6 Cara Paling Effektif Untuk Mengatasi Masalah Ekzema Pada Kulit Bayi Anda

Hello readers!


Bee ada cerita pasal punca ekzema dalam entri ini. Hari ini Bee mahu kongsikan bagaimana pula cara untuk mengatasi masalah ini. Seperti yang kita tahu, ekzema ini tidak boleh dirawat cuma ia boleh dikawal. Sangat bahaya jika kita biarkan. Lagi-lagi kalau bayi yang diserang ekzema ini sangatlah susah nak kawal. Dengan imun bayi yang belum kuat dan kulit bayi yang masih sensetif sangat, jadi kita perlu mengawal masalah ekzema ini. Lagi bagus jika kita boleh cegah.

Ada 6 cara paling effektif untuk mengatasi masalah ini.

  1. Ibu bapa boleh menyimpan diary untuk melihat apa punca ekzema yang menyerang si manja agar boleh di bawa berbincang dengan doktor.
  2. Pendedahan makanan kepada si manja adalah sangat disarankan. Ibu bapa boleh catat apa makanan yang menyebabkan ekzema anak menjadi semakin teruk. Oleh itu, ibu bapa perlu mengasingkan makanan ini dalam diet seharian si manja.
  3. Sesetengah doktor juga percaya kebersihan rumah juga adalah salah satu berlakunya masalah ekzema. Kewujudan kutu habuk juga adalah punca si manja terpaksa menghadap dengan ekzema. Sangat disarankan bagi ibu bapa untuk mencuci pakaian dan kain katil dengan pencuci yang diperbuat dari 100% bahan semulajadi bagi menghapuskan kutu habuk ini dengan cara semulajadi.
  4. Pakaian jenis benang juga boleh membantu. Elakkan daripada membeli baju yang diperbuat daripada benang sintetik kerana bahan ini boleh menyebabkan ekzema semakin teruk.
  5. Suhu bilik yang panas juga boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk. Oleh itu, sangat digalakkan ibu bapa untuk memastikan kain katil dan pakaian si manja ringan agar mudah untuk mengubahsuai suhu badan si manja.
  6. Pastikan kuku si manja dipotong dan dibersihkan agar kulit si manja tidak bertambah teruk bila dia menggaru bahagian kulit yang diserang ekzema.

Selain itu Bee mahu kongsi juga bagaimana Vivix minuman kegemaran Bee ni boleh bantu menangani masalah ekzema pada kulit bayi anda. Kandungan Vivix yang diperkaya dengan resveratrol dan polifenol serta 100% diperbuat daripada bahan semulajadi. Anak kawan Bee ada ekzema. Selepas kawan Bee sapu Vivix, ekzema itu redah dalam beberapa jam sahaja. Nanti next entri Bee akan kongsikan tentang bayi kawan Bee ni. Stay tune!


Luv,
Brigett Bee