Part 1: Shaklee Business Leader National Conference 2017

HELLO!

Walaupun sudah hampir sebulan berlalu, tapi aura BLNC masih terasa di dalam dan luar kulit tau. Hah.. tengok bertapa kuatnya aura dia tu.

Pada bulan Januari saya dan suami menerima email dari Shaklee yang menjemput kami ke leader conference ini. Best sangat Shaklee nih, siap sediakan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang tau masa conference tu.

So, saya dan suami start survey tiket flight untuk ke KL pada 16 Februari 2017. Syukur AirAsia sentiasa menjadi penyelamat di kala semua tiket flight mahal, hanya AirAsia sahaja yang afforable waktu itu.

Pada 16 Februari tu, kami bertolak pada jam 7 pagi dari Ranau ke KKIA. Parking kereta di parking lot airport KKIA. 1 malam bayaran untuk parking lot di KKIA lebih kurang RM20. Kami fikir mahu parking di hotel lepas tu naik Uber pergi airport tapi bayaran untuk 4 malam parking di KKIA lebih kurang bayaran untuk bilik hotel 1 malam. Jadi kami putuskan sahaja untuk parking di KKIA.


Dua-dua pun lambat bangun. Nasib baik tidak kena tinggal flight. Kalau kami berdua sahaja travel memang bawa 1 luggage saja. Cukup-cukup untuk 4 malam. Syukur lah nak, saya bukan jenis perempuan yang kalau outstation perlu bawa 1 almari. 😂


Tiba di KLIA 2, kami terus beli tiket KLIA Express. Kali ini kami dapat jimat sehingga RM31.60 untuk perjalanan dari KLIA 2 ke KL Sentral. Tiket biasa untuk KLIA-KL Sentral adalah RM55 tapi kami hanya bayar RM23.40. Mahu tahu macam mana kami buat? Boleh tengok entri kami di sini 'Sumandak Ini Kongsikan Cara Berjimat Semasa Menaiki KLIA Express.'


Vitamin tidak boleh lupa bawa. Kalau terlupa telan nahas sakit belakang dan kaki. Nasib baik ada bawa bekalan Ostematrix untuk 4 hari itu. Kejang kaki kurang. Berjalan dari pagi sampai malam pun tiada masalah. Kalau mau makan apa pun telan sahaja. Sebab awal pagi ada telan Lecithin. Boleh kurangkan lemak dan kolestrol jahat masuk dalam badan. 😉😉😉

Tiba kami di KL Sentral, kami ambil laluan ke Mid Valley dengan menaiki monorel. Bila kami sudah sampai dekat shopping mall Mid Valley, kami terus check in dekat hotel Orion. Dalam 700 meter sahaja jauh hotel budget ini dengan Mid Valley. Apa yang saya suka pergi Mid Valley, station monorel itu betul-betul bersebelahan dengan Mid Valley shopping mall. Tidak perlu kita ambil teksi atau jalan kaki jauh-jauh kalau mahu shopping dekat sini.


Malam itu kami ambil masa untuk rehat. Sempat pam susu. Mampu penuhkan 21oz dalam masa 20 minit. Walaupun hampir 24 jam berpisah dengan Rev, tapi susu memang tidak rasa bengkak sangat sebab ada telan Lecithin awal pagi. Walaupun berpisah dengan Rev, jamu moden Alfalfa saya tidak pernah ditinggalkan. Apa tidak, Alfalfa bantu kekalkan kecantikan dan kemontokan badan tau.. mana boleh bagi tinggal. 😝

Selesai untuk hari pertama. Kita sambung lagi di entri seterusnya. 😉

Luv,
Brigett Kaki Jalan.