Part 1: Makanan Terbaik Buat Si Manja Yang Berusia 0 Hingga 6 Bulan

Hello readers!

Suka sangat Bee mahu ceritakan tentang makanan ni. Lebih-lebih lagi tentang makanan bayi kita. Nutrisi awal ini memainkan peranan yang sangat penting bagi si manja. Nutrisi inilah yang akan memastikan si manja akan terus sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit. Proses tumbesaran dan perkembangan bagi kanak-kanak yang mempunyai tubuh yang sihat dan kuat adalah lebih optimum jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang mendapat keperluan nutrisi dalam diet mereka. Kanak-kanak yang mendapat nutrisi yang lengkap akan menjadi seorang yang sihat dan lebih proaktif semasa dewasa kelak. Nampaknya, ibu Bee memenuhi nutrisi Bee semasa Bee kecil. 😝😝

Apakah nutrisi terbaik untuk si manja semasa usia 0-6 bulan?


Jangan cakap first time mom sahaja yang tidak tahu, ramai juga ibu yang sudah anak lebih dari satu pun masih kurang arif tentang pemakanan si manja pada usia 0-6 bulan ini. Kebanyakan persoalan yang Bee dengar, "Boleh tak bagi bayi saya makan solid food pada usia 4 bulan?" Walhal si ibu sudah beranak 3. 😲😲 Kadang-kadang kita lupa, benda-benda asas inilah yang selalu kita lupa. Itu sebab wujudnya orang seperti Bee, golongan-golongan yang suka untuk mengingatkan benda-benda asas ginii~ aiseh 😝😝

So, apa nutrisi yang terbaik untuk si manja pada usia 0-6 bulan?

Tentulah susu ibu! Susu ibu adalah nutrisi terbaik buat si manja yang berusia 0-6 bulan. Susu ibu satu-satunya makanan yang perlu diberikan kepada bayi yang baru lahir sehinggalah dia berusia 6 bulan. Lagi bagus kalau dapat susukan anak sampai anak mencecah 2 tahun. Walau bagaimanapun, bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif masih memerlukan suplemen tambahan seperti vitamin D sebanyak 10 micrograms atau 400 IU setiap hari bagi melengkapkan nutrisi makanan harian mereka.

Tapi kebanyakan ibu ada masalah kurang susu semasa menyusukan bayi. Boleh para ibu baca entri Bee di sini bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan susu ibu "Stress Air Susu Kurang? Vivix Mampu Atasi Masalah Ini!"

Macam mana yah rasa susu ibu?


Peliknya soalan tu. Tapi Bee nak kongsikan juga macam mana terhasilnya rasa susu ibu. Kalau kita sebagai ibu boleh juga jadikan susu ibu dengan pelbagai perisa. Hah! Macam mana tu? Ni Bee nak explain dah ni..

Kita sebagai ibu boleh memberi rasa dalam susu ibu melalui pemakanan yang kita ambil. Magik kan? Macam kita bancuh minuman pelbagai perisa pula 😹😹 Apa yang si ibu makan akan disalurkan kepada bayi melalui air susu si ibu, itu sebab si ibu kena kekalkan mengambil makanan yang sihat semasa menyusukan bayi. Dengan cara ini, sedikit sebanyak kita boleh mendedahkan si manja dengan rasa-rasa makanan pejal.
"Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa rasa makanan yang dimakan oleh si ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu." - Julie A Menella, Pakar Psikologi Bio di Monell Chemical Senses Center di Philadelphia.
Lagi satu, ada kajian menunjukkan bahawa bayi mula makan makanan pejal lebih suka makanan yang biasa si ibu makan semasa menyusukan si bayi berbanding dengan makanan yang baru diperkenalkan kepadanya. Makanya, wahai ibu-ibu sekalian, kalau kita mahu anak kita gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan, amat digalakkan untuk mengambil makanan ini sewaktu menyusukan si manja.

Alrite! Ini sahaja Bee nak kongsikan. Next entri Bee akan kongsikan pula makanan yang penting bagi si manja berusia 7-12 bulan. Stay tuned!


Luv,
Brigett Bee.

Bagaimana Shaklee Bantu Atasi Masalah Ekzema Yang Menyerang Si Manja? Jom Ikuti Entri Ini

Hello readers!

