3 Cara Surirumah Ini Langsaikan Hutang PTPTN Tanpa Perlu Sentuh Poket Suami


"Sis kerja apa?"
"Saya duduk2 sahaja di rumah."
"Duduk2 macam mana tu?"
"Err saya buat direct selling dari rumah saja."
"Besar juga pendapatan ya?"
"Syukur ada juga bikin bayar hutang PTPTN."

Demikianlah perbualan kami. Siapa surirumah sini yang berhutang dengan PTPTN? Haha.. samalah kita.*hi5*

Hari ini saya ingin berkongsi dengan kamu bagaimana cara untuk bebas dari hutang PTPTN ini walaupun kita sebagai surirumah. Selepas habis sekolah nda pun kita kisah PTPTN ni kan? Sekali datang email, terima pula tunggakan. Tiba-tiba tunggakan RM 10,000 (contoh) mana mau cari duit? Alahaiii.. Surirumah seja saya niiii!!

Panik?

Mestilahhhh.. Surirumah mana ada duit. Mau harap suami lagi? Kalau gaji suami pun ciput macam mana? Kalau suami pun tidak kerja, macam mana? Lagi teruk kalau suami nda bagi duit. Macam mana? Nda pasal-pasal naik mahkamah berurusan dengan PTPTN, lecehnya! So, di sini saya sangat berbesar hati mahu kongsikan 3 cara macam mana saya sebagai surirumah langsaikan hutang PTPTN tanpa perlu sentuh poket suami.

1. JANGAN BOROSKAN DUIT PTPTN


Setiap kali duit PTPTN masuk dalam bank akaun, jangan terus kasih habis. Kita kena ingat, duit PTPTN tu hutang. Jadi kita kena rancang perbelanjaan bulanan kita juga semasa sedang study. Memang kita akan dikelilingi nafsu yang kuat tapi kita kena ingat, kita masuk Universiti untuk belajar bukan berpoya-poya. 

Enjoy sekali sekala boleh, jangan sampai boros. Duit PTPTN masuk hari ini, hari ini juga habis. Macam mana mau survive the whole semester kalau macam tu? Sudahlah berhutang dengan PTPTN, setiap minggu juga call parents minta kirim duit. Kena pandai malu sikit, kita sudah besar. Sepatutnya kita sudah tahu kurangkan beban parents kita.

Jadi, bila duit PTPTN masuk jangan terus habiskan. Simpanlah sedikit. Tidak apa kalau dapat simpan RM200 setiap semester pun.

2. BUAT BISNESS UNTUK CARI EXTRA INCOME


Selepas tamat pengajian tu jangan la terus mereput. Berusahalah cari income. Surirumah sekarang ni semua buat bisness dari rumah tau. Sebab gaji suami tidak cukup pun untuk cover semua bil. 

Kita cinta suami kita kan? Kita mahu ringankan beban suami kita kan? So, why not kita buat bisness kecil-kecilan atau jadi dropship dari rumah sahaja. Dunia pun sudah maju. Boleh seja pakai handphone untuk jana pendapatan buat cover hutang PTPTN ni. 

Kalau suami tidak bagi, tanya suami kalau dia sanggup tolong bayarkan hutang PTPTN kita. Kalau dia sanggup, okay la boleh fokus jaga anak saja. Tapi kalau suami pun teragak-agak mahu jawab sanggup ka tidak, bantai seja. Buat seja bisness untuk jana income. Jangan tunggu sampai menyusahkan diri sendiri di kemudian hari.

Selepas tamat pengajian, saya sempat mereput 4 bulan saja. Lepas tu saya guna handphone untuk jana pendapatan. Syukur saya jumpa bisness yang boleh jana income hampir 5 angka sebulan hanya dari rumah sahaja. Bukan boleh bayar PTPTN saja, tapi boleh juga bawa suami pergi melancong dan belanja anak-anak makan sedap-sedap. Tidak rugi surirumah buat bisness biarpun jual produk orang. At least kita ada simpanan sendiri, boleh ringankan beban suami tanggung hutang kita.

3. MELABUR


Duit baki pinjaman PTPTN yang tidak dibelanjakan dan 10% dari pendapatan bisness saya setiap sebulan saya akan laburkan. Dengan usaha melabur ini syukur ada juga pendapatan tambahan. Setahun duit dalam bank tu boleh bertambah hampir 20%.

Kalau mahu melabur kenalah bijak. Kena bijak untuk memilih tempat di mana kita mahu laburkan duit kita. Pilihlah bank yang selamat, patuh syariah dan boleh bagi kita pulangan yang besar setiap tahun. Best sangat tempat yang saya laburkan wang ni. Selain boleh monitor simpanan sendiri, bank ini juga dijamin selamat dan sudah 22 tahun beroperasi di Malaysia. Selama saya melabur tidak pernah lagi duit tu hilang dari sana. Boleh keluarkan sesuka hati pula tu. Best sangat!

Okaylah. Ini sahaja 3 cara yang saya amalkan untuk langsaikan hutang PTPTN saya tu tanpa usik wang suami. Ringan beban di dada ini selepas langsaikan hutang PTPTN. Kalau ada sebarang pertanyaan pasal PTPTN, boleh juga hubungi saya di 012 889 5717. Saya sangat berbesar hati untuk membantu. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat bagi mereka yang ingin langsaikan hutang PTPTN.

OFFICIALLY BEBAS HUTANG!!


Luv,
Brigett Rusxx.
Bekas Peminjam PTPTN.