Sabah Tea Restaurant Ranau, Sabah

Hello readers!

Pagi ni Bee bangun seja terus rasa nak makan aiskrim dekat Sabah Tea. Bee sudah terhidu-hidu bau tea tu masa Bee bangun. Tidak sabar betul nak chao ke Sabah Tea untuk telan benda ni. Selepas selesai siapkan anak-anak, kami terus drive ke Sabah Tea.

Sabah Tea Restaurant ini tidak jauh sangat dari Pekan Ranau. Jarak cuma 32km dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di sini kalau drive dalam 80-90km/jam. Kalau dari Pekan Ranau, simpang Sabah Tea Restaurant ini di sebelah kiri jalan. Dari simpang, kita kena drive dalam 2-3 minit baru sampai dekat restaurant. Bee suggest pegi la sebelum tengah hari supaya boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu dengan ladang tea yang sungguh hijau.


Tengoklah si kawan ni. Kita tengok pun kita tahu memang sedap. Bee sangat suka bau tea yang ada pada aiskrim ni. Tengok texture aiskrim memang betul-betul homemade. Texture aiskrim memang superb. Tidak icey sangat. Penuh krim.. Adoii sedang taip ni pun masih terasa aiskrim ni cair dalam mulut tau.





Kami order waffle, pancake, lamb chop dan lamb masak pepper. Semua pencuci mulut ada dicampurkan dengan tea. Bau tu memang sedap betul. Selain aiskrim Sabah Tea, Bee juga suka makan pancake Sabah Tea! Sedapppp.. lembut betulll.. Kalau campur dengan madu memang meletup dalam mulut. Madunya pun buka madu biasa, bila kita hidu, ada bau tea. Memang kalau peminat tea sangat sesuai menjamu selera di restaurant Sabah Tea.


Anak-anak pun suka dessert dekat Sabah Tea. Since mama dan papa dorang pun peminat dessert kan. Yelah~ Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. 😝😝 Kalau nak bawa anak-anak ke Sabah Tea memang tiada masalah. Restaurant juga ada sediakan baby chair. Kalau anak dalam 3-4 tahun boleh duduk kerusi orang dewasa. Sebab tinggi meja dan kerusi juga sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Ryo berusia 3 tahun, boleh tengok dia duduk kerusi restaurant pun tiada masalah untuk makan dekat meja juga.


Sepatutnya bergambar dengan Gunung Kinabalu tapi awan menutupi gunung. Tu sebab Bee suggest untuk ke Sabah Tea sebelum tengah hari. Lagi bagus sebelum jam 10 pagi untuk dapat view Gunung Kinabalu yang meletop!


Itu sahaja perkongsian Bee tentang Sabah Tea Restaurant. Nanti akan menyusul part 2 kalau Bee pergi menjamu selera lagi dekat sini. Ini pun bukan getaway yang dirancang. Sebab Sabah Tea Restaurant bukan jauh dari rumah Bee hehe.. Jadi bila-bila masa boleh datang dan buat review.  Bee ada buat sharing sikit juga dekat Facebook, boleh cek di sini "Our Time and Money Freedom Stories". Semoga perkongsian Bee ini bermanfaat.


Luv,
Brigett Bee.