Part 3: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600

27 April - Day 5

Kami bangun awal sebab mahu pergi tengok laut awal pagi. Jam 8 pagi kami pergi ke Samui Pier Beach untuk menikmati keindahan pulau Ko Samui ni. 



Best sangatlah Ko Samui. Betul cakap anty yang bagi kami sewa motor dia. 1 malam tidak cukup di Ko Samui. Tapi kami terpaksa balik ke KL hari ini juga sebab 29hb tu kami ada event di Sunway Resort & Spa. Lepas packing dan check out, kami pusing pulau Ko Samui untuk kedua kalinya hehe. Kami singgah di Wat Plai Laem dekat area Big Buddha. Kalau mahu melawat temples ni, semua pun masuk free.




Memang breathtaking semua temples di Ko Samui ni. Sebelum jam 3 petang kami kena kembalikan motor yang kami sewa. Jam 4 bas kami bertolak dari Ko Samui, singgah di Hat Yai dan sambung ke KL. Kami ambil package dengan anty yang bagi sewa motor. Package untuk bas dari Ko Samui-KL 1400THB (RM175) seorang. Sis suggest baik naik kapal haha tapi kan kami ni mau sangat travel pakai kenderaan darat ni. Bila lagi mahu tengok sempadan Thailand-Malaysia kan? kan? kan? Hehe..

Hari kelima kami spent;
Breakfast - 120THB (RM15)
Lunch - 200THB (RM25)
Tambang bas Ko Samui-KL - 2800THB (RM346)
Total - 3120THB (RM386)


Maka bertolaklah kami kembali ke KL pada jam 4 petang dari Ko Samui. Apa yang paling best dalam travel kami kali ni? Semasa kami di sempadan Thailand-Malaysia, empire Shaklee sis break 2 new leaders serentak. Cukup buat sis gembira senyum sampai telinga. Best kan? Walaupun melancong tapi bisness tetap jalan. Yang penting jangan berhenti buat coaching. Travel tu travel juga, anak buah jangan tinggal. Sis harap satu hari nanti terjadilah #BrielleTravel. Sis mahu travel dengan anak-anak buah sis.

Orang lain travel, duit habis. Tapi kami di Shaklee, makin travel, makin besar pula bonus. Apa tekniknya? Itu kena join team sis dulu baru boleh tau. Jadi sepanjang 5 hari kami di Thailand. Jom kita total up semua perbelanjaan.

Day 1 - 1370THB (RM171)
Day 2 - 4160THB (RM521)
Day 3 -  2056THB (RM258)
Day 4 - 1880THB (RM236)
Day 5 - 3120THB (RM386)
Total - 12,586THB (RM1572)

RM1572  untuk 2 orang. Siapa kata travel mesti ada 20 ribu dulu baru boleh melancong? Terpulanglah mahu travel untuk apa. Kami travel untuk release tension dan cari pengalaman. Itu sebab kami tidak shopping. Makan tidak perlu control kalau di Thailand sebab makanan murah. Kalau beli di 7Eleven lagi puas hati. Sedap, murah dan mengenyangkan. 

Cuma bagi yang Muslim kena hati-hati tengok label. Tapi di area Chaweng kebanyakan peniaga agama Muslim. Tapi Burger King sana tidak halal ya.. take note. Sis cuba selamatkan rakan-rakan Muslim sis ni. Ini saja perkongsian saya tentang percutian saya dengan suami bulan lalu di Thailand. Semoga memberi sedikit sebanyak manfaat bagi mereka yang ingin bercuti di Thailand. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi sis di 0128895717, saya sedia membantu.

Part 1: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600
Part 2: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600

Jumpa kamu di next entri! muahh!

Luv,
Brigett Kaki Jalan.
Part 3: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600 Part 3: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600 Reviewed by Brigett Rusx on May 28, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.