Part 3: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600

27 April - Day 5

Kami bangun awal sebab mahu pergi tengok laut awal pagi. Jam 8 pagi kami pergi ke Samui Pier Beach untuk menikmati keindahan pulau Ko Samui ni. 



Best sangatlah Ko Samui. Betul cakap anty yang bagi kami sewa motor dia. 1 malam tidak cukup di Ko Samui. Tapi kami terpaksa balik ke KL hari ini juga sebab 29hb tu kami ada event di Sunway Resort & Spa. Lepas packing dan check out, kami pusing pulau Ko Samui untuk kedua kalinya hehe. Kami singgah di Wat Plai Laem dekat area Big Buddha. Kalau mahu melawat temples ni, semua pun masuk free.




Memang breathtaking semua temples di Ko Samui ni. Sebelum jam 3 petang kami kena kembalikan motor yang kami sewa. Jam 4 bas kami bertolak dari Ko Samui, singgah di Hat Yai dan sambung ke KL. Kami ambil package dengan anty yang bagi sewa motor. Package untuk bas dari Ko Samui-KL 1400THB (RM175) seorang. Sis suggest baik naik kapal haha tapi kan kami ni mau sangat travel pakai kenderaan darat ni. Bila lagi mahu tengok sempadan Thailand-Malaysia kan? kan? kan? Hehe..

Hari kelima kami spent;
Breakfast - 120THB (RM15)
Lunch - 200THB (RM25)
Tambang bas Ko Samui-KL - 2800THB (RM346)
Total - 3120THB (RM386)


Maka bertolaklah kami kembali ke KL pada jam 4 petang dari Ko Samui. Apa yang paling best dalam travel kami kali ni? Semasa kami di sempadan Thailand-Malaysia, empire Shaklee sis break 2 new leaders serentak. Cukup buat sis gembira senyum sampai telinga. Best kan? Walaupun melancong tapi bisness tetap jalan. Yang penting jangan berhenti buat coaching. Travel tu travel juga, anak buah jangan tinggal. Sis harap satu hari nanti terjadilah #BrielleTravel. Sis mahu travel dengan anak-anak buah sis.

Orang lain travel, duit habis. Tapi kami di Shaklee, makin travel, makin besar pula bonus. Apa tekniknya? Itu kena join team sis dulu baru boleh tau. Jadi sepanjang 5 hari kami di Thailand. Jom kita total up semua perbelanjaan.

Day 1 - 1370THB (RM171)
Day 2 - 4160THB (RM521)
Day 3 -  2056THB (RM258)
Day 4 - 1880THB (RM236)
Day 5 - 3120THB (RM386)
Total - 12,586THB (RM1572)

RM1572  untuk 2 orang. Siapa kata travel mesti ada 20 ribu dulu baru boleh melancong? Terpulanglah mahu travel untuk apa. Kami travel untuk release tension dan cari pengalaman. Itu sebab kami tidak shopping. Makan tidak perlu control kalau di Thailand sebab makanan murah. Kalau beli di 7Eleven lagi puas hati. Sedap, murah dan mengenyangkan. 

Cuma bagi yang Muslim kena hati-hati tengok label. Tapi di area Chaweng kebanyakan peniaga agama Muslim. Tapi Burger King sana tidak halal ya.. take note. Sis cuba selamatkan rakan-rakan Muslim sis ni. Ini saja perkongsian saya tentang percutian saya dengan suami bulan lalu di Thailand. Semoga memberi sedikit sebanyak manfaat bagi mereka yang ingin bercuti di Thailand. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi sis di 0128895717, saya sedia membantu.

Part 1: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600
Part 2: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600

Jumpa kamu di next entri! muahh!

Luv,
Brigett Kaki Jalan.

Part 2: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600

Boleh klik Part 1: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet Rm1600 entri sebelum ini.

