain itu avocado juga membantu dalam proses pertumbuhan janin. 
  • Vitamin B kompleks dalam avocado ini membantu untuk mengurangkan morning sickness pada trimester pertama.
Fungsi Buah Avocado Untuk Kecutkan Jerawat Ibu Hamil

  • Vitamin B kompleks dan asid folik ini membantu dalam mencegah pembentukan pigmentasi pada kulit ibu hamil.
  • Vitamin B kompleks membantu mengawal tekanan, tekanan juga salah satu penyebab jerawat tumbuh.


Bual Epal

Fungsi Buah Epal Kepada Ibu Hamil

  • Buah Epal mengandungi nutrisi yang sangat tinggi.
  • Ia membantu dalam proses pertumbuhan janin sepanjang proses kehamilan. Dengan kandungan antioksidan yang sangat kuat, buah epal ini juga adalah anti aging yang mana ia menjaga kesihatan kulit ibu hamil.
Fungsi Buah Epal Untuk Kecutkan Jerawat Ibu Hamil
  • Buah epal yang tinggi dengan antioksidan ini membantu melindungi sel daripada diserang radikal bebas.
  • Radikal bebas merupakan punca utama jerawat tumbuh.

Banyak lagi buah yang boleh bantu ibu hamil bebas daripada masalah jerawat. Asalkan ibu hamil ini amalkan cara pemakanan sihat dan buat senaman ringan juga boleh kurangkan masalah jerawat. Pengambilan suplemen juga boleh membantu. Saya harap entri ini memberi manfaat kepada ibu hamil yang ingin mengecutkan jerawat.

Luv,
Brigett Rusxx.