Cara Selesaikan Ekzema Pada Kulit Bayi Anda

Hello readers!


Untuk masalah ekzema yang menyerang kulit bayi anda, lebih baik kita tengok dahulu apa punca terjadinya masalah kulit ini. Bee ada cerita sedikit tentang punca ekzema di entri ini "Apakah Punca Sebenar Bayi Anda Diserang Ekzema". Dalam entri hari ini pula suka Bee nak kongsikan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ekzema ini. Agar bayi anda boleh menikmati tidur yang lena dan bebas dari masalah kulit.

Biasanya, rawatan untuk ekzema ini bergantung kepada tahap keterukannya. Jika bayi anda mempunyai ekzema yang ringan, kita boleh sahaja sapu menggunakan losyen emolien atau krim. Kadang-kadang, doktor juga akan nasihatkan untuk menggunakan krim rendah steroid bagi jangka masa pendek. Ibu bapa perlu sentiasa memastikan kelembapan kulit si manja kerana kulit kering akan menjadikan ekzema lebih teruk. Segelintir kanak-kanak memerlukan penggunaan emolien dalam kuantiti yang banyak bagi mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Selain itu, penggunaan steroid juga boleh mengurangkan masalah ini. Cuma, ibu bapa kena fikir. Adakah penggunaan steroid ini membahayakan si manja atau tidak. Ramai doktor mencadangkan bayi yang menghidap ekzema atopik untuk menggunakan krim steroid. Kesan sampingan utama krim steroid ini boleh membuatkan kulit bayi menipis jika digunakan dalam jangka masa panjang. Kita sudah tahu kesan dari penggunaan krim steroid membawa kesan negatif. Sebaik-baiknya elaklah penggunaan krim steroid.

Kesan bila berhenti menggunakan krim steroid.
Photo credit to http://fansurigonature.blogspot.my/
Ramai juga ibu bapa yang tertanya-tanya bagaimana untuk mencegah masalah ekzema ini dari mula. Ibu boleh menyusukan bayi selepas sahaja bayi dilahirkan. Kekalkan penyusuan selama empat bulan berterusan bagi membantu melindungi bayi daripada diserang ekzema dan alergi lain. Menurut Kementerian Kesihatan, penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan sangat digalakkan bagi menguatkan imun sistem badan si manja.

Alergik pada susu lembu juga salah satu punca kanak-kanak diserang ekzema. Jika si manja mengambil susu formula, doktor akan menggalakkan ibu bapa untuk memberi formula protin hidrolisis terlebih dahulu. Formula yang berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan. Tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa pantang untuk makan suatu makanan sepanjang kehamilan boleh mencegah bayi daripada diserang ekzema. Ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk menganti jadual diet. Terdapat kenyataan mengatakan bahawa pengambilan probiotik semasa hamil dikatakan boleh mengurangkan kemungkinan bayi diserang ekzema.

Hah.. dah dapat sedikit sebanyak info tentang cara menyelesaikan ekzema kan? Lepas ini Bee akan kongsikan lagi 6 cara lain untuk mengatasi masalah ini. Semoga entri Bee ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Jumpa di entri seterusnya.


Luv,
Brigett Bee.