25 April - Day 3

Selepas check out kami terus ke Yaowarat Road untuk menikmati street food di Chinatown. Memang best giler jalan dekat sini. Makanan semua murah dan sedap. Memang kena punch betul kami dengan makanan Thailand ni. Sampai ada orang tidak mahu pulang Malaysia. 🙊🙊








Banyak lagi kami makan cuma ini seja yang sempat ambil gambar. Lepas makan baru ingat mahu gambar. Gambar apa lagi kalau sudah habis telan semua. Tengok gambar atas yang sebelah kanan tu, sudah gigit baru ingat mahu gambar.. nasib sempat. 😂😂 Masa kami jalan-jalan dekat Chinatown, kami habis 460THB dalam RM60. RM60 MAKAN SAMPAI KENYANG! Dengan perut kenyang tu kami pergi tahan teksi, tapi tiada satu pun teksi dapat singgah ke Hua Lamphong Railways Station. Itu maksudnya kena suruh jalan kaki.

Jarak Chinatown dengan Hua Lamphong Railways Station cuma dalam 2.3KM. Memang tidak jauh.. Cuma cuaca itu yang sangat membunuh. Panas dan kering! Sekali lagi kami bancung Performance Drink untuk legakan badan. Syukur, betul-betul Performance Drink saja penyelamat kami di Bangkok. Kalau tidak memang ada orang pitam masa berjalan. HAHA!!

Kami terus beli tiket train dari Bangkok ke Surat Thani. Seorang 718THB, so 1436THB untuk dua orang. Lebih baik beli online boleh dapat diskaun dalam 100THB, tapi kami pergi kaunter. Beli makanan sebelum naik train. Makanan atas train mahal. 1 tapau 150THB (RM18) tidak berbaloi. Baik makan siap-siap atau tapau di food court train station. Sebab 1 tapau baru 50THB-60THB (RM6.50-RM7.50).

Kami bertolak jam 5:05 petang dan akan sampai di Surat Thani pada jam 4:24 subuh. 

Beginilah keadaan pada waktu malam. Jam 7 malam, staff akan tukar kerusi menjadi tempat tidur. Saya suka orang-orang Thailand, mesra betul. Sepanjang kami berada di train tu, sunyi betul train tu tau. Tiada pun rakyat Thailand buat bising. Aircon pun best! Tapi sis cadangkan pakailah baju panjang tangan. Walaupun ada selimut disediakan tapi lebih baik kalau pakai baju panjang tangan. Jangan macam sis, kesejukan pastu terbangun awal. Mahu juga tidur lama sikit sebab sangat selesa!


Best tidur atas train ni. Betul-betul pengalaman baru buat saya dan suami. Macam mahu cuba pula dengan anak-anak nanti. 😍😍 Kalau mahu jimat masa travel kena lah bijak. Kami tidur atas train, bisuk pagi bangun dah sampai Surat Thani. Macam kill two birds with one stone orang puteh cakap. Jimat masa dan uwang. Etchinggg! Bah! Kami tidur dulu! *wink*

Hari ketiga kami spent;
Makanan di Chinatown - 460THB (RM58)
Tambang Train Bangkok-Surat Thani - 1436THB (RM180)
Tapau Makan Malam atas train - 160THB (RM20)
Total - 2056THB (RM258)

26 April - Day 4

Memang selesa betul lah tidur atas train ni. Staff akan kejutkan penumpang-penumpang yang turun di station Surat Thani. Kami disambut dengan peniaga Thailand yang membuat package untuk ke Krabi, Phuket dan Ko Samui. Kalau turun dekat Surat Thani station boleh terus ambil package ini. Kami pilih package ke Ko Samui sebab Krabi dan Phuket are too mindstreammmm hehehe!! 

Kami bayar 700THB (RM88) untuk 2 orang. Package ini termasuk tambang bas ke pelabuhan dan tiket high speed ferry ke Ko Samui. Bas pertama akan bertolak pada jam 6:00 pagi. Sementara itu kami pergi cari 7Eleven, sebab rasa macam mahu makan maggie cup yang saya mengidam sejak balik Malaysia dari Bangkok tahun lalu. lolololol..

Hampir setahun tidak makan. Hilang kempunan.

Clear water!

Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dari Surat Thani train station ke Raja Ferry Port Donsak. Kami akan naik speed ferry ke Ko Samui! Bila kami sampai di Ko Samui, kami sewa motor untuk 1 hari. Sewa cuma 250THB (RM32) hah! main lah motor tu sampai puasssss!! Kami bermalam di Samui Mermaid Resort dengan harga 550THB (RM69).