Dalam minggu ini saja Bee cerita pasal ekzema yang biasa menyerang si manja kan? Suka pula Bee mahu ambil tahu tentang ekzema. Sekarang ni Bee mahu share seberapa banyak testimoni tentang ekzema terutama yang menyerang bayi baru lahir sehinggalah kanak-kanak. Bee harap Bee dapat bantu lebih ramai ibu bapa yang berhadapan dengan masalah ini, so bila mereka baca entri Bee pasal ekzema, mudah bagi mereka untuk mengambil langkah mencegah, menangani & etc.

Testimoni Ekzema Terkawal Selepas Menggunakan Produk Shaklee

Bee ada kongsikan satu testimoni ekzema dengan Vivix dalam entri sebelum ini kan? Kalau belum baca boleh terus klik link ini "Ekzema Bayi Redah Selepas Disapu Vivix". Dalam entri kali ini pula, semua testimoni pun Bee mahu kongsikan. 😍😍😍

Testimoni #1: Herbal Blend Shaklee dan Ekzema
Krim Herbal Blend ini tidaklah lebih RM50 untuk satu tiub. Tapi kesan dia kebabom meletops!! Tengok sahaja masalah ekzema pada kulit bayi dalam gambar. Hampir satu badan tau diserang ekzema. Selepas kerap si ibu sapu krim Herbal Blend ini pada badan si manja, kita boleh lihat bertapa cantiknya kulit si bayi selepas disapu Herbal Blend, kan? Herbal blend adalah krim yang selamat sebab ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. No more penggunaan krim steroid.

Testimoni #2: Herbal Blend Shaklee dan Ekzema
Testimoni #3: Herbal Blend Shaklee dan Ekzema

Testimoni #4: OmegaGuard Shaklee dan Ekzema
OmegaGuard yang bersifat anti inflamasi juga membantu dalam mengatasi ekzema anak, kerana ekzema sangat sensetif dan boleh berlaku keradangan/inflamasi yang teruk jika tidak dikawal. Ibu bapa juga boleh memberi anak-anak OmegaGuard bagi mengawal keradangan/inflamsi ekzema mereka.
Testimoni #5: Set Bajet Kanak-Kanak Shaklee dan Ekzema
Seperti yang Bee mention dalam entri Bee di sini "Kenali Ekzema Yang Menyerang Kulit Bayi Anda" biasanya bila kanak-kanak diserang ekzema atopi, mereka juga cenderung diserang asma. Tapi bukanlah satu masalah bagi ibu bapa bila anak mereka yang menghidap asma dan ekzem mengamalkan Set Bajet Kanak-Kanak Shaklee ini. Ini disebabkan set ini membantu mengawal keradangan/inflamasi ekzema, asma dan menguatkan sistem imun si manja.



Testimoni #6: Set Menyusu, Basic H2 dan Ekzema
Siapa kata ibu yang menghidap SLE tidak dapat menyusukan anak ekzema? Selepas habis breastfeeding, anak beliau continue dengan MealShakes. Beliau juga ambil berat dengan mandian si manja. Menggunakan bahan 100% semulajadi yang mempunyai pH seimbang mampu membersihkan si manja tanpa merosakkan kulit si manja.

Inilah antara testimoni pengguna Shaklee yang sudah mengatasi masalah ekzema anak-anak mereka. Mudahnya tangani ekzema dengan bahan-bahan semulajadi kan? Semoga perkongsian Bee hari ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Boleh terus hubungi Bee di talian 0128895717 untuk membuat tempahan, atau boleh juga terus klik button shopping di bawah.

Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah untuk dapatkan jadual 
& cara makan vitamin serta konsultasi percuma.

Ekzema Bayi Redah Selepas Disapu Vivix

Hello readers!

Dalam entri Bee sebelum ini "6 Cara Mengatasi Ekzema Pada Bayi Anda" Bee ada mention Bee mahu kongsikan bagaimana Vivix bantu bayi yang ada masalah ekzema kan? Kawan Bee ni baby beliau kena ekzema. Beliau tak guna Shaklee sahaja tau, beliau juga amalkan cara-cara lain dalam mengatasi masalah ekzema bayi beliau.


So, kawan Bee ni masa ekzema bayi beliau "meradang", kawan Bee sapu Vivix dekat ekzema baby beliau semasa baby beliau sedang tidur. Ekzema tu redah dalam beberapa jam kemudian. Amazing betul kesan Vivix ni untuk redahkan ekzema! Sebab Vivix bersifat anti inflamasi tu sebab Vivix boleh redahkan ekzema ni. Boleh baca lebih lanjut tentang Vivix dekat sini "Vivix".

