Part 1: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600

Pada hujung bulan April yang lalu, saya dan suami travel dari Bangkok sampailah Koh Samui dengan bajet RM1600 sahaja. Bajet ini tidak termasuk harga tiket kapal dan pocket wifi yer. Masa kami travel ni, kami naik AirAsia dari KKIA, transit di KLIA2 dan mendarat di DMK (Don Muang Airport). Rajin-rajinlah survey harga tiket. Saya beli tiket masa AirAsia buat promosi awal bulan April tu. Total harga tiket saya dapat BKI-KUL-DMK-BKI untuk 2 orang cuma RM574.

Sebenarnya saya sudah pernah ke Bangkok. Tahun lalu, melancong percuma 100% ditaja oleh Shaklee. Tahun ini balik ke Bangkok semula sebab hampir setahun rasa bersalah tidak dapat bawa suami melancong bersama dengan Shaklee. Jadi, tahun ini kita bawa suami travel sama-sama pula. Kira macam Shaklee sponsor juga la sebab guna bonus Shaklee. 😝😝

23 April - Day 1

Kami mendarat di KLIA2 pada jam 12 tengah hari. Sementara menunggu next flight ke DMK, kami pergi sewa pocket wifi dulu. Kami pilih wiyo pocket wifi. Package ikut mana tempat kita mahu pergi travel. Untuk negara Thailand, sewa adalah RM25/hari dengan deposit RM200. Wiyo akan refund deposit selepas 7 hari kita kembalikan pocket wifi. Kalau selepas 7 hari deposit belum kena bank in, sila call wiyo. TAGIH deposit kamu hahaha!! Boleh seja beli simkad Thailand dengan harga 100THB. Tapi kami mahu cuba pocket wifi ni.

Bye Malaysia!
Kami sampai di DMK dalam jam 5 petang. Ambil bas tambang percuma dari airport ke Grand Palace. Syukur kakak di kaunter pertanyaan itu bagi tip naik bas percuma. GOD BLESS YOU SIS! Jimat duit kami tau. Kami survey bilik hotel dengan www.booking.com hehe sebab ini saja website yang offer harga bilik paling murah masa itu. Malam pertama kami menginap di Chetuphon Gate Hotel. Lepas check in kami beli makanan di 7Eleven. Dinner kami harga 140THB seja, dalam RM17 gitu lah hehe..

Bilik Chetuphon Gate Hotel. SANGAT BERSIH!
Pemandangan dari jendela bilik hotel. Bersebelahan saja dengan Wat Pho

Airasia bagi HOT SEAT FREE! Terima kasih AirAsia. xox.

Hari pertama kami spent;
Hotel - 1230THB (RM154)
Dinner - 140THB (RM17)
Total - 1370THB (RM171)

24 April - Day 2

Sarapan kami cuma maggie cup dan kopi free yang ada di hotel haha! Kami melawat Wat Pho dulu since temple ini bersebelahan sahaja dengan hotel tempat kami bermalam. Di sinilah terletaknya The Sleeping Buddha. Harga tiket cuma 100THB (RM13) siap ada FREE drinking water lagi tau. Selepas 1 jam di Wat Pho kami beralih pula ke Grand Palace. 

FREE DRINKING WATER BEB!
Duck Face tak jadi.

Jarak cuma 1km gitu saja, tapi rasa macam jauh sangat! Sebab suhu dekat sana waktu itu 39℃. Dengan baju panjang tangan dan berseluar jeans memang panas sepanas panasnya. Nasib saya ada bekalan Performance Drink. Campur saja dalam drinking water yang free tu dah boleh minum. Rasa sejuk sikit badan lepas minum Performance Drink. Duit pun jimat dari beli minuman-minuman manis di kedai. 😜😜

Harga tiket masuk ke Grand Palace 500THB dalam RM63. Saya paling suka masuk Temple of Emerald Buddha atau dalam Bahasa Thailand pula dipanggil Wat Phra Kaew. 2 kali masuk di sini pun masih terbawa-bawa balik Sabah tau. Masa mahu keluar dari Grand Palace, kami sempat masuk muzium kecil di sana. Kami menumpang pemandu pelancong lain seja untuk dapatkan info tentang benda-benda yang ada di dalam muzium. Syukurlah suami boleh berbahasa Mandarin. Lepas suami dengar, dia translate pula dekat saya. HAHA! Boleh juga hire guide untuk tour sendiri. 1 trip 300THB (RM40) boleh la kongsi2 bayar kalau travel dengan member.



Dari Grand Palace kami naik tuk-tuk ke Chinatown. Tambang dari Grand Palace ke Chinatown 300THB (RM40). Nda berbaloi.. Bagus call grab. Oleh sebab transport pemes, cuba sekali cukup lah. HAHA!! Ni sis nak pesan sikit. Selepas bayar tambang pastikan cek baki duit, suami sis sikit lagi kena kelentong. Paling bagus bayar dengan jumlah yang tepat. Kalau tambang 300THB, bayar tepat-tepat 300THB lagi selamat.

Bangkok Chinatown.

Boleh masak dalam bilik hotel. Best kannnn??

Malam kedua kami bermalam di Check Inn Hotel. Harga bilik untuk 1 malam 1000THB (RM125). Bilik kali ni best sebab ada dapur. Boleh masak-masak kalau malas turun cari makan. But, it's Chinatown. Mesti keluar turun jalan-jalan cari makan. Selepas kenyang dengan makanan di Chinatown, kami sambung di Siam Paragon. Pegi tengok wayang. Senang jalan di Bangkok, call grab seja. Grab di Bangkok best. Pegi Siam Paragon kami naik 4x4 Dmax. Balik pula kami naik Honda. Perghh.. Tapi grab masih illegal di Thailand. Ride on your own risk okie?

Hari kedua kami spent;
Tiket Wat Pho - 200THB (RM25)
Tiket Grand Palace - 1000THB (RM125)
Tambang Tuk-Tuk - 300THB (RM38)
Lunch - 140THB (RM18)
Street Food Chinatown - 120THB (RM15)
Ticket Wayang - 1200THB (RM150)
Tambang Grab - 200THB (RM25)
Hotel - 1000THB (RM125)
Total - 4160THB (RM521)

Mesti kamu terkejut kan apa juga harga tiket wayang sampai 1200THB haha! Sebab kami ambil tiket 4DX Theatre. Memang best giler theatre ni siap dengan Fast and Furious 8 lagi main.. Perghh! Yang kaki wayang, silalah cuba.

Kalau pegi Bangkok, sila cuba!

Macam tidak dapat pula cerita sampai habis dalam entri ni. Saya sambung di entri seterusnya ya. Panjang lebar cerita dalam satu entri.. Pening nanti kamu baca. Bah! Jumpa di entri seterusnya.


Luv,
Brigett Kaki Jalan.