"We are each responsible for our own conduct." Galatians 6:5


Sepupu Bee hantar satu link dekat Whatsapp chat, di mana link ini membawa Bee ke website pastorrick.com. Kata sepupu Bee, pembakar semangat di hari pertama cycle baru. Jadi Bee baca juga. Memang terbakar semangat Bee baca entri itu.
"We are each responsible for our own conduct." Galatians 6:5
Manusia mempunyai tiga cara untuk mengendalikan impian mereka. Mereka menyalahkan, mereka beralasan dan mereka membuat pilihan.
Merek yang menyalahkan akan menghabiskan hidup mereka dengan menyalahkan orang lain mengapa mereka belum capai impian mereka. Mereka yang beralasan pula akan sentiasa memberi alasan mengapa mereka masih tidak mencapai impian mereka. Manakala mereka yang memilih akan memilih apa yang harus dilakukan untuk mencapai impian mereka.

Dalam alkitab menyatakan bahawa kamu dicipta sama seperti fizikal Allah. Kebolehan untuk membuat pilihan adalah ciri-ciri yang membezakan kita dengan haiwan. Ia adalah salah satu hadiah yang paling baik untuk kita sebagai hamba Allah. Akan tetapi, kita juga bebas membuat pilihan sama ada pilihan yang baik mahupun yang tidak baik. Jika kita memilih pilihan yang tidak baik, maka kita akan menerima balasan yang sama.

Mereka yang memilih akan bertanggungjawab dengan hala tuju hidup mereka. Mereka tidak menyalahkan orang lain dan tidak juga memberi alasan. Daripada kita mengadu kenapa kita masih tidak mencapai impian kita, kenapa kita tidak bertanggungjawab dengan apa yang belum kita capai. Pilihan kita yang baik dan buruk akan memberi kesan ke atas kebolehan kita untuk mencapai impian kita sendiri dari pelbagai cara. 

Ada manusia yang dilahirkan miskin tetapi mereka mencapai lebih daripada apa yang mereka impikan. Ada manusia yang diberikan segalanya dan sekelip mata semua yang mereka ada itu lenyap. Kita tidak mampu mengawal keadaan sekeliling kita tetapi apa yang penting, bagaimana kita mengendalikan keadaan sekeliling kita.

"The lazy man is full of excuses." Proverbs 22:13
Allah sendiri berpesan janganlah jadi orang malas. Berhenti memberi alasan untuk impian kita yang tidak tercapai tetapi buatlah pilihan dan mula bertindak untuk impian yang telah Tuhan berikan kepada kita.


Luv,
Brigett Bee