Macam yang Bee nyatakan dalam entri Bee "Apakah Punca Sebenar Bayi Anda Diserang Ekzema", punca ekzema berlaku juga disebabkan oleh bahan mandian. Kawan Bee juga guna bahan mandian yang toleransi dengan ekzema bayi beliau. Beliau hanya menggunakan PBySO sebab beliau nampak ini sahaja bahan mandian yang berkesan dengan kulit bayi beliau. Oleh kerana imun badan bayi masih lemah, kawan Bee ni juga amalkan makanan tambahan seperti Vivix, Nutriferon, Vitamin C, Zinc Complex dan Vitalea. Bila bayinya menyusu, si bayi juga dapat nutrisi daripada makanan tambahan yang kawan Bee amalkan tu sekaligus meningkatkan imun sistem tubuh si bayi.

Dalam entri Bee "Cara Menyelesaikan Ekzema Pada Bayi Anda" Bee ada mention pasal krim steroid dan kesannya jika kita berhenti menggunakannya, maka daripada kita guna krim steroid, why not kita guna krim yang 100% semulajadi. Kawan Bee ni, beliau hanya guna krim Herbal Blend untuk pastikan kulit bayinya sentiasa lembab. Pencuci baju pun kawan Bee tukar kepada bahan pencuci kain Shaklee, sebab hanya set pencuci pakaian Shaklee sahaja satu-satunya set yang 100% semulajadi. Memandangkan ekzema ini sangat sensetif dengan bahan kimia yang ada pada pencuci kain yang melekat pada baju si bayi, adalah sangat digalakkan bagi ibu bapa untuk menukar bahan pencuci kepada yang 100% semulajadi bebas daripada bahan kimia. Kawan Bee siap bagi tip tu, "sapu Vivix kalau flare up".


Inilah anak kawan Bee tu. Masih menyusu badan. Oleh sebab bayi tidak boleh minum Vivix, tapi kita boleh sapu Vivix pada kulit bayi. Tidak menjadi masalah. Sebab Vivix ini pun 100% semulajadi, sangat selamat dengan kulit setiap orang. Best sangat bila kita boleh berkongsi Vivix dengan bayi kita. Jimat juga tu sebab kita sendiri boleh minum, kita juga boleh sapukan Vivix pada ekzema yang menyerang kulit bayi kita. Si manja pun boleh tidur dengan lena bila ekzema tidak "meradang". Bila sapu dengan Vivix, ekzema juga cepat surut. Itu maksudnya, tidak lama lagi si manja akan bebas daripada ekzema yang teruk. 😍😍

Semoga perkongsian Bee kali ini memberi manfaat kepada ibu bapa yang ada masalah macam kawan Bee ni. Klik sahaja link di bawah kalau nak buat pembelian atau boleh juga terus contact Bee di 0128895717. Selepas buat pembelian jangan lupa hubungi Bee, supaya Bee boleh bagi cara makan yang special buat customers Bee.😉

Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah untuk dapatkan jadual 
& cara makan vitamin serta konsultasi percuma.

6 Cara Paling Effektif Untuk Mengatasi Masalah Ekzema Pada Kulit Bayi Anda

Hello readers!


Bee ada cerita pasal punca ekzema dalam entri ini. Hari ini Bee mahu kongsikan bagaimana pula cara untuk mengatasi masalah ini. Seperti yang kita tahu, ekzema ini tidak boleh dirawat cuma ia boleh dikawal. Sangat bahaya jika kita biarkan. Lagi-lagi kalau bayi yang diserang ekzema ini sangatlah susah nak kawal. Dengan imun bayi yang belum kuat dan kulit bayi yang masih sensetif sangat, jadi kita perlu mengawal masalah ekzema ini. Lagi bagus jika kita boleh cegah.

Ada 6 cara paling effektif untuk mengatasi masalah ini.

