Hari Minggu Bersama Puan Salwa Saleh

Hello readers!

Siapa tak kenal Puan Salwa Saleh? Hmm.. Mungkinkah anda kurang membaca blog-blog glemer? Puan Salwa Saleh ni memang gelemer betul. Biar dalam dunia Shaklee pun beliau memang gelemer. Orang berkejar-kejar nak rank di Google, beliau pula relek jer. Orang berkejar-kejar nak beli domain, blog beliau rank juga walaupun belum beli domain. Hebat tak? Itu sebab Bee sanggup korbankan hujung minggu Bee untuk hadir kelas beliau.

Ahad lalu, saya dan suami mengambil kesempatan untuk menghadiri kelas Puan Salwa. Kelas FREE seja tau siap kena tanggung makan tengah hari lagi tu. Best sangat! Beliau datang dari jauh hanya untuk curahkan ilmu beliau untuk kami nih. Aura kelas tu masih terasa betul sampailah sekarang ni walaupun sudah 3 hari berlalu. 

Pagi tu, suhu badan Ryo tiba-tiba naik. Dua hati nak bagi tinggal. Syukur ibu mertua kata nak jaga Ryo dan Rev sementara kami masuk kelas. Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, sempat lagi bumper Si Puteh Myvi tu kena langgar. Perghh.. Banyak betul cabaran untuk pergi kelas Puan Salwa. Tapi kami tetap keras hati meneruskan perjalanan.



Kelas sudah mula masa kami sampai dekat branch Shaklee Kota Kinabalu. Tidaklah banyak topik kami terlepas. Syukurlah sampai kelas seja sudah dapat idea baru macam mana nak tackle prospek lepas ni. Banyak benda saya belajar dalam kelas Puan Salwa. Lagi-lagi Puan Salwa kalau bagi kelas, memang tidak sempat rasa mengantuk. Ada saja benda kelakar keluar dari mulut Puan Salwa. Memang sportinglah Puan Salwa ni. Itu pasal kalau Puan Salwa buat kelas lagi memang kami akan turun. Sanggup turun dari Ranau ke Kota Kinabalu untuk kelas best tau! 




Dalam kelas tu kami diberi tugasan. Ada beberapa tugasan yang perlu dilakukan untuk bisness kami. Memang yang ada bisness tu sangat-sangatlah digalakkan untuk hadir kelas Puan Salwa nih. Apa lagi kalau yang sangat aktif buat bisness online. Kita kena bagi tips macam mana nak bisness di Facebook, Instagram dan Blog. Yala.. memang kepakaran Puan Salwa pun, kita yang newbies ni kenalah belajar dengan orang yang berpengalaman.


Salah satu tugasan yang diberikan semasa kelas adalah mengambil gambar dalam saiz 1:1. Lepas tu kita kena buat caption untuk gambar tu. Nanti Puan Salwa akan bagi komen untuk hasil kerja kita. Kita pun kena juga ambil tahu pandangan orang yang berpengalaman kan? Kalau kita siok sendiri tangkap gambar tanpa tahu betul atau tidak cara itu, mana kita nak tahu sudut pandangan customer dan prospek kita kalau kita tidak merelakan diri untuk dikomen. Betul ke betul? Betul kan?

Dalam jam 5 kelas tamat. Lepas tu kami ada sesi bergambar bersama Puan Salwa. Lepas sesi bergambar ramai-ramai, Puas Salwa buka pula untuk berselfie dengan beliau. Sungguh sporting betullah Puan Salwa ni.



Inilah susur galur keluarga Shaklee Brielle. Yang sebelah kiri tu nenek Shaklee Bee, Founder Aurora Legacy. Yang di belakang Bee siap bagi antena dekat kepala Bee itu mama Shaklee Bee, Founder Orion Family. Yang sebelah Bee pakai cardigan hijau itu salah satu leader Brielle, Founder Zera Clan. Yang dekat belakan pakai baju hitam itu cucu Shaklee Bee. Yang pakai spek tolak pinggang paling kanan itu pula bakal leader Brielle, Founder Deandra Family. Tak ke best surirumah macam Bee ni ada empire sendiri? Tak nak jadi macam Bee ke? 🙊


Yay! Inilah semua yang hadir kelas e-usahawan Puan Salwa. Syukurlah suami Bee antara lelaki-lelaki yang rajin masuk kelas. 😝😝 Terima kasih Puan Salwa kerana sanggup terbang dari KL ke Sabah demi mengadakan kelas e-usahawan ini. Kalau ada lagi, umum dengan kami ya! 😚😚 Lepas kelas, saya dan suami terus drive pergi Kepayan nak makan dekat Garage Cafe.


Luv,
Brigett Bee.

Hari Minggu Bersama Puan Salwa Saleh Hari Minggu Bersama Puan Salwa Saleh Reviewed by Brigett Rusx on April 06, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.