Part 2: Shaklee Business Leader National Conference 2017

HELLO!

Awal pagi bangun bersiap sedia nak pergi BLNC!! Berkobar-kobar semangat sebab boleh jumpa ramai SID lain yang selalunya kita chat dekat whatsapp seja. Hari ini boleh chit chat face to face. Yay!

Bila kami tiba di Sunway Convention Centre aura tu lain sangat dengan aura masa National Conference 2016. Hehe.. Ini kali kedua saya join event besar Shaklee. Almaklumlah baru seja aktif berShaklee lepas setahun setengah join member.

Acara pagi dari jam 8 pagi hingga 10 pagi cuma sarapan ringan. Shaklee tidak pernah hidangkan makanan tidak sedap tau. Semuanya sedap-sedap. Kalau join trip percuma Shaklee lagi la berpeluang makan makanan sedap sampai mata boleh pusing sampai belakang kepala tau.


Team Sabah!

Tepat jam 10 pagi, kami masuk dewasa. Sesi pagi CEO Shaklee Roger Barnett akan bersama-sama dengan kami. Lepas makan tengah hari, beliau terpaksa terbang semula ke USA atas urusan kerja. Memang billionaire, jadual sangatlah padat.



Dapat teka berapa umur CEO Shaklee Corporation? Susah nak teka umur dia berapa kan sebab nampak jauh lebih muda dari umur sebenar. Cergas pula tuh.


Bahagian marketing strategy diulas oleh President Shaklee Malaysia. Memang berbeza marketing strategy Shaklee untuk tahun-tahun seterusnya. Sangat rugi siapa yang tidak buat Shaklee, sebab peluang untuk kembangkan bisness sangatlah luas.


Memberkit Shaklee yang baru akan dikeluarkan pada awal bulan April. Tapi Shaklee bagi kami secara percuma semasa BLNC!! Selain itu kami dapat planner 2017, wristband dan pendrive juga! BEST KAN??!!


Inilah antara gifts yang Shaklee bagi kepada pengedar mereka semasa BLNC. Sebab kami korbankan hari Sabtu kami, so Shaklee rewardkan kami dengan gifts ini kata President Helen. Generous betul President kita kan.



Pada sebelah petang pula, Shaklee buka forum tentang makanan tambahan di antara Dr Daggy dan Dr Rajbans Singh. Dalam forum tersebut, mereka membincangkan tentang kepentingan makanan tambahan.



Selepas forum selesai, Dr Daggy tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan tentang Landmark Study.


Les Wong memberi info tentang Shaklee Difference. So, kami tahu apa kelebihan Shaklee dengan produk lain. Kajian klinikal pun sudah memang sangat berbeza, marketing plan pun memang jauh lebih baik berbanding MLM lain. Itu sebab saya susah sangat nak berpisah dengan Shaklee.

Sebelum kami balik ke hotel, Shaklee ada sediakan lagi minum petang. Seharian kami dalam dewan tapi tidak pun rasa jemu. BLNC tahun depan nak datang lagi! Tahun depan kita bawa lebih ramai leader Brielle Kingdom!! 😍😍


Luv,
Brigett
Coordinator Shaklee