4 Cara Kecutkan Jerawat Batu



Hari ini saya mahu kongsikan 4 cara untuk kecutkan jerawat batu. Banyak-banyak jenis jerawat, jerawat batu inilah yang kebanyakan wanita sangat takut. Sebab kalau mahu cover dengan make up pun masih nampak si jerawat ini timbul dengan bangganya di wajah kita. Apa 4 cara yang saya mahu kongsikan tu? Jom baca dan amalkan petua-petua ini, tidak perlu laburkan banyak duit kalau mahu lakukan petua ini.

1. Aspirin

Ambil 1 atau 2 biji aspirin, patahkan dan tumbuk sehingga hancur. Lepas itu campurkan sedikit air dan jadikan ia seperti paste. Tempek seja atas jerawat batu. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.


Kenapa pula aspirin?

Aspirin mengandungi asid asetilsalisilik yang berfungsi seakan-akan asid salisilik. Asid salisilik ini digunakan dalam kebanyakan produk untuk merawat jerawat. Asid salisilik ini juga boleh melawan bakteria dan mengeringkan jerawat dalam masa yang sama, manakala asid asetilsalisilik mempunyai fungsi yang agak lembut sedikit.

2. Ubat Gigi

Sebelum letak ubat gigi pada jerawat, pastikan dahulu ubat gigi itu tidak mengandungi 'Sodium Lauryl Sulfate' bagi mengelakkan kesan bahan kimia yang sangat kuat. Pilihlah ubat gigi yang natural.


Kenapa pula ubat gigi?

Ubat gigi mengandungi 'silica' yang bertindak untuk mengecutkan dan mematikan jerawat semasa kta tidur.

3. Baking Soda

Campurkan baking soda dengan sedikit air dan kacau sehingga menjadi paste. Ingat, hanya letak di tempat yang berjerawat sahaja bukan satu muka tau. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air sejuk.

Ulang cara ini 2 kali sehari, tapiii kalau kulit muka mula jadi semakin teruk dan berminyak, cepat-cepat kasi stop method ini ya.

Kenapa pula baking soda?


Amfoterik bertindak sebagai alkali dan asid. Ia mampu mengurangkan pH yang tidak seimbang pada kulit di mana punca jerawat timbul dan masalah kulit yang lain. Amfoterik ini ada dalam baking soda. Baking soda juga betindak sebagai anti keradangan dan anti septik. 

Antara kelebihan baking soda:

  •  Membantu menanggalkan sel kulit mati.
  •  Mampu membantu mengurangkan masalah jerawat yang teruk.
  •  Menanggalkan sel kulit mati.
  •  Menanggalkan kotoran pada wajah kita.
4. Alum (kalium tawas)

Semasa menggunakan alum, lap alum pada tempat yang berjerawat dengan perlahan-lahan.


Kenapa pula Alum?

Alum ini digunakan sebagai ubat penahan darah dan juga digunakan secara meluas sebagai deodorant.

Tawas pula merupakan antiseptik semulajadi yang mampu mengecutkan tisu kulit. Gunakan tawas yang bentuknya besar kerana tawas yang berbentuk blok besar lebih baik daripada tawas yang dalam bentuk serbuk. Ini disebabkan serbuk tawas lebih kasar dan tidak sesuai untuk kulit.

Bestkan tips ini. Mudah sahaja untuk dapatkan bahan-bahan ini. Baking soda ada di dapur, ubat gigi ada di kamar mandi, aspirin dan alum ini kena beli la hehe.. kalau macam saya yang jarang sangat pakai baking soda pun perlu pergi kedai membeli juga hahaha.. Kalau mau cara yang 100x ganda mudah, dijamin selamat dan semulajadi bolehlah amalkan supplement yang saya makan ini.

So itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Saya harap entri ini memberi manfaat kepada mereka yang ingin mengecutkan jerawat batu. Selamat mencuba! *wink*

Baca:
4 Cara Kecutkan Jerawat Batu 4 Cara Kecutkan Jerawat Batu Reviewed by Brigett Rusx on June 07, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.