Anakku Autisme, Apa Perlu Aku Lakukan?


Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Pengesahan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya dalam hal menguruskan diri sendiri. Biasanya, petanda ini tidak disedari dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak.

"Terdapat beberapa kategori autisme ini. Antaranya autisme Autistic disorder, atau "Klasik Autisme", "Sindrom Asperger" aka "Atypical Autisme" dan Pervasive Development Disorder." - Dr Mastura Badzis, Pensyarah Institusi Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa.
Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama dengan kanak-kanak normal. Ini menyebabkan kita sukar untuk membezakan kecuali ibu bapa peka akan simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka.

Antara Simptom-Simptom Autisme


  • Tidak menunjukkan eye contact.
  • Tidak bertindak balas terhadap senyuman.
  • Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, sentiasa bersendirian.
  • Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala ke dinding.
  • Terlalu sensetif, mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti bunyi, cahaya, atau pergerakan.
  • Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara 'robotik' dan sering menyebut perkataan berulang kali serta melentikkan badan untuk mengelak apabila dipeluk.
  • Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantarum.
  • Mereka juga sering menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
  • Gemar mengibarkan tangan dan memusing-musingkan badan setempat.
"Penyakit autisme ini diwarisi secara genetik atau keturunan tanpa sebab yang diketahui. Hal ini disebabkan kerana autisme berpunca dari faktor biologi dan neurologi pada otak mereka. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pendedahan kepada persekitaran yang tercemar, berat semasa lahir dan kelahiran pramatang." -Dr Mastura Badzis, Pensyarah Institusi Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa.

Apa Perlu Ibu Bapa Lakukan?



  1. Ibu bapa hanya boleh mengesan tanda-tanda awal melalui senarai semak perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak boleh sambil lewa mengatakan anak adalah seorang autisme.
  2. Bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran (audiologist) kerana ada kemungkinan kanak-kanak tidak boleh bertutur walaupun usia sudah menjangkau tiga tahun.
Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja. Antara rawatan untuk kanak-kanak autisme ialah Applied Behaviour Analysis atau play theraphy.

Cara Mendekati Kanak-Kanak Autistik
  1. Ibu bapa harus menggunakan cara penjagaan one-to-one care kerana kanak-kanak autistik memerlukan cara penjagaan ini. Cara ini perlu diteruskan dengan kesabaran yang tinggi kerana kanak-kanak autistik tidak menghiraukan kewujudan orang lain.
  2. Elakkan merenung atau menyentuh kanak-kanak autistik kerana ini akan menyebabkan mereka stress.
  3. Untuk memgasuh dan membimbing, ibu bapa digalakkan untuk mengguna bahan wujud secara langsung atau alat bantuan seperti gambar agar mereka senang menterjemahkannya.
  4. Ibu bapa juga boleh memberikan kemahiran sosial melalui teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya.
  5. Dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang boleh mengurangkan gejala autisme ini.
  6. Beri peluang kepada mereka untuk merasa semua perkara yang ada di persekitaran untuk merangsang otak mereka.
  7. Ibu bapa boleh melatih anak-anak mereka untuk menguruskan diri sendiri bagi menempuh alam dewasa.
Kepekaan ibu bapa dan pengesaan awal amat diperlukan agar masalah autistik ini dapat dibendung sebelum mereka menjadi dewasa. Ibu bapa boleh mendaftarkan anak-anak autisme ke group support untuk mendapatkan sokongan, bertukar pendapat dan mengatasi ketegangan yang dialami. Menghantar anak ke sekolah yang menawarkan pendidikan khas untuk kanak-kanak autisme boleh membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai. Dengan langkah-langkah ini, kanak-kanak autistik akan mampu menguasai kemahiran untuk hidup apabila dewasa kelak.

Ikuti cerita kawan saya dalam artikel "DHA dan EPA Bantu Masalah Autisme" yang mempunyai anak buah autisme dan bagaimana anaknya beransur pulih.



Luv,
Brigett.