Kena isi gasoline 60THB (RM8). HAHA! Syukur minyak di Malaysia masih MURAH!

Mini banglo orang Thailand cakap. Comel kan? 1 malam 550THB seja.

Petang itu kami pergi ke pekan Chaweng iaitu pekan terbesar dan tersibuk di pulau Ko Samui. Kami lepak kejap seja lepas tu kami pusing pulau Ko Samui dengan motor yang kami sewa ni. 60THB tu boleh guna untuk pusing pulau sekali. Kami pusing 2 kali haha! Untuk minyak saja kami sudah habiskan 180THB (RM23). Kalau bercadang mahu ke Ko Samui, masukkan list sewa motor ya. Sis sangat-sangat recommended aktiviti ini. Murah tapi priceless! Hah kau.. sis pun tidak tahu istilah apa tu.

Big Buddha. Masuk free saja tapi pakai kena bersesuaian. Nampak kecil kan? Kalau pegi sana terus rasa puas hati tengok patung ni. Sangat BESAR! Yala, dah pun nama Big Buddha. 💆
Coconut Pancake. SEDAPPPPP!!!
Bila makanan lebih penting dari sunset.

Malam itu first round kami pusing pulau Ko Samui. Lepas itu kami balik ke Chaweng town, spent time melepak di situ. Bila balik bilik terus K.O. Sis mahu bagi suggestion sikit, kalau kita rasa kita banyak tekanan.. travel adalah penawar paling berkesan. Chewahhh... *muka serius*

Hari keempat kami spent;
Package Surat Thani-Ko Samui - 700THB (RM87)
Sarapan - 60THB (RM8)
Sewa Motor - 250THB (RM32)
Hotel - 550THB (RM69)
Gasoline - 120THB (RM15)
Snack - 80THB (RM10)
Dinner - 120THB (RM15)
Total - 1880THB (RM236)

Macam panjang betul pula sharing hari ini. Sampai masa saya stop dulu, nanti saya share cerita hari terakhir kami di Thailand next entri yeh. Jumpa anda di sana! *wink*

Luv,
Brigett Kaki Jalan.

Part 1: Suami Isteri Travel Bangkok-Ko Samui Dengan Bajet RM1600

Pada hujung bulan April yang lalu, saya dan suami travel dari Bangkok sampailah Koh Samui dengan bajet RM1600 sahaja. Bajet ini tidak termasuk harga tiket kapal dan pocket wifi yer. Masa kami travel ni, kami naik AirAsia dari KKIA, transit di KLIA2 dan mendarat di DMK (Don Muang Airport). Rajin-rajinlah survey harga tiket. Saya beli tiket masa AirAsia buat promosi awal bulan April tu. Total harga tiket saya dapat BKI-KUL-DMK-BKI untuk 2 orang cuma RM574.

Sebenarnya saya sudah pernah ke Bangkok. Tahun lalu, melancong percuma 100% ditaja oleh Shaklee. Tahun ini balik ke Bangkok semula sebab hampir setahun rasa bersalah tidak dapat bawa suami melancong bersama dengan Shaklee. Jadi, tahun ini kita bawa suami travel sama-sama pula. Kira macam Shaklee sponsor juga la sebab guna bonus Shaklee. 😝😝

23 April - Day 1

Kami mendarat di KLIA2 pada jam 12 tengah hari. Sementara menunggu next flight ke DMK, kami pergi sewa pocket wifi dulu. Kami pilih wiyo pocket wifi. Package ikut mana tempat kita mahu pergi travel. Untuk negara Thailand, sewa adalah RM25/hari dengan deposit RM200. Wiyo akan refund deposit selepas 7 hari kita kembalikan pocket wifi. Kalau selepas 7 hari deposit belum kena bank in, sila call wiyo. TAGIH deposit kamu hahaha!! Boleh seja beli simkad Thailand dengan harga 100THB. Tapi kami mahu cuba pocket wifi ni.

