4 Punca Bekalan Susu Ibu Menurun

Hello readers!


Hari ni Bee nak kongsikan 4 punca bekalan susu ibu menurun. Bekalan susu ibu berkurang biasa berlaku. Itu sebab ibu kena mainkan peranan dalam mencegah masalah ini daripada berlaku. Jadi tiadalah masalah stress air susu berkurang bila ibu sudah tahu punca dan cara untuk tangani masalah ini.

Masa Bee melahirkan Ryo, air susu Bee tidak terus keluar. 2 malam selepas melahirkan, baru air susu Bee mula keluar. Berbeza dengan selepas melahirkan Rev. Air susu terus keluar selepas melahirkan anak kedua kami. Bee hanya menyusukan anak pertama selama 4 bulan, manakala anak kedua pula sudah lebih setahun dan masih lagi sampai sekarang. Apa rahsianya? Bee cerita di entri seterusnya ya..

Sepanjang saya menyusukan anak kedua, memang ada berlakunya kes seperti bekalanan air susu menurun. Apa yang Bee perasan punca bekalan susu menurun adalah disebabkan oleh 4 perkara ini.

Punca 1

Baby selalu mengantuk atau kuat tidur. hehe.. Oleh itu, kita sebagai ibu kena bijak. Jika baby menyusu kurang dari 5 minit dan bila kita tengok baby, baby sudah tidur. Pegang kaki baby dan goncangkan kakinya dengan lembut bagi merangsang baby untuk menyusu. Bila baby terjaga, pasti baby akan sambung menyusu. Bee selalu kecutkan Rev dengan cara ini. Jadi bila dia dah mamai selepas dikejutkan dia akan sambung menyusu. Comel kan?

Punca 2

Biasa ibu akan mengalami puting yang pedih dan akan mengalami kesakitan semasa menyusukan. Semasa Bee bercuti di Bangkok selama 4 hari, air susu waktu balik ke Malaysia memang berkurang. Tapi Bee terus menyusukan Rev walaupun air susu sudah berkurang. Bee mengalami puting susu yang sangat pedih dan sakit semasa menyusukan Rev. 


Setiap kali selepas Bee menyusukan Rev sehingga Rev tidur, Bee akan pump susu Bee dengan breast pump bagi merangsang lagi air susu untuk keluar dan banyak minum sup yang boleh memperbanyakkan air susu. Bee juga mengamalkan suplemen untuk boost air susu Bee. Ternyata method ini berkesan! yay!

Punca 3

Penggunaan puting (pacifier) juga akan menganggu proses penyusuan. Disebabkan baby kerap menggunakan puting sehingga baby lebih mengemari puting berbanding puting susu ibu. Ini akan menyebabkan jumlah masa bayi menyusu dan boleh menyebabkan pengurangan air susu ibu kerana susu ibu kurang dirangsang.

Masa Ryo dipisahkan dengan susu ibu semasa dia berusia 4 bulan, Ryo diberikan pacifier. Penggunaan pacifier lebih kerap berbanding menyusu susu ibu. Bee perasan bekalan susu Bee masa itu berkurang dengan sangat cepat.

Punca 4

Terlalu terikat dengn rutin menyusu 4 jam sekali dan menyebabkan berlakunya pengurangan susu. Kita sebagai ibu kena bijak berfikir, baby perlu disusukan apabila baby lapar sahaja agar kita boleh mengurangkan masalah pengurangan bekalan susu.

Orang tua-tua selalu pesan kena susukan anak setiap 2 jam. Tapi Bee selalu tidak buat macam ni sebab Bee lebih suka ikut rentak baby Bee. Bila baby nak menyusu baru Bee kasi. Dengan cara ini, memang tiada masalah bekalan susu kurang.


So, ibu-ibu sekalian sudah tahu punca bekalan susu ibu ini boleh berkurang kan? Bila kita sudah tahu puncanya, senang sudah kita nak cegahkan? Itu sahaja perkongsian Bee hari ini. Bertemu lagi kita di entri seterusnya. 😘


Luv,
Brigett Bee.