  1. Ibu bapa boleh menyimpan diary untuk melihat apa punca ekzema yang menyerang si manja agar boleh di bawa berbincang dengan doktor.
  2. Pendedahan makanan kepada si manja adalah sangat disarankan. Ibu bapa boleh catat apa makanan yang menyebabkan ekzema anak menjadi semakin teruk. Oleh itu, ibu bapa perlu mengasingkan makanan ini dalam diet seharian si manja.
  3. Sesetengah doktor juga percaya kebersihan rumah juga adalah salah satu berlakunya masalah ekzema. Kewujudan kutu habuk juga adalah punca si manja terpaksa menghadap dengan ekzema. Sangat disarankan bagi ibu bapa untuk mencuci pakaian dan kain katil dengan pencuci yang diperbuat dari 100% bahan semulajadi bagi menghapuskan kutu habuk ini dengan cara semulajadi.
  4. Pakaian jenis benang juga boleh membantu. Elakkan daripada membeli baju yang diperbuat daripada benang sintetik kerana bahan ini boleh menyebabkan ekzema semakin teruk.
  5. Suhu bilik yang panas juga boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk. Oleh itu, sangat digalakkan ibu bapa untuk memastikan kain katil dan pakaian si manja ringan agar mudah untuk mengubahsuai suhu badan si manja.
  6. Pastikan kuku si manja dipotong dan dibersihkan agar kulit si manja tidak bertambah teruk bila dia menggaru bahagian kulit yang diserang ekzema.

Selain itu Bee mahu kongsi juga bagaimana Vivix minuman kegemaran Bee ni boleh bantu menangani masalah ekzema pada kulit bayi anda. Kandungan Vivix yang diperkaya dengan resveratrol dan polifenol serta 100% diperbuat daripada bahan semulajadi. Anak kawan Bee ada ekzema. Selepas kawan Bee sapu Vivix, ekzema itu redah dalam beberapa jam sahaja. Nanti next entri Bee akan kongsikan tentang bayi kawan Bee ni. Stay tune!


Luv,
Brigett Bee

Cara Selesaikan Ekzema Pada Kulit Bayi Anda

Hello readers!


Untuk masalah ekzema yang menyerang kulit bayi anda, lebih baik kita tengok dahulu apa punca terjadinya masalah kulit ini. Bee ada cerita sedikit tentang punca ekzema di entri ini "Apakah Punca Sebenar Bayi Anda Diserang Ekzema". Dalam entri hari ini pula suka Bee nak kongsikan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ekzema ini. Agar bayi anda boleh menikmati tidur yang lena dan bebas dari masalah kulit.

Biasanya, rawatan untuk ekzema ini bergantung kepada tahap keterukannya. Jika bayi anda mempunyai ekzema yang ringan, kita boleh sahaja sapu menggunakan losyen emolien atau krim. Kadang-kadang, doktor juga akan nasihatkan untuk menggunakan krim rendah steroid bagi jangka masa pendek. Ibu bapa perlu sentiasa memastikan kelembapan kulit si manja kerana kulit kering akan menjadikan ekzema lebih teruk. Segelintir kanak-kanak memerlukan penggunaan emolien dalam kuantiti yang banyak bagi mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Selain itu, penggunaan steroid juga boleh mengurangkan masalah ini. Cuma, ibu bapa kena fikir. Adakah penggunaan steroid ini membahayakan si manja atau tidak. Ramai doktor mencadangkan bayi yang menghidap ekzema atopik untuk menggunakan krim steroid. Kesan sampingan utama krim steroid ini boleh membuatkan kulit bayi menipis jika digunakan dalam jangka masa panjang. Kita sudah tahu kesan dari penggunaan krim steroid membawa kesan negatif. Sebaik-baiknya elaklah penggunaan krim steroid.

Kesan bila berhenti menggunakan krim steroid.
Photo credit to http://fansurigonature.blogspot.my/
Ramai juga ibu bapa yang tertanya-tanya bagaimana untuk mencegah masalah ekzema ini dari mula. Ibu boleh menyusukan bayi selepas sahaja bayi dilahirkan. Kekalkan penyusuan selama empat bulan berterusan bagi membantu melindungi bayi daripada diserang ekzema dan alergi lain. Menurut Kementerian Kesihatan, penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan sangat digalakkan bagi menguatkan imun sistem badan si manja.

Alergik pada susu lembu juga salah satu punca kanak-kanak diserang ekzema. Jika si manja mengambil susu formula, doktor akan menggalakkan ibu bapa untuk memberi formula protin hidrolisis terlebih dahulu. Formula yang berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan. Tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa pantang untuk makan suatu makanan sepanjang kehamilan boleh mencegah bayi daripada diserang ekzema. Ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk menganti jadual diet. Terdapat kenyataan mengatakan bahawa pengambilan probiotik semasa hamil dikatakan boleh mengurangkan kemungkinan bayi diserang ekzema.