Bye Malaysia!
Kami sampai di DMK dalam jam 5 petang. Ambil bas tambang percuma dari airport ke Grand Palace. Syukur kakak di kaunter pertanyaan itu bagi tip naik bas percuma. GOD BLESS YOU SIS! Jimat duit kami tau. Kami survey bilik hotel dengan www.booking.com hehe sebab ini saja website yang offer harga bilik paling murah masa itu. Malam pertama kami menginap di Chetuphon Gate Hotel. Lepas check in kami beli makanan di 7Eleven. Dinner kami harga 140THB seja, dalam RM17 gitu lah hehe..

Bilik Chetuphon Gate Hotel. SANGAT BERSIH!
Pemandangan dari jendela bilik hotel. Bersebelahan saja dengan Wat Pho

Airasia bagi HOT SEAT FREE! Terima kasih AirAsia. xox.

Hari pertama kami spent;
Hotel - 1230THB (RM154)
Dinner - 140THB (RM17)
Total - 1370THB (RM171)

24 April - Day 2

Sarapan kami cuma maggie cup dan kopi free yang ada di hotel haha! Kami melawat Wat Pho dulu since temple ini bersebelahan sahaja dengan hotel tempat kami bermalam. Di sinilah terletaknya The Sleeping Buddha. Harga tiket cuma 100THB (RM13) siap ada FREE drinking water lagi tau. Selepas 1 jam di Wat Pho kami beralih pula ke Grand Palace. 

FREE DRINKING WATER BEB!
Duck Face tak jadi.

Jarak cuma 1km gitu saja, tapi rasa macam jauh sangat! Sebab suhu dekat sana waktu itu 39℃. Dengan baju panjang tangan dan berseluar jeans memang panas sepanas panasnya. Nasib saya ada bekalan Performance Drink. Campur saja dalam drinking water yang free tu dah boleh minum. Rasa sejuk sikit badan lepas minum Performance Drink. Duit pun jimat dari beli minuman-minuman manis di kedai. 😜😜

Harga tiket masuk ke Grand Palace 500THB dalam RM63. Saya paling suka masuk Temple of Emerald Buddha atau dalam Bahasa Thailand pula dipanggil Wat Phra Kaew. 2 kali masuk di sini pun masih terbawa-bawa balik Sabah tau. Masa mahu keluar dari Grand Palace, kami sempat masuk muzium kecil di sana. Kami menumpang pemandu pelancong lain seja untuk dapatkan info tentang benda-benda yang ada di dalam muzium. Syukurlah suami boleh berbahasa Mandarin. Lepas suami dengar, dia translate pula dekat saya. HAHA! Boleh juga hire guide untuk tour sendiri. 1 trip 300THB (RM40) boleh la kongsi2 bayar kalau travel dengan member.



Dari Grand Palace kami naik tuk-tuk ke Chinatown. Tambang dari Grand Palace ke Chinatown 300THB (RM40). Nda berbaloi.. Bagus call grab. Oleh sebab transport pemes, cuba sekali cukup lah. HAHA!! Ni sis nak pesan sikit. Selepas bayar tambang pastikan cek baki duit, suami sis sikit lagi kena kelentong. Paling bagus bayar dengan jumlah yang tepat. Kalau tambang 300THB, bayar tepat-tepat 300THB lagi selamat.

Bangkok Chinatown.

Boleh masak dalam bilik hotel. Best kannnn??

Malam kedua kami bermalam di Check Inn Hotel. Harga bilik untuk 1 malam 1000THB (RM125). Bilik kali ni best sebab ada dapur. Boleh masak-masak kalau malas turun cari makan. But, it's Chinatown. Mesti keluar turun jalan-jalan cari makan. Selepas kenyang dengan makanan di Chinatown, kami sambung di Siam Paragon. Pegi tengok wayang. Senang jalan di Bangkok, call grab seja. Grab di Bangkok best. Pegi Siam Paragon kami naik 4x4 Dmax. Balik pula kami naik Honda. Perghh.. Tapi grab masih illegal di Thailand. Ride on your own risk okie?

