Tiga Jenis Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu

Hello readers!

Ramai yang tidak tahu negara kita ini merupakan salah satu negara yang mempunyai pesakit kencing manis tertinggi di dunia. Pada 2013, Kementerian Kesihatan mengeluarkan artikel tentang bahayanya kencing manis. Pada waktu itu dinyatakan 1 daripada 7 orang dewasa menghidap kencing manis atau diabetes. 4 tahun kemudian pada tahun 2017, bilangan ini meningkat sehingga menjadikan 1 daripada 5 orang dewasa adalah pesakit kencing manis. Mengerikan bukan? Jumlah pesakit bukan berkurang malah bertambah berlipat ganda lagi.



Kencing manis atau dalam bahasa Inggeris Diabetes juga dikenali sebagai diabetes melitus. Di mana kandungan glukosa dalam darah adalah tinggi daripada bacaan normal (hiperglismia). Penyakit kencing manis ini mempunyai tiga jenis iaitu;
  1. Kencing Manis Jenis Pertama (1)
  2. Kencing Manis Jenis Kedua (2)
  3. Kencing Manis Gestasi
Jom kita kenali tiga jenis penyakit Kencing Manis ini.

Kencing Manis Jenis Pertama

Kencing manis jenis pertama iaitu kencing manis bersandar insulin (IDDM - Insulin Dependent Diabetes Mellitus) juga dikenali sebagai diabetes awal remaja. 

Kencing manis jenis pertama dicirikan dengan kegagalan kelenjar pankreas bagi menghasilkan insulin. Kencing manis jenis pertama mula menunjukkan simptom pada usia seawal kanak-kanak sehinggalah remaja. Pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk mengawal tahap bacaan glukosa dalam darah.



Kencing Manis Jenis Kedua

Kencing manis jenis kedua ini disebabkan kerintangan insulin di mana tisu badan tidak lagi peka dengan penghasilan insulin. 

Walaupun kencing manis jenis kedua ini boleh dikawal dengan mengamalkan pemakanan sihat, mengurangkan berat badan, bersenam dan mengambil ubat tetapi suntikan insulin juga perlu diambil sekiranya ubat memberi kesan yang serius. 


Kencing Manis Gestasi

Kencing manis Gestasi biasanya dialami oleh ibu yang sedang hamil.

Kencing manis Gestasi mirip dengan Kencing Manis Jenis Kedua. Ia terjadi apabila insulin yang diperlukan oleh ibu bagi keperluan bayi tidak mencukupi. Bila insulin tidak mencukupi maka si ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.


Banyak persoalan Bee dengar sama ada kencing manis ini bahayakah tidak. Ikuti entri Bee seterusnya, Bee akan huraikan lagi apa punca-punca kencing manis ini. Semoga entri Bee ini memberi manfaat.


Luv,
Brigett Bee.