Hah.. dah dapat sedikit sebanyak info tentang cara menyelesaikan ekzema kan? Lepas ini Bee akan kongsikan lagi 6 cara lain untuk mengatasi masalah ini. Semoga entri Bee ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Jumpa di entri seterusnya.


Luv,
Brigett Bee.

Apakah Punca Sebenar Bayi Anda Diserang Ekzema

Hello readers!

Sebelum ini Bee ada tulis pasal "Kenali Ekzema Yang Menyerang Kulit Bayi Anda" hari ini Bee mahu kupas sikit pada apa punca ekzema ini boleh terjadi. Bee suka mencari punca, sebab punca inilah yang akan membawa kita ke arah penyelesaian.


Biasanya ekzema ini terjadi dalam satu keluarga. Ekzema menjejaskan kulit kita apabila ia "bersemarak". Kulit si manja mungkin akan kelihatan bertompok-tompok merah dan sentiasa gatal. Masa ekzema ini bersemarak pada tempat-tempat tertentu ia akan menjadi lebih teruk dan mungkin akan memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Penggunaan bahan kimia seperti bahan sabun mandi, syampu, serbuk pencuci dan pelembut fabrik boleh menyebabkan terjadinya keradangan pada kulit yang mengalami ekzema. Kanak-kanak yang menghidap ekzema atopik boleh mendapat ekzema pada sentuhan juga. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan emolien bukan sabun dan menukar bahan pencuci mandian bayi anda boleh mengawal masalah ekzema ini.


Ekzema alergi sentuhan juga boleh terjadi jika ada reaksi di antara bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Alergi ini boleh merebak dan menjangkiti tempat-tempat lain. Bayi yang tidak dapat mengelak dari menggaru ekzema ini boleh menyebabkan infeksi. Ekzema boleh menganggu tidur si manja dan menjejaskan keyakinan yang boleh memberi kesan ke atas kualiti hidup si manja.

Di sini kita boleh buat kesimpulan bahawa punca spesifik terjadinya ekzema belum dapat dikesan lagi. Beberapa keadaan yang cenderung untuk menimbulkan masalah ekzema ini seperti gen keluarga, keadaan persekitaran, bahan yang ada dalam pencuci baju dan bahan yang ada dalam benda-benda yang kita pakai. Itu sebab sangat penting bagi kita untuk mengambil berat tentang bahan-bahan kimia yang ada dalam barangan yang kita pakai setiap hari. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memantau setiap bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian, terutama ibu bapa yang mempunyai anak ekzema.

Dalam entri seterusnya, Bee akan kongsikan pula bagaimana cara untuk merawat atau mengatasi masalah ekzema ini. Stay tuned!


Luv,
Brigett Bee.

Kenali Ekzema Yang Menyerang Kulit Bayi Anda

Hello readers!

Ramai ibu akan panik bila kulit anak mereka kelihatan seperti melecur dan kemerah-merahan. Kebanyakkan ibu akan berfikir masalah kulit tersebut cumalah ruam panas. Tapi bila mereka sapu krim atau letak bedak, masalah kulit ini semakin teruk. Rupa-rupanya ia bukan ruam biasa tetapi ekzema.

Apakah ekzema ini?



Ekzema selalunya akan muncul pertama kalinya bila usia bayi mencecah kurang dari 2 tahun. Lebih kurang 15% hingga 20% kanak-kanak akan mengalami kondisi kulit yang kering dan gatal. Ekzema biasanya tidak dapat dipulihkan, tetapi kita boleh mengawalnya dengan rawatan yang sesuai. Tetapi ada juga kanak-kanak yang menghidap ekzema beransur pulih menjelang umur belasan tahun.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermaksud mudah untuk mendapat penyakit seperti ekzema, demam alergi dan asma. Kesannya sama iaitu mengalami kulit kering, gatal, merekah dan merah. Ada juga yang mengalami masalah kulit sehingga ada lelehan cecair dan berdarah. Lazimnya, tempat-tempat yang sering mengalami masalah ini adalah di bahagian tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.


Penghalang kulit yang tidak berfungsi dengan baik adalah punca terjadinya ekzema. Itu sebabnya kulit bayi lebih senang diserang alergi dan infeksi yang boleh membuat keadaan menjadi lebih teruk. Banyak lagi Bee nak cerita pasal ekzema ni. Entri seterusnya, Bee akan kongsikan tentang penyebab ekzema ini boleh terjadi.

Stay tune!


Luv,
Brigett Bee.