Hari kedua kami spent;
Tiket Wat Pho - 200THB (RM25)
Tiket Grand Palace - 1000THB (RM125)
Tambang Tuk-Tuk - 300THB (RM38)
Lunch - 140THB (RM18)
Street Food Chinatown - 120THB (RM15)
Ticket Wayang - 1200THB (RM150)
Tambang Grab - 200THB (RM25)
Hotel - 1000THB (RM125)
Total - 4160THB (RM521)

Mesti kamu terkejut kan apa juga harga tiket wayang sampai 1200THB haha! Sebab kami ambil tiket 4DX Theatre. Memang best giler theatre ni siap dengan Fast and Furious 8 lagi main.. Perghh! Yang kaki wayang, silalah cuba.

Kalau pegi Bangkok, sila cuba!

Macam tidak dapat pula cerita sampai habis dalam entri ni. Saya sambung di entri seterusnya ya. Panjang lebar cerita dalam satu entri.. Pening nanti kamu baca. Bah! Jumpa di entri seterusnya.


Luv,
Brigett Kaki Jalan.

PERFORMANCE® NATURAL ORANGE

Performance® Drink Shaklee merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat dan ia juga direka khusus untuk para angkasawan NASA. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance® Drink Shaklee sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.
Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink Shaklee mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

MENGAPA MESTI PILIH PERFORMANCE® SEBAGAI SUPLEMEN HARIAN
  • Minuman isotonik yang tanpa berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula
  • Kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya-tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  • Baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot)
KEPENTINGAN PERFORMANCE® KEPADA ANDA
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan – Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal – Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

  • Mencegah Penyahidratan – mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.

  • Mengekalkan Paras Gula – Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot


SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL PERFORMANCE®
  • Lelaki / Wanita dewasa
  • Warga emas
  • Para atlet atau mereka yang mempunyai gaya hidup aktif
  • Mereka yang berpuasa
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Mereka yang ingin tidur lewat malam
  • Badan rasa keletihan atau demam
  • Penyahidratan otot dan kulit
  • Cirit-birit
  • Tiada selera makan
  • Rendah paras gula
  • Kepeningan
  • Para ibu yang menyusukan anak

HARGA DAN KUANTITI PERFORMANCE®
Harga: RM 87.45
Kuantiti: 539g
Sajian: 30 hari

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.Tidak boleh diambil oleh wanita hamil.
Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah untuk dapatkan jadual 
& cara makan vitamin serta konsultasi percuma.

Tiga Jenis Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu

Hello readers!

Ramai yang tidak tahu negara kita ini merupakan salah satu negara yang mempunyai pesakit kencing manis tertinggi di dunia. Pada 2013, Kementerian Kesihatan mengeluarkan artikel tentang bahayanya kencing manis. Pada waktu itu dinyatakan 1 daripada 7 orang dewasa menghidap kencing manis atau diabetes. 4 tahun kemudian pada tahun 2017, bilangan ini meningkat sehingga menjadikan 1 daripada 5 orang dewasa adalah pesakit kencing manis. Mengerikan bukan? Jumlah pesakit bukan berkurang malah bertambah berlipat ganda lagi.



Kencing manis atau dalam bahasa Inggeris Diabetes juga dikenali sebagai diabetes melitus. Di mana kandungan glukosa dalam darah adalah tinggi daripada bacaan normal (hiperglismia). Penyakit kencing manis ini mempunyai tiga jenis iaitu;
  1. Kencing Manis Jenis Pertama (1)
  2. Kencing Manis Jenis Kedua (2)
  3. Kencing Manis Gestasi
Jom kita kenali tiga jenis penyakit Kencing Manis ini.

Kencing Manis Jenis Pertama

Kencing manis jenis pertama iaitu kencing manis bersandar insulin (IDDM - Insulin Dependent Diabetes Mellitus) juga dikenali sebagai diabetes awal remaja. 

Kencing manis jenis pertama dicirikan dengan kegagalan kelenjar pankreas bagi menghasilkan insulin. Kencing manis jenis pertama mula menunjukkan simptom pada usia seawal kanak-kanak sehinggalah remaja. Pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk mengawal tahap bacaan glukosa dalam darah.



