Part 1: Makanan Terbaik Buat Si Manja Yang Berusia 0 Hingga 6 Bulan

Hello readers!

Suka sangat Bee mahu ceritakan tentang makanan ni. Lebih-lebih lagi tentang makanan bayi kita. Nutrisi awal ini memainkan peranan yang sangat penting bagi si manja. Nutrisi inilah yang akan memastikan si manja akan terus sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit. Proses tumbesaran dan perkembangan bagi kanak-kanak yang mempunyai tubuh yang sihat dan kuat adalah lebih optimum jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang mendapat keperluan nutrisi dalam diet mereka. Kanak-kanak yang mendapat nutrisi yang lengkap akan menjadi seorang yang sihat dan lebih proaktif semasa dewasa kelak. Nampaknya, ibu Bee memenuhi nutrisi Bee semasa Bee kecil. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Apakah nutrisi terbaik untuk si manja semasa usia 0-6 bulan?


Jangan cakap first time mom sahaja yang tidak tahu, ramai juga ibu yang sudah anak lebih dari satu pun masih kurang arif tentang pemakanan si manja pada usia 0-6 bulan ini. Kebanyakan persoalan yang Bee dengar, "Boleh tak bagi bayi saya makan solid food pada usia 4 bulan?" Walhal si ibu sudah beranak 3. ๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ Kadang-kadang kita lupa, benda-benda asas inilah yang selalu kita lupa. Itu sebab wujudnya orang seperti Bee, golongan-golongan yang suka untuk mengingatkan benda-benda asas ginii~ aiseh ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

So, apa nutrisi yang terbaik untuk si manja pada usia 0-6 bulan?

Tentulah susu ibu! Susu ibu adalah nutrisi terbaik buat si manja yang berusia 0-6 bulan. Susu ibu satu-satunya makanan yang perlu diberikan kepada bayi yang baru lahir sehinggalah dia berusia 6 bulan. Lagi bagus kalau dapat susukan anak sampai anak mencecah 2 tahun. Walau bagaimanapun, bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif masih memerlukan suplemen tambahan seperti vitamin D sebanyak 10 micrograms atau 400 IU setiap hari bagi melengkapkan nutrisi makanan harian mereka.

Tapi kebanyakan ibu ada masalah kurang susu semasa menyusukan bayi. Boleh para ibu baca entri Bee di sini bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan susu ibu "Stress Air Susu Kurang? Vivix Mampu Atasi Masalah Ini!"

Macam mana yah rasa susu ibu?


Peliknya soalan tu. Tapi Bee nak kongsikan juga macam mana terhasilnya rasa susu ibu. Kalau kita sebagai ibu boleh juga jadikan susu ibu dengan pelbagai perisa. Hah! Macam mana tu? Ni Bee nak explain dah ni..

Kita sebagai ibu boleh memberi rasa dalam susu ibu melalui pemakanan yang kita ambil. Magik kan? Macam kita bancuh minuman pelbagai perisa pula ๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น Apa yang si ibu makan akan disalurkan kepada bayi melalui air susu si ibu, itu sebab si ibu kena kekalkan mengambil makanan yang sihat semasa menyusukan bayi. Dengan cara ini, sedikit sebanyak kita boleh mendedahkan si manja dengan rasa-rasa makanan pejal.
"Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa rasa makanan yang dimakan oleh si ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu." - Julie A Menella, Pakar Psikologi Bio di Monell Chemical Senses Center di Philadelphia.
Lagi satu, ada kajian menunjukkan bahawa bayi mula makan makanan pejal lebih suka makanan yang biasa si ibu makan semasa menyusukan si bayi berbanding dengan makanan yang baru diperkenalkan kepadanya. Makanya, wahai ibu-ibu sekalian, kalau kita mahu anak kita gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan, amat digalakkan untuk mengambil makanan ini sewaktu menyusukan si manja.

Alrite! Ini sahaja Bee nak kongsikan. Next entri Bee akan kongsikan pula makanan yang penting bagi si manja berusia 7-12 bulan. Stay tuned!


Luv,
Brigett Bee.
Part 1: Makanan Terbaik Buat Si Manja Yang Berusia 0 Hingga 6 Bulan Part 1: Makanan Terbaik Buat Si Manja Yang Berusia 0 Hingga 6 Bulan Reviewed by Brigett Rusx on April 23, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.