Ketahui Bertapa Bahayanya Kayap Kepada Kita

Kayap merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf yang berpunca daripada jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster. Dalam satu jangka hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan mengalami penyakit Kayap ini. Siapa yang berisiko dengan penyakit ini?
  1. Mereka yang berusia 50 tahun ke atas di mana sistem imun semakin berkurangan.
  2. Imun sistem yang lemah atas sebab jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan daripada ubat seperti ubat steroid.
Penyakit kayap ini disebabkan oleh pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini biasanya akan menghuni badan pesakit selepas pesakit menghidap penyakit cacar air (chickenpox). Virus ini akan berhibernasi dalam pusat saraf (ganglion) selepas cacar air sembuh. Bila imun badan kita menjadi lemah, virus ini akan menjadi aktif semula dan akan menyerang urat saraf serta menyebabkan keradangan pada saraf tersebut.


Tanda-Tanda Kayap
  • Keradangan pada satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Biasanya ia akan melibatkan bahagian dada dan muka.
  • Pada awalnya, pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf yang terlibat, sakit kepala, keletihan dan demam. Simptom ini akan dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
  • Tanda pertama akan muncul tompok-tompok kemerahan yang sangat menyakitkan pada bahagian urat saraf yang terlibat. Selepas 1 hingg 2 hari, gelembong-gelembong air kecil akan timbul. Air dalam gelembong tersebut adalah berwarna kekuningan. Selepas 2 harim air ini akan menjadi keruh dan gelembong akan mula kering. Kulit kering akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu berikutnya.

Doktor dapat mengenal penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Jika pesakit datang dengan tanda-tanda awal, doktor mungkin sukar untuk mengenalpasti penyakit ini.

Komplikasi

Tanda-tanda awal termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong air pada kulit dan pendarahan dalam gelembong tersebut merupakan komplikasi awal. Ada masa gelembong ini boleh merebak ke kawasan lain. Biasanya perkara ini berlaku disebabkan imun sistem individu tersebut adalah lemah. 

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk pesakit boleh menjadi buta dan saraf facial akan menyebabkan otot-otot muka akan paralisis. Kayap juga boleh menyebabkan keradangan pada organ dalaman termasuk otak, jantung, paru-paru dan usus.

Apabila tanda-tanda kulit sudah sembuh, bahagian kulit akan menjadi parut. Komplikasi kronik biasanya adalah kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa panjang. Komplikasi ini selalunya dialami oleh pesakit yang berusia lebih daripada 65 tahun. Kesakitan ini akan berterusan dan boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit. 



Rawatan

Beberapa kaedah digunakan untuk meredahkan penyakit kayap;
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air.
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs seperti diclofenac.
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
Dengan pengambilan makanan tambahan yang boleh meningkatkan imun sistem badan kita juga amat digalakkan. Klik link ini untuk ketahui makanan tambahan yang berkesan dalam menangani masalah kayap "Kayap Kering Dalam Masa 2 Minggu."



Luv,
Brigett Bee.


Ketahui Bertapa Bahayanya Kayap Kepada Kita Ketahui Bertapa Bahayanya Kayap Kepada Kita Reviewed by Brigett Rusx on April 03, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.