Kencing Manis Jenis Kedua

Kencing manis jenis kedua ini disebabkan kerintangan insulin di mana tisu badan tidak lagi peka dengan penghasilan insulin. 

Walaupun kencing manis jenis kedua ini boleh dikawal dengan mengamalkan pemakanan sihat, mengurangkan berat badan, bersenam dan mengambil ubat tetapi suntikan insulin juga perlu diambil sekiranya ubat memberi kesan yang serius. 


Kencing Manis Gestasi

Kencing manis Gestasi biasanya dialami oleh ibu yang sedang hamil.

Kencing manis Gestasi mirip dengan Kencing Manis Jenis Kedua. Ia terjadi apabila insulin yang diperlukan oleh ibu bagi keperluan bayi tidak mencukupi. Bila insulin tidak mencukupi maka si ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.


Banyak persoalan Bee dengar sama ada kencing manis ini bahayakah tidak. Ikuti entri Bee seterusnya, Bee akan huraikan lagi apa punca-punca kencing manis ini. Semoga entri Bee ini memberi manfaat.


Luv,
Brigett Bee.

Part 1: Shaklee Conference 2017 - Shaklee Home Office Baharu

Hello readers!

Lebih seminggu tak update blog. Sibuk bercuti. Laptop bawa tapi bila sampai Thailand, plug tidak sama macam dekat Malaysia. Mak redha seja la blog tidak diupdate selama seminggu. Hahai!! 5 hari honeymoon di Thailand (honeymoon sangat), Bee dengan husband direct ke Shaklee Conference di Kuala Lumpur pada 29hb April lalu. Dengan muka sunburn lagi hadir Shaklee Conference tau 😂😂.

Walaupun penat, bersemangat juga kami bangun awal pagi hari tu sebab nak kejar shuttle bus dari Sunway Resort & Spa ke Sunway Geo untuk opening Home Office Shaklee yang baru. Join tour kejap lepas tu kami sambung shopping. Elehh shopping pencuci muka Nutriwhite seja pon.


Macam mana kamu nampak gambar dekat atas ni, begitu jugala Home Office Shaklee yang baru. Home Office ini terletak betul-betul depan Hospital Sunway, bersebelah dengan trafik light. Senanglah orang ramai nampak HO Shaklee. Dah nampak tu apa kata masuk dalam kan? hehe.. Bee paling suka tempat beli barang dalam H. Sejuk jak mata memandang banyak vitamin tersusun rapi atas rak. Lagi-lagi bahagian favourite Bee ialah *drum roll*


Hah! Inilah bahagian paling Bee suka. Nampak tak kebanggaan kami di Shaklee. "The 100 Years of Innovation." Shaklee sudah 100 tahun di muka Bumi ni. Bukan 20, 30 tahun tapi 100 tahun. Bangga ker tak bangga? Bee bangga giler ni sebab pilih Shaklee 😘

 

Botol yang suami pegang tu adalah replika botol vitamin Shaklee pertama. Dr Shaklee iaitu founder Shaklee Corporation mencipta multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915 yang dinamakan sebagai Vitalized Minerals, nama modennya Vita-Lea Iron Formula. Mana nak cari multivitamin yang sudah berusia SATU ABAD? Nampak rak belakang Bee tu? Cuci mata Bee tengok rak tu sebab banyak betul vitamin Shaklee 😝


Selepas Bee tegur muka suami jadi gelap lepas balik dari Koh Samui, dia kata "Mesti beli Nutriwhite ni supaya putih balik." semangat betul. Tula, bila Bee suruh dia makan collagen sebelum terjun kolam jam 12 tengah hari dia buat-buat tak dengar. Merasa la sunburn 🙊🙊 Tepat jam 12 kami tunggu shuttle bus pick up SID dari Sunway Geo ke Sunway Resort & Spa. Sampai dekat sana kami terus ke Sunway Pyramid untuk isi perut. Tepat jam 1:30 petang kami balik ke Sunway Resort & Spa sebab kena register sebelum jam 2.

Next entri Bee cerita pula tentang program Shaklee Conference. Jumpa di next entri 😚


Luv,
Brigett Bee.