Surirumah Bergaji Tanpa Had

Hello readers!

Hari tu Bee ada pergi jumpa downline Bee. Downline Bee ni ada bisness jual burger di Kampung Kilimu. Kalau kamu ada singgah Ranau boleh pergi rasa. Burger cair dalam mulut memang sangat sedap! Boleh baca sedikit info tentang "Water Front Kilimu Cafe"

Owner ni sudah lama sebenarnya amalkan Shaklee. Dari selepas beliau bersalin 2 tahun lalu sehinggalah sekarang. Apa cerita beliau yang paling Bee suka semasa kami bercerita hari tu,
"Saya kena buasir lepas saya bersalin. Sampai berdarah. Saya takut mau membuang lepas tu. 1 malam selepas saya amalkan Ostematrix, pagi itu saya masuk tandas.. senang pula saya membuang. Tahun lalu, anak saya masuk wad. Doktor cakap paru-paru ada jangkitan kuman. Saya tidak putus asa bagi OmegaGuard dengan anak saya. Sepatutnya admit 2 malam tapi selepas 1 malam saya terus boleh keluar sebab bila doktor cek paru-paru anak petang hari kedua admit, kuman dalam paru-paru anak hilang." - Dessherry
Itulah sebahagian pengalaman beliau semasa mengamalkan Shaklee. Selepas mendapat Shaklee Effect, beliau berbesar hati untuk menyebarkan kebaikan Shaklee. Beliau join member untuk menikmati harga produk yang lebih murah dan memaksimumkan pendapatan bulanan beliau. Bee sangat suka ibu yang bersemangat besar. Sebab kita tahu kita ada anak yang perlu ditanggung.


Suka Bee nak bagitahu di sini. Bee nak sangat anak-anak muda, surirumah, pelajar, dan pengaggur untuk join team Bee. Team Bee di bawah team Shaklee terbesar di Malaysia, Sabah dan Bee sendiri adalah pengedar Shaklee paling aktif di Ranau.


Sertai kami sekarang. Banyak tips marketing rahsia exclusive untuk keturunan group Shaklee Bee. Rebut peluang sementara kita ni masih muda-muda. 🙈🙈 Whatsapp terus ke nombor Bee.


Sabah Tea Restaurant Ranau, Sabah

Hello readers!

Pagi ni Bee bangun seja terus rasa nak makan aiskrim dekat Sabah Tea. Bee sudah terhidu-hidu bau tea tu masa Bee bangun. Tidak sabar betul nak chao ke Sabah Tea untuk telan benda ni. Selepas selesai siapkan anak-anak, kami terus drive ke Sabah Tea.

Sabah Tea Restaurant ini tidak jauh sangat dari Pekan Ranau. Jarak cuma 32km dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di sini kalau drive dalam 80-90km/jam. Kalau dari Pekan Ranau, simpang Sabah Tea Restaurant ini di sebelah kiri jalan. Dari simpang, kita kena drive dalam 2-3 minit baru sampai dekat restaurant. Bee suggest pegi la sebelum tengah hari supaya boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu dengan ladang tea yang sungguh hijau.


Tengoklah si kawan ni. Kita tengok pun kita tahu memang sedap. Bee sangat suka bau tea yang ada pada aiskrim ni. Tengok texture aiskrim memang betul-betul homemade. Texture aiskrim memang superb. Tidak icey sangat. Penuh krim.. Adoii sedang taip ni pun masih terasa aiskrim ni cair dalam mulut tau.





Kami order waffle, pancake, lamb chop dan lamb masak pepper. Semua pencuci mulut ada dicampurkan dengan tea. Bau tu memang sedap betul. Selain aiskrim Sabah Tea, Bee juga suka makan pancake Sabah Tea! Sedapppp.. lembut betulll.. Kalau campur dengan madu memang meletup dalam mulut. Madunya pun buka madu biasa, bila kita hidu, ada bau tea. Memang kalau peminat tea sangat sesuai menjamu selera di restaurant Sabah Tea.


Anak-anak pun suka dessert dekat Sabah Tea. Since mama dan papa dorang pun peminat dessert kan. Yelah~ Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. 😝😝 Kalau nak bawa anak-anak ke Sabah Tea memang tiada masalah. Restaurant juga ada sediakan baby chair. Kalau anak dalam 3-4 tahun boleh duduk kerusi orang dewasa. Sebab tinggi meja dan kerusi juga sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Ryo berusia 3 tahun, boleh tengok dia duduk kerusi restaurant pun tiada masalah untuk makan dekat meja juga.


