Part 1: Shaklee Conference 2017 - Shaklee Home Office Baharu

Hello readers!

Lebih seminggu tak update blog. Sibuk bercuti. Laptop bawa tapi bila sampai Thailand, plug tidak sama macam dekat Malaysia. Mak redha seja la blog tidak diupdate selama seminggu. Hahai!! 5 hari honeymoon di Thailand (honeymoon sangat), Bee dengan husband direct ke Shaklee Conference di Kuala Lumpur pada 29hb April lalu. Dengan muka sunburn lagi hadir Shaklee Conference tau 😂😂.

Walaupun penat, bersemangat juga kami bangun awal pagi hari tu sebab nak kejar shuttle bus dari Sunway Resort & Spa ke Sunway Geo untuk opening Home Office Shaklee yang baru. Join tour kejap lepas tu kami sambung shopping. Elehh shopping pencuci muka Nutriwhite seja pon.


Macam mana kamu nampak gambar dekat atas ni, begitu jugala Home Office Shaklee yang baru. Home Office ini terletak betul-betul depan Hospital Sunway, bersebelah dengan trafik light. Senanglah orang ramai nampak HO Shaklee. Dah nampak tu apa kata masuk dalam kan? hehe.. Bee paling suka tempat beli barang dalam H. Sejuk jak mata memandang banyak vitamin tersusun rapi atas rak. Lagi-lagi bahagian favourite Bee ialah *drum roll*


Hah! Inilah bahagian paling Bee suka. Nampak tak kebanggaan kami di Shaklee. "The 100 Years of Innovation." Shaklee sudah 100 tahun di muka Bumi ni. Bukan 20, 30 tahun tapi 100 tahun. Bangga ker tak bangga? Bee bangga giler ni sebab pilih Shaklee 😘

 

Botol yang suami pegang tu adalah replika botol vitamin Shaklee pertama. Dr Shaklee iaitu founder Shaklee Corporation mencipta multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915 yang dinamakan sebagai Vitalized Minerals, nama modennya Vita-Lea Iron Formula. Mana nak cari multivitamin yang sudah berusia SATU ABAD? Nampak rak belakang Bee tu? Cuci mata Bee tengok rak tu sebab banyak betul vitamin Shaklee 😝


Selepas Bee tegur muka suami jadi gelap lepas balik dari Koh Samui, dia kata "Mesti beli Nutriwhite ni supaya putih balik." semangat betul. Tula, bila Bee suruh dia makan collagen sebelum terjun kolam jam 12 tengah hari dia buat-buat tak dengar. Merasa la sunburn 🙊🙊 Tepat jam 12 kami tunggu shuttle bus pick up SID dari Sunway Geo ke Sunway Resort & Spa. Sampai dekat sana kami terus ke Sunway Pyramid untuk isi perut. Tepat jam 1:30 petang kami balik ke Sunway Resort & Spa sebab kena register sebelum jam 2.

Next entri Bee cerita pula tentang program Shaklee Conference. Jumpa di next entri 😚


Luv,
Brigett Bee.