Kenali Ekzema Yang Menyerang Kulit Bayi Anda

Hello readers!

Ramai ibu akan panik bila kulit anak mereka kelihatan seperti melecur dan kemerah-merahan. Kebanyakkan ibu akan berfikir masalah kulit tersebut cumalah ruam panas. Tapi bila mereka sapu krim atau letak bedak, masalah kulit ini semakin teruk. Rupa-rupanya ia bukan ruam biasa tetapi ekzema.

Apakah ekzema ini?



Ekzema selalunya akan muncul pertama kalinya bila usia bayi mencecah kurang dari 2 tahun. Lebih kurang 15% hingga 20% kanak-kanak akan mengalami kondisi kulit yang kering dan gatal. Ekzema biasanya tidak dapat dipulihkan, tetapi kita boleh mengawalnya dengan rawatan yang sesuai. Tetapi ada juga kanak-kanak yang menghidap ekzema beransur pulih menjelang umur belasan tahun.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermaksud mudah untuk mendapat penyakit seperti ekzema, demam alergi dan asma. Kesannya sama iaitu mengalami kulit kering, gatal, merekah dan merah. Ada juga yang mengalami masalah kulit sehingga ada lelehan cecair dan berdarah. Lazimnya, tempat-tempat yang sering mengalami masalah ini adalah di bahagian tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.


Penghalang kulit yang tidak berfungsi dengan baik adalah punca terjadinya ekzema. Itu sebabnya kulit bayi lebih senang diserang alergi dan infeksi yang boleh membuat keadaan menjadi lebih teruk. Banyak lagi Bee nak cerita pasal ekzema ni. Entri seterusnya, Bee akan kongsikan tentang penyebab ekzema ini boleh terjadi.

Stay tune!


Luv,
Brigett Bee.
Kenali Ekzema Yang Menyerang Kulit Bayi Anda Kenali Ekzema Yang Menyerang Kulit Bayi Anda Reviewed by Brigett Rusx on April 17, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.