Apakah Punca Sebenar Bayi Anda Diserang Ekzema

Hello readers!

Sebelum ini Bee ada tulis pasal "Kenali Ekzema Yang Menyerang Kulit Bayi Anda" hari ini Bee mahu kupas sikit pada apa punca ekzema ini boleh terjadi. Bee suka mencari punca, sebab punca inilah yang akan membawa kita ke arah penyelesaian.


Biasanya ekzema ini terjadi dalam satu keluarga. Ekzema menjejaskan kulit kita apabila ia "bersemarak". Kulit si manja mungkin akan kelihatan bertompok-tompok merah dan sentiasa gatal. Masa ekzema ini bersemarak pada tempat-tempat tertentu ia akan menjadi lebih teruk dan mungkin akan memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Penggunaan bahan kimia seperti bahan sabun mandi, syampu, serbuk pencuci dan pelembut fabrik boleh menyebabkan terjadinya keradangan pada kulit yang mengalami ekzema. Kanak-kanak yang menghidap ekzema atopik boleh mendapat ekzema pada sentuhan juga. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan emolien bukan sabun dan menukar bahan pencuci mandian bayi anda boleh mengawal masalah ekzema ini.


Ekzema alergi sentuhan juga boleh terjadi jika ada reaksi di antara bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Alergi ini boleh merebak dan menjangkiti tempat-tempat lain. Bayi yang tidak dapat mengelak dari menggaru ekzema ini boleh menyebabkan infeksi. Ekzema boleh menganggu tidur si manja dan menjejaskan keyakinan yang boleh memberi kesan ke atas kualiti hidup si manja.

Di sini kita boleh buat kesimpulan bahawa punca spesifik terjadinya ekzema belum dapat dikesan lagi. Beberapa keadaan yang cenderung untuk menimbulkan masalah ekzema ini seperti gen keluarga, keadaan persekitaran, bahan yang ada dalam pencuci baju dan bahan yang ada dalam benda-benda yang kita pakai. Itu sebab sangat penting bagi kita untuk mengambil berat tentang bahan-bahan kimia yang ada dalam barangan yang kita pakai setiap hari. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memantau setiap bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian, terutama ibu bapa yang mempunyai anak ekzema.

Dalam entri seterusnya, Bee akan kongsikan pula bagaimana cara untuk merawat atau mengatasi masalah ekzema ini. Stay tuned!


Luv,
Brigett Bee.