Part 2: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600

Boleh klik Part 1: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet Rm1600 entri sebelum ini.

25 April - Day 3

Selepas check out kami terus ke Yaowarat Road untuk menikmati street food di Chinatown. Memang best giler jalan dekat sini. Makanan semua murah dan sedap. Memang kena punch betul kami dengan makanan Thailand ni. Sampai ada orang tidak mahu pulang Malaysia. ๐Ÿ™Š๐Ÿ™Š








Banyak lagi kami makan cuma ini seja yang sempat ambil gambar. Lepas makan baru ingat mahu gambar. Gambar apa lagi kalau sudah habis telan semua. Tengok gambar atas yang sebelah kanan tu, sudah gigit baru ingat mahu gambar.. nasib sempat. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Masa kami jalan-jalan dekat Chinatown, kami habis 460THB dalam RM60. RM60 MAKAN SAMPAI KENYANG! Dengan perut kenyang tu kami pergi tahan teksi, tapi tiada satu pun teksi dapat singgah ke Hua Lamphong Railways Station. Itu maksudnya kena suruh jalan kaki.

Jarak Chinatown dengan Hua Lamphong Railways Station cuma dalam 2.3KM. Memang tidak jauh.. Cuma cuaca itu yang sangat membunuh. Panas dan kering! Sekali lagi kami bancung Performance Drink untuk legakan badan. Syukur, betul-betul Performance Drink saja penyelamat kami di Bangkok. Kalau tidak memang ada orang pitam masa berjalan. HAHA!!

Kami terus beli tiket train dari Bangkok ke Surat Thani. Seorang 718THB, so 1436THB untuk dua orang. Lebih baik beli online boleh dapat diskaun dalam 100THB, tapi kami pergi kaunter. Beli makanan sebelum naik train. Makanan atas train mahal. 1 tapau 150THB (RM18) tidak berbaloi. Baik makan siap-siap atau tapau di food court train station. Sebab 1 tapau baru 50THB-60THB (RM6.50-RM7.50).

Kami bertolak jam 5:05 petang dan akan sampai di Surat Thani pada jam 4:24 subuh. 

Beginilah keadaan pada waktu malam. Jam 7 malam, staff akan tukar kerusi menjadi tempat tidur. Saya suka orang-orang Thailand, mesra betul. Sepanjang kami berada di train tu, sunyi betul train tu tau. Tiada pun rakyat Thailand buat bising. Aircon pun best! Tapi sis cadangkan pakailah baju panjang tangan. Walaupun ada selimut disediakan tapi lebih baik kalau pakai baju panjang tangan. Jangan macam sis, kesejukan pastu terbangun awal. Mahu juga tidur lama sikit sebab sangat selesa!


Best tidur atas train ni. Betul-betul pengalaman baru buat saya dan suami. Macam mahu cuba pula dengan anak-anak nanti. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Kalau mahu jimat masa travel kena lah bijak. Kami tidur atas train, bisuk pagi bangun dah sampai Surat Thani. Macam kill two birds with one stone orang puteh cakap. Jimat masa dan uwang. Etchinggg! Bah! Kami tidur dulu! *wink*

Hari ketiga kami spent;
Makanan di Chinatown - 460THB (RM58)
Tambang Train Bangkok-Surat Thani - 1436THB (RM180)
Tapau Makan Malam atas train - 160THB (RM20)
Total - 2056THB (RM258)

26 April - Day 4

Memang selesa betul lah tidur atas train ni. Staff akan kejutkan penumpang-penumpang yang turun di station Surat Thani. Kami disambut dengan peniaga Thailand yang membuat package untuk ke Krabi, Phuket dan Ko Samui. Kalau turun dekat Surat Thani station boleh terus ambil package ini. Kami pilih package ke Ko Samui sebab Krabi dan Phuket are too mindstreammmm hehehe!! 

Kami bayar 700THB (RM88) untuk 2 orang. Package ini termasuk tambang bas ke pelabuhan dan tiket high speed ferry ke Ko Samui. Bas pertama akan bertolak pada jam 6:00 pagi. Sementara itu kami pergi cari 7Eleven, sebab rasa macam mahu makan maggie cup yang saya mengidam sejak balik Malaysia dari Bangkok tahun lalu. lolololol..

Hampir setahun tidak makan. Hilang kempunan.

Clear water!

Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dari Surat Thani train station ke Raja Ferry Port Donsak. Kami akan naik speed ferry ke Ko Samui! Bila kami sampai di Ko Samui, kami sewa motor untuk 1 hari. Sewa cuma 250THB (RM32) hah! main lah motor tu sampai puasssss!! Kami bermalam di Samui Mermaid Resort dengan harga 550THB (RM69).


Kena isi gasoline 60THB (RM8). HAHA! Syukur minyak di Malaysia masih MURAH!

Mini banglo orang Thailand cakap. Comel kan? 1 malam 550THB seja.

Petang itu kami pergi ke pekan Chaweng iaitu pekan terbesar dan tersibuk di pulau Ko Samui. Kami lepak kejap seja lepas tu kami pusing pulau Ko Samui dengan motor yang kami sewa ni. 60THB tu boleh guna untuk pusing pulau sekali. Kami pusing 2 kali haha! Untuk minyak saja kami sudah habiskan 180THB (RM23). Kalau bercadang mahu ke Ko Samui, masukkan list sewa motor ya. Sis sangat-sangat recommended aktiviti ini. Murah tapi priceless! Hah kau.. sis pun tidak tahu istilah apa tu.

Big Buddha. Masuk free saja tapi pakai kena bersesuaian. Nampak kecil kan? Kalau pegi sana terus rasa puas hati tengok patung ni. Sangat BESAR! Yala, dah pun nama Big Buddha. ๐Ÿ’†
Coconut Pancake. SEDAPPPPP!!!
Bila makanan lebih penting dari sunset.

Malam itu first round kami pusing pulau Ko Samui. Lepas itu kami balik ke Chaweng town, spent time melepak di situ. Bila balik bilik terus K.O. Sis mahu bagi suggestion sikit, kalau kita rasa kita banyak tekanan.. travel adalah penawar paling berkesan. Chewahhh... *muka serius*

Hari keempat kami spent;
Package Surat Thani-Ko Samui - 700THB (RM87)
Sarapan - 60THB (RM8)
Sewa Motor - 250THB (RM32)
Hotel - 550THB (RM69)
Gasoline - 120THB (RM15)
Snack - 80THB (RM10)
Dinner - 120THB (RM15)
Total - 1880THB (RM236)

Macam panjang betul pula sharing hari ini. Sampai masa saya stop dulu, nanti saya share cerita hari terakhir kami di Thailand next entri yeh. Jumpa anda di sana! *wink*

Luv,
Brigett Kaki Jalan.
Part 2: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600 Part 2: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600 Reviewed by Brigett Rusx on May 27, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.