3 Langkah Berkesan Dan Mudah Untuk Kempiskan Perut Buncit


Ramai yang susah hati kan kalau nampak perut semakin membesar padahal bukan mengandung pun. Jangan risau, hari ini saya akan kongsikan 3 langkah mudah macam mana untuk kempiskan perut buncit tu. Dengan gaya hidup yang lebih sihat, sudah pasti kita dapat kekalkan bentuk dan berat badan yang ideal. So, apakah 3 langkah itu?

1. Makan Secara Sihat

Langkah pertama untuk kempiskan perut buncit tu, kita kena jaga gaya pemakanan kita terlebih dahulu. Masih ramai lagi yang tidak tahu hidangan 3:2:2:2 kan? Ini sebenarnya kuantiti yang sepatutnya kita ambil setiap hari. Bukan sahaja untuk kempiskan perut tapi untuk hidup yang lebih sihat sepanjang hayat kita.

3 hidangan sayur.
2 hidangan buah.
2 hidangan protin.
2 hidangan karbohidrat.


Kita selalu makan macam mana? Nasi setengah piring, sayur 1 gengam, ayam 2 ketul, minuman soda. Betul atau tidak? Baik mengaku jarang sungguh orang sekarang ni makan dengan cara yang sepatutnya. Gaya pemakanan kita sekarang sangatlah tidak sihat. Kita jarang makan buah-buahan. Apa lagi minum 8 gelas sehari. Apa kata kita cuba dari sekarang, amalkan gaya pemakanan yang sihat.

Dengan gaya pemakanan yang lebih sihat, sudah pasti kita boleh kurangkan berat badan berlebihan. Secara tidak langsung, perut buncit kita juga akan berkurang. Belum cuba belum tahu. Suami saya hilang perut buncit dia pun bila dia kurangkan pengambilan minuman yang tinggi gula seperti soda dan kurangkan pengambilan makanan bergoreng yang tinggi lemak.

2. Bersenam

Bersenamlah 3 hingga 5 kali seminggu. Selain ia membantu membakar lemak berlebihan di bahagian perut buncit, ia juga merupakan salah satu cara untuk mulakan gaya hidup sihat. Perut buncit suami saya mula mengempis bila dia banyak lakukan kerja-kerja berat di tempat kerja. Kalau tidak bergerak, memang lemak tu pun tidak mahu lari dari perut dia haha!!

Ada beberapa senaman mudah kita boleh lakukan untuk mulakan tabiat bersenam ini. Biar kita mula dari rumah sahaja dulu, kemudian bolehlah keluar dengan kawan-kawan ataupun ahli keluarga untuk bersenam di taman. Boleh juga sertai program marathon yang memang sangat banyak dianjurkan pada masa kini.

3. Amalkan Suplemen Secara Bijak

Selain daripada jaga pemakanan dan bersenam, kita juga perlu amalkan suplemen secara bijak kalau mau buang perut buncit tu. Pilihlah suplemen yang terbukti berkesan secara klinikal. Dijamin berkesan, selamat dan mesra alam di mana suplemen tidak mengandungi bahan kimia terlarang.

Tapi kena ingat juga, oleh sebab kita amalkan suplemen tidak semestinya kita terus tidak perlu jaga diet kita lepas itu tidak mahu bersenam lagi. Macam suami saya, walaupun dia amalkan suplemen untuk kempiskan perut buncit tapi tidak jaga diet dan tidak bersenam, tempoh perut buncit dia untuk mengempis itu mengambil masa yang lebih lama berbanding jika dia jaga makan dan bersenam.


Oleh itu, tiga langkah ini ada hubung kaitnya. Jangan sebab kita sudah amalkan suplemen kita terus fikir tidak perlu jaga gaya pemakanan lagi dan senaman pun tidak perlu. Itu sudah salah tu. Jangan fikir suplemen ini pengganti segala-galanya. Tiga langkah ini kena lakukan juga supaya perut buncit tu lebih cepat kempis.

Okay la.. Rasanya ini sahaja perkongsian saya untuk entri hari ini. Semoga tips ini memberi manfaat kepada mereka yang ingin mengurangkan saiz perut buncit. Selamat mencuba. Good luck!

Luv,
Brigett Rusxx.