Sepatutnya bergambar dengan Gunung Kinabalu tapi awan menutupi gunung. Tu sebab Bee suggest untuk ke Sabah Tea sebelum tengah hari. Lagi bagus sebelum jam 10 pagi untuk dapat view Gunung Kinabalu yang meletop!


Itu sahaja perkongsian Bee tentang Sabah Tea Restaurant. Nanti akan menyusul part 2 kalau Bee pergi menjamu selera lagi dekat sini. Ini pun bukan getaway yang dirancang. Sebab Sabah Tea Restaurant bukan jauh dari rumah Bee hehe.. Jadi bila-bila masa boleh datang dan buat review.  Bee ada buat sharing sikit juga dekat Facebook, boleh cek di sini "Our Time and Money Freedom Stories". Semoga perkongsian Bee ini bermanfaat.


Luv,
Brigett Bee.

Bagaimana Vivix Mengatasi Masalah Kesuburan?

Hello readers!

Hari ini suka Bee nak kongsikan bagaimana Vivix ini boleh bantu atasi masalah kesuburan untuk pasangan yang sudah lama inginkan zuriat. Sedikit sebanyak tentang Vivix dalam entri ini "Vivix 10x Kali Ganda Lebih Hebat Dari Resveratrol Sahaja".

Vivix Shaklee mengandungi Resveratrol yang sangat tinggi. Mungkin anda tidak pernah dengar pun apa itu Resveratrol kan? Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Sebab Vivix ini adalah gabungan dari Resveratrol dan Polifenol maka Vivix lebih hebat dan kuat dari Resveratrol sahaja. Maknanya bila suatu produk itu tinggi anti-oksidannya maka semakin kuranglah Oxidative Damage dalam produk tersebut.

Untuk pemahaman yang lebih mudah, lebih banyak Oxidative Damage, lebih banyak lah sel yang akan rosak dan sebaliknya. Resveratrol berfungsi melindungi Ovum telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada diserang Oxidative Damage. Bila telur yang dilindungi ini selamat dari perosak maka ia akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk membesar, bertahan dan disenyawakan.


Vivix Shaklee juga mempunyai satu mekanisma di mana Vivix mampu memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal. Konklusinya, Vivix boleh membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, meningkatkan peluang untuk persenyawaan serta memanjangkan hayat telur.

Itu sebab ramai customer Bee yang sukar hamil, Bee syor untuk amalkan Vivix. Bukan sahaja Vivix lebih hebat dari Resveratrol sahaja tetapi Vivix juga pati anggur yang mampu memperbaharui sel kita. Semoga entri Bee kali ini bermanfaat buat readers Bee.


Luv,
Brigett Bee.

Setiap pembelian Vivix 2 botol, anda akan layak:

1. KEAHLIAN PERCUMA
2. POSTAGE PERCUMA
3. PULANGAN CASH 
Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah untuk dapatkan jadual 
& cara makan vitamin serta konsultasi percuma.

Luka Bersalin Cepat Sembuh, Susu Ibu Juga Meriah!

Hello readers!

Bee nak cerita lagi pasal milk booster. Apa sebenarnya punca bekalan air susu ibu kurang? Bee ada cerita pasal ini dekat entri Bee di sini "4 Punca Bekalan Susu Ibu Kurang". Bila kita mahu selesaikan masalah, kita kena ketahui dahulu punca masalah tersebut baru kita dapat selesaikannya. Jadi hari ini Bee mahu kongsikan bagaimana kebanyakan customer Bee tidak mengalami masalah kurang bekalan susu selepas melahirkan bayi.

Bee suka suggest Vivix kepada customer-customer Bee dan kebanyakkan mereka akan berikan feedback positif. Sedikit tentang Vivix, Vivix ini adalah gabungan antara resveratrol dan polifenol. Biasa orang jual jus resveratrol. Tapi Vivix lain sikit, Vivix ada gabungan dengan polifenol. Polifenol nilah yang bertindak sebagai anti keradangan, antioksidan dan pencegah kepada penyakit-penyakit kronik. Disebabkan sifat Vivix yang boleh memperbaharui dan melindungi sel kita, luka selepas bersalin atau luka selepas dibedah cepat sahaja sembuh bila kita amalkan Vivix selepas sahaja bersalin ataupun dibedah. Sel lebih cepat diperbaharui pada waktu itu.


