Rahsia Imun Badan Anak Semakin Baik

Hello readers!

Last post ada Bee bagitau imun anak Bee Ryo tidak begitu kuat kan? Boleh ikut entri Bee dekat sini "Anak Saya Lemah Imun Badan dan Kerap Masuk Emergency Room"

Ryo ni kalau Bee bawa main di halaman rumah petang, malam mesti dia sakit. Antara berhingus, masuk angin, demam, selesema atau muntah-muntah atau semua sekali. Pernah sekali tu, kitorang bawa dia jalan-jalan pegi tamu. Malam itu dia terus muntah-muntah sampai admit di wad kanak-kanak. Nampak tak bertapa lemahnya imun badan dia.


Sebab Bee tidak ambil makanan tambahan untuk support perkembangan dan menguatkan imunisasi Ryo semasa dia masih dalam kandungan. Jadi sekarang Bee tebus balik. Ala.. satu Set Lengkap Kanak-Kanak ni baru dalam RM495 tu pun harga runcit. Sudah pasti Bee beli dengan harga member sebab Bee kan member Shaklee 🙈 Jadi dapatlah jimat dalam RM100.

Bee start bagi set ini dengan Ryo masa dia berusia 1 tahun lebih. Tapi belum lengkap. Bagi MealShake seja masa tu sebab Ryo ni ada masalah selera makan juga. Oleh kerana bonus Shaklee dah bertambah, Bee pun tambah juga bekalan untuk imun Ryo.

Kalau masa Ryo 2 tahun, walaupun dengan Set Lengkap Kanak-Kanak ni.. ambil masa 3-4 hari juga untuk dia sembuh sepenuhnya dari demam selesema dan batuk-batuk. Okay la daripada sebelum Ryo amalkan set ni, 2 minggu selalunya baru dia sembuh dari demam selesema dan batuk-batuk tau. Sudahlah tidak mau makan ubat yang hospital bagi. Bee paling tidak suka bergelut dengan Ryo bila nak bagi Ryo makan ubat 🙄🙄 Masa tu pun Bee tidak ambil tahu lagi pasal ubat demam sumbat di bontot tu 😖😖 Tapi selepas 1 tahun konsisten Set Lengkap Kanak-Kanak, memang nampak sangat perubahan.

Subuh sebelum kami bertolak ke kelas Puan Salwa last Sunday, tiba-tiba suhu badan Ryo naik. Bee cepat2 bancuh susu dia dan mix dengan MealShake & Nutriferon. Bagi dia makan OmegaGuard dan Chewable VitaC juga. Syukur mom in law sanggup jaga Ryo masa kami turun KK untuk hadir kelas. Malam tu masa kami sampai Ranau, Ryo masih demam. Bee bancuh lagi susu dia dan mix dengan MealShake & Nutriferon. Bagi dia makan OmegaGuard dan Chewable VitaC, sama macam pagi tu.

Besok pagi Ryo bangun demam dah surut. Lepas tu mama dia dah boleh flip hair. Ini memang rekod. Belum pernah lagi demam Ryo hilang dalam kurang dari 48 jam. Memang terbukti imun sistem dia sudah semakin baik. 😍😍😍 Ibu mana yang tidak happy bila anak tidak perlu sakit lama-lama lagi. Melabur untuk kesihatan anak memang tidak rugi jika dibandingkan kos perbelanjaan ulang alik ke hospital hampir setiap hari. Kan? Kan? Kan?


Now, I am a happy mom.💃🏻💃🏻



Luv,
Brigett Bee.