3 Ubat Yang Merawat Masalah Jerawat

Siapa yang mahu hapuskan jerawat, 3 jenis ubat ini boleh membantu selesaikan masalah jerawat anda. Ubat ini boleh didapati di farmasi dan ada juga yang kita boleh dapati di kedai runcit. Sebelum menggunakan ubat ini, adalah lebih baik jika anda minta nasihat dari doktor terlebih dahulu.

1. Adapalene

Ubat ini adalah Topikal Retinoid generasi ketiga untuk merawat jerawat yang sangat teruk terutama jerawat jenis acne (mild to moderate acne). Adapalene juga dikenali sebagai Vitamin A. Ubat ini sangat berkesan bagi merawat jerawat yang mempunyai komedone. Ada kajian menunjukkan penggunaan Adapalene ini berkesan kalau kita campur dengan Dalacin T. Tapi ada juga kesan sampingannya. Ubat ini berfungsi untuk menghalang pembentukan komedone jerawat selain ia bertindak sebagai anti keradangan.

2. Dalacin-T 1%


Dalacin T adalah ubat jerawat yang paling banyak digunakan untuk mengatasi masalah jerawat. Ubat ini jenis Topikal Antibiotik. Hanya Ahli Farmasi yang sah seja boleh jual ubat ni. Dengan ujian klinikal, ubat ini dapat menghalang pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes yang kebanyakannya punca terjadinya jerawat kerana ubat ini mengandungi antibiotik jenis Clindamycin Phosphate. Clindamycin inilah yang menghalang pertumbuhan bakteria tersebut.

3. Benzoyl Peroxide 10%


Benzoyl ini adalah yang paling terbanyak terkandung dalam ubat jerawat. Kita boleh dapat ubat jenis ini di mana-mana kedai runcit biasa, di farmasi atau di kedai kesihatan lain. 

Ubat ini bertindak untuk merawat jerawat dengan cara membunuh bakteria yang menyebabkan terjadinya jerawat. Benzoyl ini juga mengeringkan, menghakis dan mempercepatkan proses pengelupasan kulit.

Dulu saya pun guna ubat ini juga. Bila kulit saya mula menunjukkan tanda-tanda negatif, saya berhenti guna ubat. Lepas tu saya mula menjaga kesihatan dalaman dengan mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi yang membantu menjaga kesihatan dalaman saya. Saya juga guna skin care yang 100% semulajadi untuk rawatan luaran. Barulah kulit muka saya beransur-ansur sihat secara semulajadi. Boleh juga kita cantik tanpa bahan kimia yang kuat sebenarnya. Okay, sampai di sini sahaja entri saya untuk hari ini. Semoga info yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Luv,
Brigett Rusxx