Itu sebab bila customer Bee minum Vivix selepas bersalin atau pada waktu berpantang, luka bersalin lebih cepat sembuh berbanding bila mereka tidak minum Vivix. Yang lagi best tiada masalah bekalan susu ibu berkurang pula tu selepas bersalin. Biasanya, ibu akan mengalami masalah kekurangan susu ibu selepas bersalin. Dalam 2-3 hari baru susu mula keluar. Itu sebab kebanyakan para ibu mengalami tekanan selepas bersalin.

Bagi mengelak masalah ini dihadapi oleh customer Bee, Bee suggest mereka Vivix. Sebab Vivix juga bertindak sebagai anti stress. Bila sel-sel sihat pasti badan kita akan sihat juga. Luka cepat sembuh, badan bertenaga, tiada stress, sakit-sakit badan pun tiada, kulit pun cantik.. Boleh baca info selebihnya tentang Vivix di sini "Vivix Bantu Kebanyakan Masalah Wanita". Jika kita ada jalan mudah kenapa kita tidak ambil perluang kan? Fokus 1 produk sahaja semasa berpantang pasti tidak buat kita pening kepala. Kalau nak order boleh terus hubungi Bee di 0128895717.

Semoga entri Bee bermanfaat untuk para pembaca.


Luv,
Brigett Bee.

Setiap pembelian Vivix 2 botol, anda akan layak:

1. KEAHLIAN PERCUMA
2. POSTAGE PERCUMA
3. PULANGAN CASH 

Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah untuk dapatkan jadual 
& cara makan vitamin serta konsultasi percuma.





Stress Air Susu Kurang? Vivix Mampu Atasi Masalah Ini!

Hello readers!

Hari ini Bee mahu share 1 testimoni dari pengguna Pati Anggur yang memang sangat superb. Kebanyakan masalah, Pati Anggur ni boleh selesaikan tahu. Yang penting kena tahu dose-dose special untuk setiap masalah yang berlainan. Dalam entri Bee sebelum ini, Bee ada nyatakan beberapa punca air susu ibu berkurang. Boleh rujuk dekat entri ni, "4 Punca Bekalan Susu Ibu Menurun." Senang kita nak selesaikan masalah bila kita sudah tahu puncanya kan?

Seperti yang Bee nyatakan dalam entri Bee sebelum ni, Bee ada amalkan makanan tambahan kan? Hah.. Pati Anggur yang Bee makan tu, Vivix lah hehe.. Bee juga amalkan Vivix bila Bee sedar bekalan air susu Bee berkurang. Kalau konsisten 2-3 hari tu, memang meriahlah air susu Bee selepas tu. Senang kerja Bee tau kalau makan Vivix nih. Selain boleh dimakan, kita boleh sapu juga dekat muka.


Ini salah satu dari testimoni pengguna Vivix untuk agen Milk Booster dengan tambahan Sustained Released Vita-C sudah tentu selain air susu meriah, kulit pun flawless. BONUS! Siapalah ibu yang tak nak benda ni terjadi dekat diri dorang. Ala, memang tidak akan stress bila susu ibu meriah plus kulit pun semakin cantik. Nampak tak bertapa banyaknya stok EBM mom ni? Rasa-rasa stok EBM tu boleh bertahan berapa lama? Sudah pasti lebih dari seminggu. Biasa ibu yang berkerjaya ni perlu simpan stok EBM sebab selalu out station kan?

Sudah terbukti berkesan Vivix nih untuk masalah bekalan susu ibu berkurang. Jangan pandang sebelah mata Vivix ni. Sekali kau try, dah tak nak berpisah tau. Macam Bee la. Sekali cuba dah tidak dapat nak berpisah lagi. Memang Vivix sangat membantu dalam masalah air susu kurang, Bee sendiri pun sudah terasa kesan positifnya. Apa kata ibu-ibu yang mengalami masalah kurang air susu untuk cuba Vivix? Macam mana nak beli? Senang seja.. Klik sahaja order buttoon dekat bawah atau boleh terus hubungi Bee di 0128895717.

Semoga entri Bee ini bermanfaat.


Luv,
Brigett Bee.

Setiap pembelian Vivix 2 botol, anda akan layak:

1. KEAHLIAN PERCUMA
2. POSTAGE PERCUMA
3. PULANGAN CASH 

Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah untuk dapatkan jadual 
& cara makan vitamin serta konsultasi percuma.